Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Penawar / Ubat Homeopati: Malas Boleh Dirawat (9/11/15)

  Malas! Apakah ia suatu penyakit? Kalau ianya penyakit, apakah ada ubat penyakit malas? Demikian bunyi persoalan di kalangan keluarga yang berhadapan dengan anggotanya, terutama anak-anak yang bersikap malas.

  Sememangnya malas merupakan satu sikap yang amat buruk dan memberi kesan negatif kepada banyak perkara dalam kehidupan.

Maksud Pemalas

  Tetapi sebelum itu, cuba kita lihat makna perkataan malas itu sendiri. Berpandukan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), malas dikatakan sebagai hampir sama dengan 'teledor'. Maknanya tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, dan lengah atau malas-malas. Malas dalan ertikata teledor juga merujuk kepada sikap suka berlengah-lengah, atau bertangguh-tangguh.

  Dalam makna yang lain, malas dalam konteks teledor dimaksudkan sebagai tidak berapa tekun bekerja atau belajar, agak mundur dalam pelajaran. Lebih tidak menyenangkan ialah apabila malas itu dikatakan sebagai bodoh, bengal, degil, mengalpakan, mencuaikan atau tidak mempedulikan kewajipan.

  Dalam situasi yang lain, malas dikatakan sebagai orang yang tidak mahu berbuat sesuatu, segan, tidak rajin, tidak sudi, tidak suka, enggan. Bila semakin diperluaskan pengertiannya, nampak makin jelas kepada kita, ianya kelihatan seperti penyakit. Dan itulah penyakit malas.

Bangsa Pemalas

  Malangnya pulak ialah kerana bangsa Melayu yang paling banyak dikaitkan dengan sikap, perangai, tabiat atau penyakit malas ini.

  Sekarang cuba kita lihat sejauh mana bukti yang menunjukkan bangsa kita paling pemalas. Jika dirujuk satu kajian yang disiarkan oleh The Lancet dan dipetik pula oleh akhbar kita pada tahun 2012, negara paling pemalas ialah Malta (71.9% penduduknya tidak aktif) dan diikuti oleh Swaziland dan Arab Saudi (68.8%).

  Ini bermakna kedudukan kita tidaklah seteruk mereka yang berada di atas. Namun dengan kadar peratusan 61.4% dan berada di tempat ke sepuluh, tentulah amalan atau sikap malas ini (baik ianya merujuk kepada negara ataupun bangsa) adalah suatu perkara yang serius dan harus diberi perhatian juga.

  Tidak hairan jugalah jika Perpustakaan Negara Malaysia sendiri yang pernah mengadakan kajian tentang amalan membaca rakyat kita, jumlah muka surat sehari yang dibaca oleh seorang rakyat Malaysia hanya beberapa muka sahaja sehari.

Ubat Pemalas

  Melalui perluasan makna daripada tabiat, sikap, perasaan atau karekter malas tadi, agak-agaknya bolehlah kita kategorikan ia sebagai suatu penyakit, yakni penyakit malas. Jika begitu, bolehkah penyakit malas dirawat? Bolehkah malas dirawat melalui motivasi, ubat-ubatan tertentu atau rawatan homeopati?

  Sementara bagi merawat penyakit malas ini, adakah mana-mana sistem rawatan pernah mendabik dada mengatakan bahawa sistemnya boleh merawat penyakit malas, ataupun ada ubat yang boleh disebut ubat malas? Yang mungkin kita pernah dengar berkaitan kaedah merawat atau ubat malas ialah beberapa amalan biasa seperti dengan cara memberi kuliah, mendidik, memaksa, berdoa dan mungkin juga dengan cara motivasi.

  Dalam buku Motivasi Alihan Pelajar, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, beliau dilaporkan mengatakan tiada pelajar yang pandai dan pelajar bodoh. Yang ada ialah sama ada pelajar itu rajin atau malas. Malas adalah sikap pelajar yang digunakan secara negatif yang menyebabkan mereka suka menangguhkan kerja dan membuat ulangkaji di saat akhir, ataupun mungkin tidak langsung.

  Ada sesetengah individu, sikap atau perasaan malasnya sampai ke tahap malas beriadah, malas untuk belajar, malas menyiapkan kerja sekolah, dan malas membuat kerja bagi mencari rezeki. Malah mungkin juga ada yang malas untuk makan atau mencari kedai untuk makan.

