Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Salam Homeopati Buat Homeopath (04/05/15)

Pada 1 Mei, kita menyambut Hari Pekerja dan pada 16 Mei pula kita akan menyambut Hari Guru. Sesuai dengan bulan Mei ini, maka kami ingin mengucapkan selamat bekerja atau selamat mengamal perubatan homeopati kepada semua pengamal homeopati.

  Salam homeopati buat anda pengamal sekian!!

  Sempena dengan bulan ini marilah sama-sama kita membuat sedikit refleksi terhadap jawatan atau tugas kita sebagai pengamal homeopati. Apakah kita semua sudah benar-benar menunaikan tugas kita sebagai pengamal yang jujur sebagaimana yang dituntut oleh Organon?

  Di dalam Para 1 Organon, dinyatakan secara jelas tentang kewajipan kita sebagai pengamal homeopati seperti berikut.:

   “Setinggi-tinggi dan satu-satunya tugas seorang doktor ialah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki”.

  Apabila kita membaca berkali-kali ayat ini, sepatutnya kita semakin banyak bermuhasabah justeru rasanya kedudukan dan ilmu kita ini amat jauh berbanding dengan mahaguru kita Dr. Samuel Hahnemann.

  Dalam keadaan kekurangan ini, ramai pula di antara kita tidak segan-segan menuntut digelar “doktor”. Amat marah mereka ini kalau dikatakan mereka tidak layak dipanggil doktor sebab doktor adalah khusus untuk doktor perubatan Barat dan pemegang PhD.

  Apa salahnya jika kita dipanggil dengan nama Pengamal Homeopati, Ahli Homeopati, Pakar Homeopati, Homeopath atau Practitioner? Jika dibenarkan guna Dr(H), alhamdulillah. Tapi persoalannya, apakah gelaran itu yang penting atau tugas kita yang lebih penting?

  Dalam banyak perkara, sebelum kita membuat sebarang tuntutan, kita seharusnya bertindak profesional dan beramal dengan profesionalisme. Daripada pengalaman konsultan kami, sebenarnya tindakan atau tindak-tanduk kita yang jujur dan profesional itu sebenarnya dengan secara tidak langsung mendorong klien memanggil kita “doktor”. Kita tidak minta, tetapi masyarakat dan klien dengan sendirinya memberi pengiktirafan kepada kita.

  Begitulah juga dengan pihak Kementerian Kesihatan. Kami percaya mereka menangguhkan keizinan gelaran itu, selain disebabkan takut kekeliruan dengan doktor perubatan biasa, adalah disebabkan kita sendiri tidak menunjukkan ciri-ciri kejujuran dan profesional di dalam amalan dan imej atau diri pengamal.

  Sebagai contoh, bolehkah kita memberi jawapan yang menunjukkan kita bersikap profesional dalam isu-isu berikut:

  Apakah kita...

1. membuat konsultasi yang mencukupi dengan pesakit?

2. simpan rekod pesakit dengan kemas dan teratur?

3. merawat pesakit atau memberi preskripsi berpandukan prinsip homeopati?

4. memberi fokus kepada masalah pesakit?

5. mempamerkan imej sebagai seorang pengamal homeopati?

6. mengikut  etika (ch. garis panduan MPHM) sebagai pengamal homeopati?

7. mencampurkan rawatan lain (yang tidak bersangkutan) dalam amalan perubatan homeopati?

8. mengenakan caj melebihi jumlah sepatutnya?

9. mempreskripsi ubat lebih @ kurang daripada sepatutnya?

10. berusaha menambahkan ilmu perubatan kita dari masa ke semasa?

11. mematuhi sumpah setia Hippocrates?

12. pernah menipu klien dengan sengaja?

13. kerap cuai dalam memberikan rawatan yang betul?

14. menjelaskan kepada pesakit secara jujur apa yang kita mampu atau tidak mampu rawat?

15. sembunyikan pengetahuan yang sepatutnya dikongsi bersama pesakit atau masyarakat?

16. menyumbang sesuatu (masa, ilmu, tenaga dsb) demi insan sejagat dan perkembangan perubatan homeopati.

17. sentiasa peka dengan isu-isu perubatan semasa?

18. membuat iklan-iklan yang menepati dan benar berkaitan servis yang diberikan?

  Semua persoalan ini harus dijawab dengan "ya" jika kita merupakan seorang pengamal yang jujur dan profesional, jika kita berhasrat mengamal dan mengembangkan amalan perubatan homeopati klasikal.

  Kita boleh melakukan perubahan berdasarkan peredaran zaman, globalisasi dan keperluan, namun ianya tidak harus dengan cara mengorbankan prinsip utama dalam rawatan.

   Sekian. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2015