Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jutawan Superb Irfan: Bisnes Online  (5/11/15)

 Pada hari Rabu, 4hb November 2015, kami meninjau satu lagi program pemasaran terkini iaitu berhubung dengan perniagaan atau bisnes online. Bagi kami, kehadiran staf HBI penting kerana kami sedang mencari strategi paling sesuai untuk memulakan farmasi online secara lebih serius.

  Program yang bertajuk Jutawan Superb Bersama Irfan Khairi itu berlangsung di hotel Klana Resort di bandar Seremban. Ia dihadiri oleh pelajar-pelajar institusi pendidikan MARA seperti MRSM dan Kolej MARA, pelajar-pelajar institusi luar dan juga usahawan-usahawan bumiputera dalam Negeri Sembilan.

  Program yang dijalankan dari pagi hingga ke lewat petang itu memberi ruang kepada jutawan internet, Irfan Khairi memberi lebih banyak tip-tip bagaimana hendak memasarkan produk atau berniaga online dengan modal atau tanpa modal.

  Dalam program yang kami hadir sebelumnya, Irfan selalu berkejar dengan masa kerana maklumat yang hendak disampaikan itu terpaksa dipadatkan untuk mengisi ruang masa yang singkat diberikan oleh penganjur. Umpamanya, apabila Irfan diberikan slot hanya sejam di KLCC dalam program BAHTERA dan dua jam dalam program Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran KKLW.

  Justeru, masa sepanjang hari dari jam 9.30 pagi hingga ke 4.30 petang itu telah digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menyampaikan modul bagaimana menggunakan medium media sosial seperti facebook atau instagram, blog dan laman web secara betul dan efisien.

  Dalam gambarajah segi tiga sama yang beliau pamerkan, para hadirin dapat melihat dengan jelas pengggunaan sebenar setiap platform tersebut. Kita tidak seharusnya menggunakan satu media sahaja iaitu seperti facebook (fb) sahaja untuk mempromosi barangan.

  Memanglah kalau asyik promosi saja dalam laman fb, lama-lama orang atau rakan dalam fb naik muak. Bukan itupun tujuan asal kita membuka laman fb. Kalau boleh biarlah ianya berlaku secara tak langsung. Jika tidak, promokan saja iklan di ruangan berbayar.

  Menurut Irfan, sewajarnya kita guna fb sebagai laman membina hubungan. Selain itu, kita boleh berkongsi informasi dan ilmu.

  Sebaiknya kita gunakan Blog untuk mempromosi barang / produk atau perkhidmatan kita.

  Kemudian kita hubungkan pula fb dan blog kita dengan laman web (website) untuk menjual barangan ataupun perkhidmatan kita. Itulah cara bisnes online yang lebih teratur dan sistematik.

  Selalunya dalam program yang menelan waktu sehari penuh kita akan dapati ada saja hadirin yang keletihan, mengantuk atau tidak dapat menahan matanya daripada terlelap.

  Inilah perbezaan sesi di kebanyakan tempat dengan sesi yang dihoskan oleh Irfan Khairi. Cara beliau bersuara lantang, menyelangi sesi dengan pertanyaan dan ke sana ke mari dengan begitu energetik membuatkan hadiri tidak sempat untuk melayan kepenatan.

  Sebaliknya, pelbagai pertanyaan dan rasa ingin tahu berterusan bermandi di fikiran mereka. Kami juga difahamkan di antara hadiri itu, ada juga pelajar Tingkatan 3 daripada salah sebuah MRSM. Pun mereka ini nampak mendengar dengan penuh minat.

  Pendeknya, ramai yang merasa bertuah dapat menghadiri program yang dianjurkan oleh Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan.

  Seminar bisnes online Jutawan Superb Irfan Khairi ini telah dirasmikan acara penutupnya oleh YB Dato Norhayati Omar, Jawatan Kuasa Bertindak kebajikan, Pembangunan Wanta dan Keluarga N. Sembilan.

  Kami daripada HBI Health & Homoeopathy Centre yang ingin menjana lebih ramai pelawat ke laman drhatta.com bagi tujuan mempromosi produk farmasi homeopati dan buku-buku homeopati secara online merasakan sesi seperti ini amat bermanfaat buat kami dan semua yang terlibat dalam perniagaan @ bisnes online.

  Ini menjadi lebih penting lagi apabila hasrat kami untuk membuka outlet di Kota Bharu pada bulan Januari akan datang menjadi kenyataan serta hasrat menjana perniagaan farmasi homeopati online dengan lebih berkesan dilancarkan.

  Sokong homeopati demi kebajikan semua. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015