Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti UNISZA: Kemaruk Nescafe (19/11/15)

 Pada 15hb November, iaitu hari Ahad, konsultan HBI terbang dengan AirAsia ke KualaTerengganu untuk suatu program keusahawanan di MRSM Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Bagaimanapun, cerita hari ini harus termasuk peristiwa yang masih terngiang dalam ingatan.

  Jadinya, hari ini ada tiga cerita.Cerita ini menunjukkan ubat yang diberi memang harus ada kesannya, tetapi bagaimana pula respons klien terhadap pantang nescafe?

1. Cerita Kekejangan di Shah Alam

  Dua hari sebelum berangkat ke Kuala Terengganu, konsultan online menghadiri satu program di Best Western Hotel Nexus di Shah Alam. Ketika berada di hotel di Shah Alam itu, beliau terpaksa memberi rawatan menggunakan Spasmo2 dan saranan pemakanan kepada seorang pensyarah yang kebetulan terkena serangan krem atau kekejangan otot.

  Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal yang menyebabkan mangsa tidak dapat berehat secara normal. Itulah yang berlaku kepada sahabat pensyarah itu yang mana ketika itu sedang menikmati minuman petang. Beliau tidak dapat mengawal dirinya lalu menolak kerusi dan meja yang berada di hadapan.

  Pensyarah itu kemudian diusung dan dibawa berbaring di atas sofa di luar kafe. Syukur, alhamdulillah, dengan Spasmo2 dan sedikit air suam, beliau dapat ditenangkan. Beliau juga disarankan terus mengambil Spasmo2 sebelum tidur dan apabila bangun keesokan hari. Beliau disarankan juga ambil Spasmo2 bersama air suam.

  Isunya, apakah pantang ubat homeopati ini?

  Konsultan HBI memaklumkan "Kami hanya sarankan supaya elakkan daripada minum kopi dan nescafe". Saranan ini bersifat umum dan selalunya konsultan HBI tidak akan menyenaraikan pantang larang lain.

  Alhamdulillah pesakit yang menghadapi kekejangan ini boleh menerima hakikat penawar atau ubat homeopati tidak boleh diambil bersekali dengan kafein. Memang ramai klien HBI yang faham perkara ini dan rela terus menggunakan ubat homeopati tanpa dicampur dengan bahan yang boleh mengganggu kerja penawar.

2. Anak selsema dan asma di Terengganu

  Kembali ke lokasi di Kuala Terengganu. Ketika selesai memberi ceramah keusahawanan kepada staf, guru dan pelajar di MRSM Kuala Terengganu, ada di antara audiens inginkan penawar homeopati untuk anaknya yang asma dan resdung. Apabila ditanya pantang-larang jika ada, konsultan HBI memberitahu hanya dua perkara itu saja.

  Nampaknya sahabat itu boleh terima saranan pantang bahan berkafein seperti kopi dan nescafe. Ini penting. Kita harus berpantang jika ubat itu hendak diberikan untuk merawat anak dengan harapan memperoleh kesan positif.

  "Bagaimana dengan ubat hospital yang diambil? Haruskah anak saya berhenti ambil ubat itu?" Sambung cikgu tersebut.

  Konsultan online HBI menyatakan bahawa, "Pada hakikatnya seeloknya ambil satu jenis rawatan sahaja. Tapi kalau ada keperluan, dibolehkan ambil keduanya. Tetapi harus dijarakkan masa pengambilan."

  Konsultan online HBI menyatakan juga, kalau boleh, bila datang serangan asma, cuba ambil Homeo-ABC dahulu. Ambil tiga dos dan perhatikan kesannya. Ada klien yang amat sesuai dengan Homeo-ABC sehingga dia boleh bertahan dengan serangan asma yang datang tiba-tiba, Jadi, selepas itu, inhaler asma sekadar menjadi back-up sahaja.

  Tidakkah ini menunjukkan kehebatan kesan Homeo ABC? Tetapi apa agaknya berlaku kalau selepas ambil Homeo-ABC, anak itu meminum nescafe.

  Nampak simple dan mudah. Namun implikasinya pasti besar.

