Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  BAHTERA: Azizan dan Irfan Gegarkan Demi Bumipreneurs (22/08/15)

Hasrat kami sangat besar untuk menyaksikan dua tokoh utama penggerak usahawan di Malaysia dewasa ini beraksi di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Meskipun keduanya dan jemputan lain (termasuk Khairy Jamaluddin) juga diberikan hanya satu jam sahaja slot untuk berinteraksi dengan audiens, kehadiran mereka amat besar maknanya.

  Malang bagi kami kerana kehadiran tidak menepati masa. Justeru, meskipun panggilan Dr. Azizan Osman untuk "Jom Gegarkan BAHTERA" berkobar-kobar dalam benak hati, namun cita-cita untuk berdepan dengan beliau terkubur kerana cuai.

  Demikian jugalah tuan-tuan, jika kita cuai dalam bisnes, tidak menepati masa atau tidak fokus, kita pasti akan ketinggalan keretapi. Berita yang sampai kepada kami ialah sewaktu sesi Dr. Azizan, orangnya tersangat ramai sehingga ada yang terpaksa termangu di luar dewan kerana tempat untuk peserta penuh dan melimpah hingga ke luar.

  Syukur alhamdulillah, kami sempat berada di dewan ketika slot Irfan Khairi pada 20 Ogos. Tempat konsultan kami pula ialah bersama dengan pegawai eksekutif beliau iaitu En. Nazrul.

   Di sini penting bagi kami untuk berkongsi dengan kalian mengenai nasihat Irfan kepada penonton kali ini, khususnya kepada usahawan yang mengguna facebook atau media sosial lain bagi tujuan bisnes.

  Dalam usaha menonjolkan produk kita, kita hendaklah "More sharing, less promotion." Bahkan kalau boleh diletakkan nisbah antara keduanya, sembilan kali posting kita kongsi ilmu atau informasi dan sekali sahaja melakukan promosi.

  Penting kalian memahami ini, kerana kalau kalian asyik posting iklan, lama-lama rakan facebook dan pengikut kita boleh jadi naik muak. Akhirnya mereka buat tidak peduli dan kita kehilangan audiens.

  Untuk tujuan informasi atau kongsi ilmu ini, beliau menyarankan kita mengarang mengenai sesuatu seperti apa-apa berkaitan industri, produk, pemasaran, kesihatan, cerita-cerita, amalan-amalan mengguna produk, dsbnya. Teknik ini juga boleh digunakan dalam pengendalian laman web.

  Pendeknya adalah tidak elok sekiranya kita fokus hanya kepada promosi barangan dan perkhidmatan, dan laman kita pula dipenuhi dengan produk semata-mata. Apa lagi jika laman kita tidak pernah diupdate dengan maklumat terbaru atau terkini.

  Kami percaya pesanan beliau amat penting kepada usahawan yang mewujudkan laman web untuk memasarkan produk tanpa mengambil kira aspek perkongsian ilmu dan maklumat. Inilah waktu untuk kita buat perubahan demi kebaikan bisnes kita dan manfaat pelanggan juga.

  Sedangkan perkara seumpama ini telah lama dititik-beratkan oleh admin drhatta.com. Justeru, kehadiran konsultan kami sekali-sekala bagi tujuan perkongsian ilmu perubatan homeopati amat kami alu-alukan dan semoga ianya berterusan.

  Salam maju jaya buat semua usahawan.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015