  Justeru beliau atau mungkin motivator lain juga turut memberi beberapa saranan bagaimana seseorang itu boleh memotivasikan diri bagi membuang sikap atau perasaan malas ataupun supaya mengguna perasaan malas itu secara positif.  Antaranya ialah seperti berdoa, mengingat matlamat diri, membaca bahan motivasi dan boleh jadi juga dengan cara menyusun jadual belajar.

  Tetapi apabila kita berbalik kepada ubat-ubatan yang boleh membantu seseorang itu mengurus perasaan atau sikap malas, sukarlah kita dapati mana-mana sistem rawatan yang memberi fokus kepada "malas". Apakah rawatan homeopati boleh membantu? Atau adakah ubat homeopati spesial untuk sakit malas?

Lalu menyampuk rakan Indo, "Iya...Apakah obat homeopati bisa bantu?"

Ubat Malas Homeopati

  Mungkin dalam perubatan homeopati, ada ubat untuk penyakit malas. Justeru malas itu juga merupakan suatu simptom atau tanda penyakit individu, lalu adalah nampaknya harapan buat merawatnya. Ataupun, kalu bisa dirumus berasaskan beberapa formula kita mungkin dapat hasilkan satu penawar khusus sebagai obat malas.

 Melalui perluasan makna malas tadi, bagi pengamal yang tahu mengenai rubrik repertori homeopati, saya fikir banyak jugalah petunjuk yang boleh kita cari untuk simptom atau penyakit malas atau individu yang pemalas.

  Di sini, kami yang lama bersama HBI ingin utarakan bagaimana penawar Active IQ boleh membantu sakit, perasaan atau emosi malas. Usul inipun saya bawakan kerana sudah banyak pengguna Active IQ memberi testimoni berkaitan beberapa simptom yang mungkin relevan.

  Testimoni pengguna inipun diberi berasaskan laporan tanpa sengaja yang mungkin kita boleh padankan dengan senarai dalam repertori homeopati. Ini maknanya, seharusnya ada senarai tambahan dalam simptom-simptom di samping simptom-simptom yang tersenarai pada label di dalam nama-nama tiga penawar utama formulasi penawar Active IQ. 

  Beberapa orang pengguna, termasuk Puan Salwati, memaklumkan anak yang dulu kurang aktif dan pendiam di dalam kelas menunjukkan perubahan ketara. Daripada tidak mahu atau malas terlibat telah menjadi seorang yang suka bergaul, melibatkan diri dalam aktiviti dan memberi respons positif terhadap pertanyaan guru.

  Seorang motivator usahawan bernama Rozi, puan Min dan beberapa maklumat pengguna terdahulu ada memberi informasi tentang sikap malas atau acuh tak acuh apabila dikejutkan setiap pagi menjadi lebih rajin dan sekali kejut saja sudah memberi respons positif untuk bangkit dan bangun untuk bersiap setiap pagi.

  Di dalam kelas, pelajar yang selalu enggan duduk didepan, enggan menjawab soalan guru, enggan bergaul dan enggan macam-macam lagi sudah jadi rajin. Maknanya dia sudah buang tabiat malas tadi. Dalam konteks ini, terawatlah penyakit malas. Maka, terjumpalah ubat malas agaknya. Lalu ubat homeopati yang diambil itu boleh diistilahkan sebagai ubat malaslah jugak..

  Banyak perubahan tingkah laku menunjukkan perangai malas murid berubah selepas mengambil penawar homeopati yang mengandungi Kalium phos, Calcarea phos dan Magnesia phos. Oleh kerana kandungan penawar yang dimaksudkan itu mempunyai simtom-simptom yang jelas, perubahan sikap atau penyakit malas itu menjadi terurus dengan potensi penawar atau ubat homeopati.

Formulasi Ubat Malas Homeopati

  Memang ramai pengamal homeopati tidak peduli dengan pendapat Allahyarham Dr. Azizan Ismail dahulu. Lantas mereka merumus dan menformulasikan pelbagai penawar lain dalam ubat-ubat minda homeopati mereka. Kerana itu, kesan rumusan mereka berbeza. Mereka mempromosikan tentang pintar, cerdas, jadi cerdik dan sebagainya untuk memikat pengguna tetapi hakikat simtom penawar tidak diperhatikan dengan teliti.

