Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti UMK: Bisnes Online (28/11/15)

 Beberapa kali pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menangguhkan program Jelajah Varsiti anjuran bersama Tabung Haji dan Berita Harian. Akhirnya pada 27hb November 2015, usaha mengadakan Jelajah Varsiti ke Tujuh di bumi Kelantan berlangsung juga.

  Oleh kerana Pantai Timur sedang menghadapi musim tengkujuh, maka pada hari tersebut hujan memang turun mencurah tanpa henti. Kalau berhentipun amat pendek masanya. Kemudian hujan bersambung lagi.

  Bagaimanapun, demi menjayakan dan menggamatkan program, Timbalan Naib Canselor UMK telah sudi turun untuk merasmikan program yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi di UMK cawangan Bachok.

  Meskipun negeri ini terkenal dengan ramai penduduknya terlibat dalam perniagaan, namun rancangan Tabung Haji untuk mengadakan program di UMK ini sangat baik kerana masih ramai anak-anak yang masih bersekolah belum melihat prospek sebenar perniagaan.

  Justeru, apabila Mohamed Hatta HMD dijemput sebagai penceramah pertama, perkara utama yang ditekankan ialah supaya pelajar membina impian yang jauh dan besar-besar. Kerana menurut beliau, daripada situlah baru seseorang itu boleh nampak apa yang hendak diburu dalam kehidupan.

  Kemudian barulah pelajar-pelajar boleh meletakkan sasaran atau matlamat (goal setting). Apabila ada matlamat hendak dicapai, maka kita sebagai usahawan baru akan mula membuat perancangan dan mengambil tindakan yang perlu bagi mencapai matlamat kita.

  Inilah yang disebut oleh Steven Covey sebagai "Begin with the end in mind" di dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People". Tanpa matlamat yang jelas dan boleh dicapai, "kita akan jadi seperti peniaga biasa, berniaga tanpa tujuan dan sasaran untuk kita terus bergerak maju".

  Justeru kelemahan meletakkan matlamat itu, sebahagian daripada peniaga tidak mempunyai semangat serta nilai keusahawanan sebenar, tidak kreatif, tiada usaha inovasi dan strategi pemasaranpun lemah.

  Beliau juga menyarankan supaya pelajar tidak terlalu menyasarkan pinjaman atau geran bagi memulakan bisnes. Apa lagi, sekarang dengan pelbagai peluang dan kaedah dalam bisnes online, bisnes boleh dimulakan tanpa modal.

  Berbalik kepada bisnes online, Encik Zainal Rashid bin Isa, menyambung ceramah bagi sesi Jelajah Varsiti siri ke 7 di UMK yang membicarakan mengenai sistem bisnes online. Seperti yang sedia dimaklumi, beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

  Kehadiran En Zainal Rashid membuka lebih banyak informasi dan peluang untuk pelajar yang berminat dalam bisnes online atau internet. Bagi yang sudah ada produk, internet akan membuka ruang yang lebih jauh dalam pemasaran online.

  Bagi menarik pelajar-pelajar memulakan bisnes secara online, En Zainal Rashid dan pembantunya membawa beberapa cerita mengenai usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan online.

  Beliau juga turut membuka ruang bagi pelajar-pelajar yang minat menulis bagi mendapatkan pendapatan tambahan. Melalui laman web PUIM, beliau mengatakan bahawa sesiapa yang menghantar artikel dan artikelnya berjaya keluar di laman itu akan dibayar sebanyak RM40 bagi setiap artikel.

  Ini merupakan satu peluang yang baik kerana pelajar boleh menjana pendapatan tanpa modal seperti juga pelajar yang membuat urusniaga dropship dan affiiate. Ini juga bermakna pelajar yang aktif menulis artikel sehingga 10 buah sebulan akan berpeluang mendapat wang tambahan sebanyak RM400 sebulan.

  Ceramah daripada En zainal Rashid terpaksa dipendekkan untuk memberi laluan kepada satu lagi ceramah berkaitan dengan modal start-up. Selepas ceramah mengenai peluang bantuan kewangan daripada PUNB yang merupakan speaker terakhir hari itu, program dihentikan sementara supaya semua hadirin dapat menunaikan solat Jumaat.

  Majlis penutup program dijalankan selepas persembahan pembentangan Rancangan Perniagaan oleh beberapa kumpulan pelajar. Pembentangan Rancangan Perniagaan tu dimulakan selepas selesai sahaja solat Jumaat.

  Majlis penutup program Jelajah Varsiti telah dirasmikan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Kelantan.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015