Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Penulisan Buku-buku Homeopati Merentasi Sempadan (20/11/15)

 Penulisan buku-buku homeopati oleh Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD merentasi sempadan yang pernah dilakukan oleh mana-mana pengamal sebelum ini, dinilai daripada segi capaian pembaca dan capaian penghasilan karya.

  Bagi HBI pula, penerbitan dan usaha mempromosi buku-buku homeopati sebagai produk sesebuah syarikat juga melepasi sempadan yang pernah dibuat oleh mana-mana penerbit di tanah air tercinta Malaysia.

SEJARAH PENERBITAN BUKU HOMEOPATI

  Sejak homeopati diperkenalkan di Malaysia, Dr. Burhanuddin adalah antara pengamal terawal yang pernah mengeluarkan hasil karyanya selain S. Rajah yang seangkatan dengan beliau. Pengamal homeopati yang lain ada juga menyumbang, namun keluaran semua buku-buku homeopati itu hanya dalam naskhah dan jumlah capaian yang terhad.

  Buku itu hanya beredar di kalangan pengamal, pelajar-pelajar homeopati dan mungkin sekadar di kalangan pencinta homeopati, atau dalam lingkungan mereka yang mengikuti kursus perubatan homeopati.

  Justeru, kebanyakan buku-buku homeopati sebelumnya dikeluarkan sebagai naskhah fotostat, atau ada juga kemudiannya dicetak, tetapi dalam jumlah yang amat terhad.

  Sehingga hari inipun, mungkin ada penerbit baru atau usaha individu menerbitkan buku-buku homeopati. Malangnya, penerbitan atau penulisan buku homeopati itu terhenti selepas tercetak atau diterbitkan satu atau dua buah buku perubatan homeopati.

  Kadang-kadang timbul persoalan, apakah penulisnya tidak konsisten atau penerbitnya tidak berupaya menerbitkan lagi? Kalau penerbitannya memang mengharapkan suatu laba yang besar, kami sangat fahamilah sebabnya kenapa usaha itu terhenti.

  Ini berbeza dengan hasrat tertubuhnya HBI. HBI dan konsultan kami berusaha untuk terus menerbitkan buku-buku homeopati kerana motif utama kami ialah bagi mempromosi homeopati dalam genre penulisan ke serata nusantara. Bagi kami, perubatan homeopati wajar diangkat setanding dan sama martabatnya dengan ilmu-ilmu lain yang dipelajari di universiti.

  Apa lagi di hari ini kita mempunyai kelebihan untuk memasarkan buku-buku homeopati secara atas talian atau online marketing. Dan benar sekali, mutakhir ini dengan cara mempromosi melalui homeopati online, buku-buku homeopati bahasa Malaysia HBI semakin mendapat sambutan.

  Lantaran itulah, kami berkeyakinan bahawa misi untuk menerbitkan informasi ilmu perubatan homeopati sebagai suatu bahan bacaan umum, sebagai rujukan cendekiawan, sebagai naskhah perpustakaan tidak begitu serius sehingga HBI Health & Homoeopathy Centre didaftarkan kira-kira pada tahun 1996.

BUKU HOMEOPATI HBI PERTAMA

  Lantas buku pertama terbitan HBI yang membicarakan tentang homeopati dikeluarkan pada tahun 1997 dengan tajuk "Perubatan Homoeopati". Meskipun sdr Mohamed Hatta HMD berpengalaman sebagai penulis dan berpengalaman dalam kerja rawatan homeopati di Banting, keluaran pertama itu tidak sempurna dan mengundang beberapa kritikan.

  Tetapi mana-mana penerbitanpun, khususnya berkaitan ilmu baru seperti buku mengenai homeopati, pasti akan menerima teguran. Sudah pasti pula, dalam teguran-teguran itu, terdapat beberapa teguran yang membina selain satu atau dua teguran yang kurang menyenangi atau keliru.

  Bagaimanapun, ramai juga tokoh-tokoh yang gembira dengan keluarnya buku 'Perubatan Homoeopati" berkenaan yang menerobos pasaran. Ada sebahagian di antara mereka itu telah membelinya dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan menggunakannya sebagai teks di kuliah perubatan homeopati mereka.

  Seorang tokoh pengamal, iaitu Dr. Azizan Hj Ismail, yang bangga dengan hasil tulisan itu telah menyarankan supaya buku seperti itu bila dikeluarkan lagi kemudiannya seeloknya menggunapakai ejaan yang betul dan telah disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

  Selepas mendengar nasihat daripada Dr. Azizan kepada penulis secara peribadi itulah, kemudian kita dapati tulisan dan ejaan di dalam penerbitan buku homeopati seterusnya mendapat perubahan. Perubahan amat ketara daripada segi ejaan dan perkataan yang digunakan kerana persatuan homeopati sendiri masih kekal menggunakan ejaan homeopathy. Dalam penerbitan buku kedua dan seterusnya, perkataan homoeopathy tidak lagi dieja sebagai "Homoeopati" atau "Homeopathy" tetapi ejaan perkataan yang telah disahkan oleh DBP, yakni "homeopati".

  Lantas kita semua dapat saksikan bahawa dalam buku kedua, ejaan pada tajuk dan dalam bahagian isi telah bertukar kepada ejaan sepatutnya iaitu "Homeopati" Demikian juga keseluruhan buku-buku homeopati terbitan HBI seterusnya, pihak HBI telah berusaha mengikut standard atau piawai DBP.

BUKU HOMEOPATI KEDUA

  Buku kedua terbitan HBI ialah "Homeopati: Perubatan Alaf Baru", juga ditulis oleh Mohamed Hatta HMD.  Ketika itu, pihak HBI dimaklumkan bahawa beliau berhasrat untuk menulis sebuah buku homeopati setahun. Suatu komitmen yang belum pernah diberikan oleh mana-mana doktor atau pengamal perubatan homeopati pada waktu itu.

