Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Tawaran HBI & Selamat Hari Guru (16/05/15)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tepat pada 16 Mei seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Guru. Justeru kami di HBI mengucapkan Selamat Hari Guru.

  Guru ialah orang yang sangat berjasa kepada anda sebagai pelajar, pekerja yang berkerjaya, peniaga yang menjadi jutawan, ahli politik yang berkuasa dan juga kepada para pengamal homeopati sendiri.

  Dalam perubatan homeopati, kita tidak akan lupa kepada tokoh pengasas homeopati di Malaysia iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmi. Meskipun benar ada orang-orang India atau bangsa lain yang membawa homeopati ke Malaysia, namun tanpa tokoh ini, homeopati tidak akan berkembang sehebat ini.

  Beliau yang mula mengajar sekumpulan pelajar, menubuhkan persatuan, membuat terjemahan dan nota-nota kuliah dalam bahasa Melayu, membawa isu-isu kesihatan dan homeopati ke parlimen dan jurucakap homeopati di zaman di mana 99.9 peratus rakyat Malaysia masih teraba-raba mengenai ilmu perubatan baru ini.

  Dr. Burhanuddin merupakan Tokoh Guru buat kita yang mengamalkan homeopati sebagai satu kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan. Justeru jua, Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua pengamal homeopati yang sempat menyampaikan ilmu ini kepada anak bangsa di Malaysia, termasuk semua pengguna perubatan homeopati.

  Sempena dengan Hari Guru dan bersempena dengan sebulan lagi kita berpuasa dan seterusnya menyambut Aidul Fitri, maka hari ini, kita melancarkan tawaran kepada pengguna dan pengedar baru sekali lagi.

  Sekalipun kita tengah hiruk-pikuk dengan kesan pelaksanaan GST, namun kita komited untuk memberi hadiah ini.

  Kepada pengguna yang ingin mendapatkan bekalan 10 botol penawar homeopati (bercampur produk) - harga RM110.00, hadiahnya ialah buku "Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati" (mengandungi tulisan Dr. Burhanuddin al-Helmy).

  Kepada yang ingin mendapatkan bekalan 40 botol produk farmasi Active IQ, Homeo-ABC, Hi-Fos boleh membuat pesanan pada harga RM300.00 (7.50 x 40), hadiahnya ialah sebuah buku Falsafah Homeopati, 2 Tip-tip Motivasi & Minda serta beg produk HBI.

  Yang ingin mendapatkan bekalan 100 botol, diskaun 50 peratus daripada harga jualan diberikan, sementara tawaran hadiah dikekalkan.

  Kami daripada HBI mengucapkan “Selamat Hari Guru”, Selamat menyambut bulan Ramadah, semoga anda semua diberkati dan dirahmati.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2015