Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Kesan Sampingan Kemoterapi dan Homeopati (09/08/15)

  Dalam tempoh setahun ini, antara permintaan rawatan yang banyak kami terima ialah berkaitan kesan sampingan kemoterapi. Sebagaimana kita semua tahu bahawa kemoterapi merupakan kaedah terbaik bagi merawat kanser pada tahap awal dewasa ini.

  Bila mendengar kanser, semua orang pasti takut. Apabila disarankan rawatan, sama ada  rawatan modern atau tradisional, pesakit ini akan sanggup mengorbankan sebanyak mana wang ringgit demi mendapatkan rawatan terbaik.

  Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemoterapi telah banyak membantu pesakit, khususnya bagi mereka yang masih berada di tahap yang boleh dirawat dengan berkesan melalui kemo.

  Benar sekali ubat kemoterapi telah digunakan sebagai rawatan utama untuk penyakit kanser seperti leukemia, limfoma dan payu dara dsbnya di mana-mana saja, termasuk di Malaysia. Ubat agen kanser ini telah digunakan untuk merawat penyakit kanser, mengelak kanser daripada merebak, memperlahankan perkembangan kanser dan bagi membunuh sel kanser yang mungkin merebak ke bahagian badan yang lain.

  Sehingga ke hari ini, kemoterapi boleh digunakan secara bersendirian bagi sesetengah jenis kanser atau secara kombinasi dengan rawatan lain seperti radioterapi dan pembedahan. Bagaimana pula jika ia digandingkan dengan rawatan homeopati?

  Ubat kemoterapi dikatakan toksik kepada sel kanser. Ubat ini bertindak dengan cara menghalang sel kanser membahagi dan membiak. Di dalam homeopati, kita juga ada penawar anti kanser yang disebut sebagai Carcinosin. Tetapi sejauh mana ia berkesan ataupun boleh melawan sel kanser membiak, kita masih tidak mempunyai rekod yang lengkap.

  Ini adalah kerana homeopati merawat berasaskan keseluruhan simptom dan bukan berdasarkan nama penyakit. Sekalipun hakikat Carcinosin ialah ia diperbuat daripada tisu kanser, bukanlah ia bermakna ini merupakan remedi paling sesuai untuk pengidap kanser.

  Kendatipun, HBI telah banyak kali didatangi oleh orang-orang yang sedang menjalani rawatan kemoterapi. Meskipun kedatangan mereka bukannya untuk merawat kanser, alhamduliLlah, kami merasa amat syukur kerana mereka memberikan kepercayaan begitu tinggi kepada konsultan kami untuk merawat kesan sampingan kemoterapi.

  Justeru, konsultan kami telah berjaya memberikan kaedah terbaik menangani masalah kesan sambingan kemoterapi, khususnya kepada mereka yang menghadapi masalah keguguran rambut.

  Ada yang datang mengambil remedi sebelum mereka mula menjalani rawatan kemoterapi, ada yang datang selepas mendapat dua kali rawatan kemoterapi. Ada juga yang datang selepas empat kali mendapat rawatan kemoterapi dan rambut mereka sudah hampir botak sama sekali.

  Seorang guru dari Kg Labhan Dagang, Banting memaklumkan bahawa doktor yang merawat isterinya terkejut kerana mendapati bahawa rambutnya masih baik walaupun sudah empat kali mendapat rawatan kemoterapi. Beliau yang merupakan seorang guru sukan, merasakan amat gembira dengan keberkesanan yang ditunjukkan oleh rawatan komplemen homeopati HBI.

  Kebanyakan pesakit yang datang bertemu konsultan HBI terdiri daripada kaum wanita. Selain kesan kemoterapi, mereka yang mendapat kesan sampingan radioterapi turut hadir memaklumkan hasrat inginkan rawatan komplemen. Hampir 99% mereka yang menghubungi kami ini pula hendak menyelesaikan masalah keguguran rambut.

  Di sini, kos yang kami ambil adalah minimal. Bagi mereka yang tinggal jauh boleh memesan secara atas talian dan HBI akan kurier hanya pada kos RM110 sahaja. Penawar yang dihantar pula boleh digunakan sepanjang tempoh dua bulan.

  Meskipun ini bukan bisnes utama HBI, namun usaha membantu pesakit kanser yang mendapat rawatan kemoterapi atau radioterapi ini diteruskan kerana kami dan pesakit itu sendiri telah melihat kesan baik daripada rawatan yang dibuat sebagai komplemen ini.

  Jadi kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan berhubung perkara ini. Kami bukan memberi pilihan rawatan kepada pesakit kanser, tetapi kami membantu mereka yang sedang menjalani rawatan kanser. Supaya dengan cara itu, kesukaran dan masalah pesakit dapat turut dibantu oleh amalan perubatan homeopati.

  Justeru, kami juga ingin memaklumkan bahawa jika kami sertakan penawar antikanser, ia bukan bagi mengambilalih rawatan lain yang berkesan, tetapi ianya adalah prakeperluan untuk rawatan susulan bagi kesan sampingan rawatan kanser. Ia hanya komplemen kepada kaedah rawatan kemoterapi dan radioterapi yang diiktiraf oleh pihak berkenaan.

     Sekian. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015