  Komitmen seperti itu juga tidak pernah timbul di kalangan penerbit. Kerana itu, kita belum pernah bertemu dengan mana-mana penerbit yang ada bukti menerbitkan buku homeopati lebih daripada lima tajuk dan berterusan. Malahan, belum ada usaha serius menerbitkan buku homeopati dengan kod ISBN (International Standard Book Number)  pada waktu itu agar buku-buku homeopati yang diterbitkan itu dipustakakan.

  Mengikut Mohamed Hatta HMD, beliau berhasrat menulis sebanyaknya supaya homeopati dikenali oleh lebih ramai masyarakat Malaysia dan homeopati juga harus dikenali sebagai suatu ilmu yang mempunyai nilai yang sama standard dengan ilmu-ilmu lain di institusi pengajian, saintifik serta dihormati. Sebab kata beliau, homeopati bukannya seni perubatan tradisional, yang lahir semata-mata daripada pengalaman dan tanpa sistem.

  Yang kami kisahkan di sini ialah senario yang berlaku sebelum milenium baru memasuki gerbang realiti. Sebab itu tidak menghairankan jika pernah dalam waktu promosi buku homeopati pertama tadi (Perubatan Homoeopati), ada pengamal yang mempersoalkan "mengapa perlu diterbitkan buku homeopati seperti itu untuk pengetahuan umum?"

  Ertinya, senario waktu itu masih lagi berada di zaman di mana guru silatnya cenderung mengajar sebahagian sahaja daripada ilmunya untuk murid atau orang awam dan disimpan bakinya. Ataupun kalau boleh, oang lain tidak perlu tahu, asal pengamal tahu sudah mencukupi.

  Demikianlah pandangan masyarakat homeopati pada waktu itu. Nota kuliah dan buku-buku homeopati hanya untuk pengamal dan orang yang mengajar atau orang yang belajar. Justeru, tidak hairanlah kenapa naskhah fotostat atau buku homeopati tidak diterbitkan dengan banyak dan tidak diedarkan secara meluas.

  Sebab itu jugalah, banyak tulisan-tulisan generasi awal yang sangat bermakna tidak kelihatan di pasaran. Sedangkan tulisan pahlawan-pahlawan awal homeopati adalah sejarah, adalah ilmu dan merupakan suatu khazanah yang harus diarkibkan. Satu-satunya buku homeopati yang ada hanyalah buku homeopati berkaitan "falsafah perubatan homeopati" dalam tulisan jawi sebagaimana yang ditemui oleh penulis HBI, Mohamed Hatta HMD di Muzium Negara.

BUKU HOMEOPATI KETIGA

  Buku homeopati yang ketiga menelan masa beberapa tahun bagi penulis dan konsultan HBI menyiapkannya. Ini adalah disebabkan bahan-bahannya harus diperhalusi betul-betul kerana bahan asal adalah daripada karya Materia Medica with Repetory oleh Dr. W. Boericke M.D.

  Walaupun agak banyak penawar homeopati yang diterjemahkan daripada karya asal, namun akhirnya penulis mengambil remedi yang berasaskan herba sahaja serta membuat ubahsuai supaya pengunaannya dalam benuk herba dan sejarah pengunaan penawar homeopati oleh orang terdahulu boleh dimasukkan juga.

  Bagi memantapkan persembahan buku tersebut, penulis telah membuat catatan ringkas mengenai sejarah penggunaan herba sebagai bahan perubatan di Bahagian Satu yang boleh dianggap sebagai topik pengenalan. Melaluinya dapatlah kita lihat bagaimana herba-herba tertentu diguna oleh orang-orang terdahulu sebelum sistem perubatan homeopati dijumpai.

   Amat menarik sekali idea penulisan buku homeopati ini. Ia memberi impak yang baik kepada para pengkaji di kalangan pelajar universiti tempatan sehingga beberapa orang membelinya dengan memaklumkan tujuan mereka adalah bagi tujuan melengkapkan kajian atau kertas kerja mereka di universiti.

  Di samping membuat kajian mengenai herba, para pelajar boleh mengetahui jenis-jenis herba yang dipilih oleh homeopati serta proses pembuatan bahan itu yang berbeza dengan amalan perubatan herba dan tradisional.

  Buku homeopati yang kami maksudkan itu ialah buku "Penawar Homeopati Pilihan" yang diterbitkan pada tahun 2000. Tahun di mana kita menjejakkan kaki memasuki gerbang alaf baru.

  Buku itu merupakan buku homeopati dan materia medika paling tebal pernah HBI terbitkan dengan mengandungi 240 halaman. Kos penerbitannya juga tinggi berbanding buku-buku homeopati yang lain yang diterbitkan oleh HBI. Namun kami amat berpuas hati dengan kualiti dan sambutan peminat dan pengamal homeopati.

  Pada waktu itu jugalah konsultan HBI didekati oleh seorang pemilik kilang bagi tujuan melantik konsultan HBI sebagai penasihat atau kalau disebut secara glamor sbg konsultan bagi kilang untuk produk homeopati keluaran mereka.

  Selepas lantikan itu, apakah penulis kita hilang dan tidak produktif lagi? Apakah beliau mulai memberi konsentrasi kepada pengeluaran produk homepati lain sahaja dan tidak lagi kepada penulisan buku homeopati?

  Memanglah pengeluaran produk homeopati yang berupa ubat-ubatan boleh mempercepatkan pulangan. Namun tidaklah sepatutnya kita korbankan penulisan buku-buku homeopati demi masyarakat, bangsa dan memartabatkan sistem yang baru bertapak ini.

 Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015