  Sebelum saya merumuskan formulasi yang kebetulan sama dengan Dr. Azizan ini, saya telah terlebih dahulu studi simptom-simptom penawar homeopati berkaitan dengan merujuk kepada buku-buku homeopati tersohor spt Materia Medika (with Repertory) Dr. William Boericke, Repertori Dr. Kent dan Materia Medika Masterkey Dr. K.C. Bhanja.

  Memang simptom atau kalau boleh disebutkan sebagai penyakit malas termaktub di dalam kata kunci penawar atau ubat tiap satu penawar itu, cuma harus ditanggap dengan teliti dan memahamkan simptom yang tercatat di dalamnya. Perkataan 'malas' itu memanglah tak ada. Tetapi makna, perkataan lain dalam konteks penyakit 'malas' tadi terjawablah sudah.

Contoh yang mempamerkan ciri-ciri simptom malas itu:

- mind, averse to answer

- mind, refuses to eat

- mind, indifference, apathy

- mind, work, aversion to mental.

  Itukan tanda individu itu tidak berminat, enggan, tidak suka, malas, tidak peduli dan seumpamanya? Maka tidak tepatkah bila kami memberi interpretasi tambahan bahawa maksud dalam kenyataan dalam repertori itu harus juga merujuk kepada sikap malas?. Jadi... wajarlah kut - penawar yang dimaksudkan itu menjadi penyelesai atau ubat malas, bagi orang yang suka bermalas-malas.

Active IQ sebagai Ubat Malas Homeopati

  Jadi, selain justeru mentalnya yang lemah sebagai simptom, antara tanda-tanda penyakit malas atau sikap negatif individu (yang membawa kepada perasaan malas) dalam penawar-penawar di dalam Active IQ ialah malas atau tak mahu jawab soalan, tak suka berkawan, malas kerana malu, mudah letih, mengantuk bila nak studi, apati atau tak acuh, dan juga malas berfikir, bekerja atau membaca.

  Malas bangun pagi tidak mempunyai suatu simptom yang jelas di dalam repertori, tetapi ia mungkin merujuk kepada sikap malas membuat kerja atau malas berfikir. Tetapi bila pelajar itu sudah boleh berfikir dengan lebih baik, mempunyai matlamat dan ingin berubah daripada tidak aktif, maka ia menjadikan individu itu bertindak secara positif bila dikejutkan oleh ibu bapa. Terawatlah penyakit malasnya tadi.

  Walau sukar bagaimanapun untuk kita tafsirkan beberapa simptom di dalam materia medika dan repertori, tetapi jelas sekali gabungan tiga penawar di dalam Actif IQ memberi impak kepada penggunanya bagi memperbaiki penyakit malas. Ini juga secara tidak langsung bermakna Active IQ boleh dijadikan pilihan penawar atau ubat homeopati bagi merawat penyakit malas.

  Maknanya Active IQ yang kita promosikan sebagai ubat cergas, adalah juga ubat malas. Betul tak?

  Namun adakah wajar kita promosikan penawar atau ubat ini sebagai ubat malas? Agaknya tidaklah sampai ke tahap itu. Tetapi ia tetap merupakan ubat malas dalam konteks kemampuan merawat.

  Seperkara lagi sebelum kita berpisah pada kali ini:

  Justeru agak banyak informasi yang kita peroleh daripada impak penggunaan Active IQ, saya juga telah mencadangkan kepada pengurusan HBI supaya rebrand dan memasarkan semula Active IQ pada harga yang membuktikan kualiti keberkesanan penawar.

  Sekiranya emosi atau penyakit malas individu boleh berubah, walaupun sedikit, sedangkan tidak ada ubat lain berani mendabik dada, apa salahnya sistem rawatan homeopati mengorak langkah ke depan dan menguar-uarkan kemampuannya. Active IQ bukan saja mencergaskan minda bahkan turut juga membantu mengurus sikap malas. Ini bukan saja isu keberkesanan, malah juga isu kualiti penawarnya.

  Tuntasnya, di sini saya berani katakan insya Allah ubat homeopati seperti Active IQ berupaya merawat sebahagian besar daripada penyakit malas untuk simptom-simptom yang bertepatan antara simptom-simptom penawar dengan simptom-simptom individu pesakit. Maka apabila malas bertukar rajin, bukankah susulannya ia memungkinkan individu itu menjadi lebih berjaya?.

  So, let's rebrand Active IQ. Ia tidak harus dijual di bawah harga RM15 lagi.

  Salam daripada saya bagi pihak HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta konsultan HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015