Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Irfan Khairi Di IPMa Cooperative Entrepreneurs National Summit (04/08/15)

  AlhamduliLlah. Syukur. Sekali lagi kami dapat membuat liputan mengenai Irfan Khairi, jutawan muda dan pakar dalam bisnes online.

  Kali ini kami dapati sekali lagi beliau diundang dengan menyediakan setting round table seperti yang pernah berlaku di National Youth Entrepreneurship Summit, UKM, Bangi.

  Ini merupakan suatu setting yang memudahkan beliau berinteraksi dengan audiens di mana selepas beliau memberikan intro, maka beliau akan mengitari meja-meja yang diduduki oleh audiens.

  Selain membenarkan audiens terutama pelajar bertanya beliau secara verbal, kaedah ini digunakan oleh beliau dengan efektif dengan cara meminta setiap kumpulan audiens (khususnya pelajar) menulis soalan di atas kertas. Kemudian beliau akan berlegar dari meja ke meja memungut kertas. Selepas itu beliau memilih soalan-soalan secara rawak untuk dijawab.

  Dengan cara beliau aktif berjalan ke depan, ke belakang, kemudian beralih ke kiri dan kanan, sambil itu bertanya kepada audiens menyebabkan suasana dalam sesi beliau begitu hidup. Hampir tidak ada orang yang tidur dalam sesi pertama IPMa Cooperative Entrepreneurs National Summit yang berlangsung di Melaka International Trading Centre (MITC), Melaka.

  Satu soalan yang menarik daripada audiens kali ini ialah "Apakah yang Irfan buat dengan wang sejuta RM?" Raut wajah hadirin nampak begitu beria-ia ingin melihat apakah jawapan yang bakal diberikan oleh jutawan muda ini.

  Kata Irfan, wang harus digunakan untuk melindung diri anda terlebih dahulu (protect yourself first). Sifat sesetengah pihak yang baru merasa kaya dengan cara membelanjakan membeli kereta baru dan barang-barang yang mahal, termasuk membeli rumah yang berjuta harganya adalah tidak bijak. Mengapa kita harus berhutang dan mengambil risiko. Kata beliau, perniagaan ada pasang surutnya. Jika kita berhutang banyak dan tiba-tiba bisnes kita jatuh, bagaimanakah kita hendak terus membayar hutang dan pertahankan harta atau hak kita?, soal beliau.

  Untuk memperoleh satu juta bukannya senang. Beliau sendiri terpaksa berhempas-pulas selama empat atau lima tahun sebelum mendapat satu juta yang pertama. Jadi sdr Irfan Khairi menjelaskan, sebagai contoh beliau sendiri ketika mendapat satu juta yang pertama hanya memakai kereta Perodua Kembara dan membeli apartment berharga RM200,000.

  Demikian pandangan dewasa beliau menusuk minda audiens tentang bagaimana menguruskan pendapatan walaupun sudah bergelar jutawan.

  Ada soalan berbunyi " Apakah lebih baik anda berniaga sendirian atau mencari rakan kongsi." Kata Irfan, "Jika anda boleh melakukan sendiri uruslah bisnes sendiri. Tapi kalau anda tidak dapat membuat kesemuanya, anda harus mencari rakan kongsi atau partner."

  Terang beliau, kalau permintaan sedikit kita mungkin boleh buat segalanya sendirian, tetapi bila permintaan terlalu besar, kita mungkin perlukan rakan niaga. Pekerja juga tentulah harus ditambah.

  Beliau juga menasihatkan bahawa jika seseorang itu ingin mencari rakan niaga, janganlah cari yang membuat bisnes yang sama. Kalau boleh, bila kita merupakan seorang designer, carilah rakan yang bijak dalam pemasaran (marketing) atau/dan yang pandai kira-kira.  Dalam ertikata lain, carilah rakan yang "complement each other."

  Selain itu, ada juga yang bertanya "Apakah Power Words yang harus digunakan dalam pemasaran."

  Di sini, beliau memberi sepuluh tip atau contoh perkataan yang mempunyai "marketing power" yang mana beliau menyebutnya sebagai "emotional words". Antaranya ialah Kesihatan, Keselamatan, Cinta, Terjamin, Keputusan, Jimat, Terbukti, Baru dan Ketahui,

     Sekian. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015