Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Perasmian IPMa Cooperative Entrepreneurs National Summit Di MITC (05/08/15)

  Pada 4hb Ogos 2015, Gabungan Koperasi Institusi Pendidikan MARA Malaysia Behad atau ringkasnya KOGIPMA telah mengadakan satu konvensyen besar-besaran buat pertama kalinya.

  Konvensyen ini diberi nama IPMa Cooperative Entrepreneurs National Summit. Ia berlangsung selama dua hari bertempat di MITC Melaka bermula dari 4 hingga 5hb Ogos 2015. 

  Sebanyak hampir 80 buah koperasi Institusi Pendidikan MARA (IPMa) daripada seluruh negara telah menyertai konvensyen dua hari itu. Ia melibatkan koperasi MRSM, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Poly-Tech MARA dan Universiti Kuala Lumpur.

  Bagaimanapun, atas inisiatif MARA Negeri Melaka, IPMa yang berada di Melaka sendiri menghantar seramai 90 orang pelajar daripada 10 institusi yang terdapat di negeri itu.

   Di antara tujuan diadakan Summit ini ialah bagi menghimpun semua wakil koperasi daripada seluruh IPMa bagi tujuan perbincangan, pendedahan kepada bentuk-bentuk perniagaan online dan mendapat maklumat terbaru khusus bagi membangun koperasi IPMa supaya lebih aktif, maju dan berdaya saing. 

  Menurut penganjurnya, penganjuran Summit.ini mendapat kerjasama daripada Pengarah MARA Negeri Melaka selain sumbangan besar yang diberikan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan KOGIPMA sendiri.

  Antara program paling menarik di dalam Summit yang baru diadakan itu ialah sesi yang diberikan oleh Irfan Khairi yang bertajuk "Cooperative and Business Online" dan sesi Dr. Dato Seri Mustapha Kamal Maulud dengan tajuk ceramah "Cooperative Leadership: Coperative Success Story".

  Kedua sesi itu berlangsung pada hari pertama lagi yang bermula sebaik sahaja selepas pendaftaran peserta, iaitu pada jam 11.00 pagi. Sebelah malamnya, IPMa Cooperative Entrepreneurs National Summit 2015 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim bin Ahmad.

  Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian oleh Datuk Ketua Pengarah MARA, hadirin yang seramai hampir 400 orang telah menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga buah koperasi yang berjaya memenangi pertandingan projek Rancangan Perniagaan Koperasi IPMa 2015.

  Koperasi MRSM Kuala Krai Berhad telah memenangi tempat pertama, diikuti oleh Koperasi Kolej MARA Kuala Nerang Berhad yang menduduki tempat kedua. Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Koperasi MRSM Kuantan Berhad.

  Di hujung majlis perasmian itu, Pengerusi KOGIPMa, iaitu sdr Azaam Yacob telah menyerahkan naskhah Buku Manual Prosedur Kerja Koperasi kepada Datuk Ibrahim bin Ahmad. Kami dimaklumkan juga bahawa manual itu telah dibuat dengan usaha Bahagian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya.

  Program perasmian pada malam gemilang itu turut dimeriahkan dengan persembahan oleh artis nasyid Zikir Terapi tersohor iaitu sdr Hafiz Hamidun. Sdr Hafiz Hamidun telah dijemput khas pada malam itu kerana beliau merupakan bekas pelajar MRSM PDRM Kulim, Kedah.

  Ramai peserta, terutama golongan pelajar merasakan begitu terhibur oleh persembahan sdr Hafiz Hamidun. Persembahan Hafiz bukan sahaja bersahaja, malah begitu mantap.

  Kami juga difahamkan oleh sdr Hafiz bahawa beliau sekarang agak sibuk kerana akan ada lagu nasyidnya bakal keluar secara berduet dengan artis termasyhur Indonesia iaitu Opick.

  Kami semua turut mendoakan akan kejayaan anak muda yang selalu membuat persembahan secara solo ini. Ini adalah kerana beliau juga telahpun dilihat berjaya dalam keusahawanan membangunkan lagu-lagu nasyid tanahair.

  Majlis perasmian pada malam itu tamat kira-kira jam sepuluh setengah malam, tetapi para peserta terus dihiburkan dengan persembahan nasyid Hafiz sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

  Pada hari kedua keesokannya, fokus mulai diberikan kepada koperasi IPMa cemerlang. Ia dibuat dalam bentuk Forum yang dipengerusikan oleh Coach Rozi bagi tujuan melihat sejauh mana koperasi telah berjaya dan mencari formula baru bagi melakukan inovasi demi perkembangan koperasi IPMa.

     Sekian. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015