3.  Ubat diambil, nescafe dihidang

  Benar sekali persoalan di atas tidak semudah disangka bagi semua orang. Cuba perhatikan individu berikut.

  Petang itu, selepas selesai program di MRSM, seorang sahabat mohon mendapatkan rawatan homeopati. Ketika itu, sahabat berkenaan menghantar konsultan online HBI ke hotel. Lalu sahabat yang digelar dengan panggilan ustaz  itu diberikan penawar homeopati yang bersesuaian khususnya Elasto1.

  Beliau sememangnya dimaklumkan tentang pantang nescafe dan kopi kalau ambil penawar homeopati HBI. Oleh kerana penyakit beliau sudah kronik, sepatutnya pantang yang dinyatakan itu diberi perhatian. Sedihnya, kita lihat kes ini tidak seperti kes pertama, dan kita boleh saksikan apa yang berlaku keesokan hari..

    Pada keesokan hari, konsultan online HBI telah memberi satu lagi ceramah keusahawanan kepada pelajar-pelaja universiti. Walaupun pelajar UNISZA yang hadir tidak ramai, namun sebahagian besar daripada mereka memberi fokus yang diperlukan supaya program menjadi lancar.

  Sebaik tamat program selepas Majlis Penutup Jelajah Varsiti bersama Pengarah Tabung Haji Terengganu, masing-masing bergegas keluar dewan menuju destinasi masing-masing kerana hujan masih belum berhenti. Konsultan online HBI pula hanya sempat bergambar dan berborak ringkas dengan sekalian Team Jelajah Varsiti.

  Selepas itu, konsultan HBI dibawa oleh sahabat lamanya ke rumah Ustaz semalam untuk berjumpa bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu yang sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa.

  Haah. Kali ini beliau dan teman-temannya yang lain dihidangkan kek dan nescafe. Baru semalam, beliau memberikan penawar Elasto1 kepada sahabatnya yang bergelar ustaz itu dengan menyatakan pantangnya bahan yang mengandungi kafein.

  Malangnya, kali ini anak ustaz menghidangkan nescafe pula. Aduuuh. Konsultan online HBI pun serba salah. dan lantas mengikuti  semua orang minum apa yang dihidangkan.

  Inilah isu yang besar. Bagi pengamal/peminat nescafe atau kopi, ataupun mereka yang berada di dalam satu keluarga yang minuman hariannya nescafe, mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada tidak meminum bahan itu. Kemaruk masyarakat kepada nescafe adalah antara masalah dalam rawatan homeopati yang terus berlarutan.

  Kami bawakan cerita ini hanya sebagai contoh kerana tidak semua orang boleh mematuhi pantang-larang. Jadi, bagaimana dengan pesakit yang disaran supaya tidak meminum nescafe tadi?

  Terpaksalah kami sebagai pengamal sekadar memberi nasihat dan bertawakkal sahaja. Terpulanglah kepada pesakit sama ada ingin berpantang atau tidak.

  Orang ramai pasti akan bertanya juga, "Soalnya ialah, apa akan berlaku terhadap ubat yang dipreskripsi dan diambil sebelum dia minum nescafe?

  Jawabnya, "Syahid lah remedi yang diberi". Konsultan online HBI tidak akan mengharapkan kesan positif sangat daripada preskripsi yang diberikan.

  Apabila klien enggan berpantang, itulah yang berlaku. Kita manusia, bila tidak dapat menahan nafsu terhadap sesuatu, meskipun kita tahu ia memberikan kesan buruk atau negatif kepada rawatan, maka kita kenalah hidup dalam keadaan sakit yang memang kita undang.

  Itulah sikap konsultan HBI. Nasihat diberi enggan diamal. Jadi, terserahlah kepada klien. Konsutan kami yang bukan sahaja berpantang dengan nescafe, tetapi juga tidak toleran denggan nescafe susu, akan segera mengambil antidot bagi mematikan kesan kafein dalam nescafe yang diminum.

  Jika klien mau, kami boleh beri antidot untuk nescafe apabila datang merawat. Tapi apakah maknanya jika setiap kali kita ambil ubat kemudian ambil nescafe, dan kemudian ambil antidot, dan selepas itu mengulangi lagi putaran yang sama.

 Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015