Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti 6: KUIM Melaka  (3/11/15)

 Minggu ini para tamu penceramah dibawa turun ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lokasinya ialah Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sg Baru.

  Pelajar di KUIM nampaknya begitu berdisiplin dan kehadiran bagi program Jelajah Varsiti anjuran Berita Harian dan Tabung Haji pula amat menggalakkan. Jumlah pelajar yang terlibat hampir mencecah 80 orang.

  Mereka telah berkumpul dan memberi sepenuh perhatian serta melibatkan diri di sepanjang ceramah motivasi dan bimbingan usahawan berjalan. Sesi pembentangan Rancangan Perniagaan di sebelah petang juga mendapat sambutan meriah.

  Aturcara dan persiapan yang tersusun mendapat respons positif daripada sekalian panel dan penganjur. Demikian juga acara penutup berlangsung dengan tenang dan mengikut jadual.

  Timbalan Pengarah Tabung Haji Melaka, Tn Hj Abdul Malik bin Hassan mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa di KUIM kerana telah sama-sama memberi kerjasama kepada pihak Tabung Haji dan Berita Harian.

  Katanya, "Program ini penting bagi memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk bergiat dalam bidang keusahawanan. Pelajar harus berfikir untuk mencari peluang lain selain daripada berusaha mendapatkan pekerjaan. Lagipun punca rezeki daripada perniagaan adalah 9/10 berbanding makan gaji."

  Beliau juga menjelaskan dalam ucapannya bahawa sekarang pasaran kerja sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keluaran siswazah-siswazah baru. Tabung Haji sendiri mengambil lebih kurang 100 orang siswazah setiap tahun bagi tujuan memberi latihan dan pengalaman. Hal itu dilakukan sejak enam tahun yang lalu.

  Perasmi Majlis  Jelajah Varsiti di KUIM pula, iaitu Datuk Prof Hj Baharuddin bin Putih, Tim Naib Canselor Jaringan Industri Dan  Masyarakat Melaka, menyatakan bahawa pelajar-pelajar lulusan KUIM mempunyai kelebihan selain daripada diploma dan ijazah yang diperoleh.

  Kelebihan itu adalah dari segi sahsiah, disiplin dan perwatakan mereka yang terpuji. Justeru pelajar-pelajar daripada KUIM menjadi intaian pihak pengurusan hotel di Melaka apabila mereka ingin mencari pekerja baru.

  Turut hadir sebagai VVIP dalam majlis penutup Jelajah Varsiti ialah Pn. Fazlena Jaafar daripada Berita Harian. Penceramah jemputan seperti Pak Wan Chik Husain, En Zainal Timbalan Presiden PUIM, En Muaz dan konsultan HBI memberi motivasi keusahawanan dengan penuh semangat.

  Program pada hari tersebut iaitu Sabtu 31 Oktober 2015, tamat hampir jam 5.30 petang. Hujan rintik-rintik sudah menjadi semakin lebat ketika program tamat.

  Semoga usaha murni ini mendapat impak yang besar terhadap masyarakat kampus yang dijelajahi. Salam kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015