Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Hari Jururawat Sedunia (12/05/15)

Hari ini merupakan Hari Jururawat Sedunia. Sewaktu kita berada di sekolah rendah atau menengah dahulu, kita kerap menghafal tokoh-tokoh sejarah, pencipta, sains, pejuang kemerdekaan dan pelbagai tokoh yang menjadi model terbaik di dalam bidang tertentu.

  Dalam bidang kejururawatan, kita diperkenalkan dengan pengasas kejururawatan moden yang dikenali sebagai Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910). Beliau telah mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 - 1854).

  Beliau terkenal sehingga mendapat gelaran Lady With The Lamp. Gelaran itu diberikan kerana beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang tercedera dan berada di dalam kesakitan dengan bersuluhkan sebuah pelita. Beliau begitu dedikasi terhadap tugasnya biarpun dalam cuaca yang gelap dan sejuk.

  Meskipun Florence Nightingale dikenali kerana sumbangannya dalam kejururawatan modern, namun beliau hidup di waktu sistem perubatan homeopati dan alopati sedang bersaing untuk menguasai bidang penjagaan kesihatan.

  Maklumat yang amat terhad setakat ini mengatakan falsafah kesembuhan dan kesihatan yang dipegang oleh Florence Nightingale hampir bersamaan dengan falsafah holistik dalam perubatan homeopati. Beliau juga pernah disebut sebagai klien kepada seorang doktor homeopati di ketika itu, iaitu James Manby Gully dan bersama dengan seorang jururawat homeopati semasa menjalankan tugasnya di Crimea. (sebagaimana yang ditulis oleh Dana Ullman)

  Kerjaya sebagai jururawat sangat murni dan minat individu terhadap kerjaya jururawat di Malaysia telah meningkat setiap tahun sejak tahun 1950an dan 1960an lagi. Kerjaya ini diberi perhatian sehingga dinaiktaraf kepada sijil pada tahun 1970 dan pada dua dekad terakhir ini kursus kejururawatan telah dinaiktaraf lagi kepada program diploma dan ijazah pertama. Kursus-kursus itu diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Nasional (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

  Dengan adanya pengkhususan, hari ini penjagaan kesihatan pesakit semakin dititikberatkan. Sebahagian daripada tugas doktor suatu masa dulupun kini diberi kepercayaan kepada jururawat untuk memikulnya. Jururawat hari ini juga boleh dipanggil pakar dalam pengurusan tertentu pesakit.

  Antara kemahiran penjagaan kesihatan khusus yang terdapat pada jururawat hari ini termasuk dalam cabang perubatan seperti kecemasan, kesihatan komuniti, pediatrik, perbidanan, rawatan intensif, rawatan koronari, trauma, surgikal dan pemulihan.

  Tidak dapat dinafikan bahawa tugas jururawat sebagai pembantu kesihatan kepada seorang doktor perubatan adalah setara pentingnya bagi kebajikan pesakit.

  Kami daripada HBI mengucapkan “Selamat Hari Jururawat” kepada sekalian jururawat yang komited dan berdedikasi di Malaysia.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2015