Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Homeopati Online: Perjalanan Sejarah dan Bisnes (14/11/15)

 Perkhidmatan bisnes homeopati online nampaknya semakin rancak di akhir-akhir ini. Produk homeopati yang tumbuh menerusi jualan atas talian ini juga sudah kian meningkat.

  Selain itu, ramai juga pengamal yang mulai sedar bahawa untuk mempastikan laman web atau blog mereka dilayar oleh pelanggan, mereka tidak harus memaparkan produk homeopati sahaja, bahkan harus juga berkongsi ilmu, maklumat dan idea online.

  Namun jika kita kembali kepada sejarah, HBI Health & Homoeopathy Centre adalah antara yang paling awal memulakan perkongsian ilmu secara online. Sejak tahun 2001 lagi laman web yang dikenali sebagai Malaysia Homeopathy Cyber Library sudah ke layar internet dengan menggunakan tapak Geocities dan Tripod.

  Ini tidak menafikan bahawa terdapat juga beberapa syarikat, persatuan dan individu lain yang sudah berjinak-jinak dengan internet. Ini termasuklah laman-laman yang dihasilkan oleh Era edar sdn bhd, begitu juga laman Allahyarham Dr. Nik Omar dan persatuannya. Hanya fokus kebanyakan pengamal kita dalam bisnes homeopati online pada masa itu lebih tertumpu kepada jualan produk homeopati semata-mata tanpa "knowledge sharing".Kalau adapun ciri-ciri perkongsian ilmu, amat sedikit dan kurang menonjol.

   Amalan perkongsian ilmu (knowledge sharing) ini dimulakan oleh HBI dengan bantuan drhatta yang menjadi penulis utama. Itupun bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana HBI sendiripun masih dalam keadaan mentah dan terkapai-kapai lagi, seperti anak-anak baru belajar.

. Tapi sekurang-kurangnya orang-orang yang mendahului pengamal lain seperti tersebut di atas telah membuat satu permulaan bagi berkongsi sesuatu dan sedang menuju ke arah homeopati online.

  Di waktu permulaan itu jugalah kami mulai perkenalkan kursus secara online. Tetapi di waktu itu kami lebih menggunakan kaedah penghantaran bahan kursus serta soal jawab melalui emel - dan tidak boleh bersoal jawab dengan rancak seperti hari ini dengan menggunakan media sosial atau watsup. (rujuk artikel: http://www.drhatta.com/2012/Ogos12/TipRamadan_Online.html)

  Sekitar tahun 2002, laman percuma homeolibrary di dalam tripod atau geocities itu diupgrade dengan menggunakan alamat http://go.to/homeolibrary.

  Apabila tapak laman yang menggunakan nama domain www.homeolibrary.com dibeli oleh syarikat HBI, maka suatu era baru bermula. Lebih banyak maklumat dan buku-buku penting homeopati dimuatnaik ke laman tersebut. Artikel-artikel drhatta berkaitan homeopati juga ditambah.

  Tidak seperti laman-laman berbahasa Melayu lain dewasa itu, homeolibrary.com tidak memberi fokus kepada menjual produk ubat-ubatan homeopati. Yang lebih diutamakan ialah memberi maklumat kepada masyarakat berkaitan amalan perubatan homeopati. Usaha bisnes produk ubat homeopati secara online, kalau adapun, hanya merupakan agenda sampingan.

  Tetapi kerana agenda penerbitan buku-buku homeopati dan menyelengggara laman menjadi tersangat penting, usaha memperoleh pendapatan melalui jualan produk selain buku-buku digiatkan.  Ini banyak membantu menyelamatkan kos-kos yang dibelanjakan bagi mempromosi homeopati atas talian (homeopathy online) secara meluas.

  Daripada situ bermulalah usaha pemasaran tiga produk utama iaitu Active IQ, Hifos dan Homeo-ABC secara bisnes online. Demikian juga produk Homeo-pranatal. Sebahagian tulisan drhatta juga dibuat kompilasi bersama buku-buku tulisan beliau yang pernah diterbitkan. Produk-produk itu boleh dianggap permulaan kepada menjadikan program maya HBI ke arah homeopati online yang lebih gamat.

  Antara bahan produk homeopati yang dijual secara online itu ialah CD kompilasi Materia Medica Boericke dengan 5 buah buku tulisan drhatta. Begitu juga CD berkaitan kursus homeopati untuk rawatan di rumah.

  Bisnes homeopati online ini dirancakkan lagi apabila domain dan tapak laman drhatta.com dibeli dan diperkenalkan pada tahun 2007. Dengan itu laman ilmu dalam homeolibrary.com dikekalkan, sementara laman yang memberi fokus kepada bisnes terserah kepada laman drhatta.com.

  Perjalanan HBI dalam bisnes homeopati online ini boleh dikatakan mengundang cabaran yang besar kerana motif bertumpu kepada penyebaran makumat berkaitan homeopati kepada masyarakat dan mempromosi buku-buku dan CD.

  Jualan produk utama HBI yang berkaitan penawar-penawar bersifat farmasi hanyalah berupa sokongan meskipun fliers dan iklannya dibuat secara serius.

  Pada masa itu, sudahpun terdapat pertanyaan atau panggilan telefon untuk informasi mengenai homeopati dan kaedah rawatan. Lama-kelamaan klien mula bertanya mengenai penyakit dan masalah mereka. Oleh kerana itu, homeopati online menjadi matlamat yang tidak dapat tidak mesti dijadikan sasaran terekat.

  Bagaimanapun, kira-kira lima tahun yang lalu, kegiatan bisnes homeopati online ini digerakkan dengan lebih cergas justeru penerbitan buku-buku homeopati hendak dan harus dikeluarkan secara berterusan.

  Hari ini, kami amat berpuas hati kerana berjaya menerbitkan sebanyak 11 buah buku, yang mana fokus jualan adalah secara online. Selain cara online, jualan menerusi pembekal ubat-ubat homeopati (farmasi/pengimport) juga banyak membantu melariskan buku-buku yang tidak sempat kami promo menerusi kaedah biasa.

  Sehingga kini, bisnes buku homeopati online semakin mendapat tempat meskipun para pengguna umumnya lebih gemar mendapatkan produk bagi masalah kesihatan.

  Oleh kerana ramai juga pengamal yang semakin bergiat ke arah pemasaran online berkaitan ubat-ubatan, kami percaya pengguna akan mendapat lebih banyak manfaat  daripada perubahan ini.

  Bagi kami, kami lebih rela menumpukan bisnes homeopati online dalam penjualan buku-buku homeopati secara online dan melayan pelanggan yang memerlukan khidmat nasihat dan konsultasi online.

  Kendatipun, perancangan sedang dibuat bagi membuat promosi secara tersusun dalam jualan produk ubat-ubatan homeopati online. Kami juga sedang berusaha untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya satu produk yang mempunyai status halal JAKIM menerusi kilang bertaraf GMP.

 Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015