Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Kesan Active IQ Homeopati Terhadap Kecergasan Minda (16/08/15)

  Benar sekali kenyataan yang mencabar minda orang yang bisu dan enggan melakukan perubahan, iaitu seperti yang tertera di dalam gambar sebelah "Jika anda tidak mencuba anda tidak akan tahu." Dan selagi anda memang nekad tidak akan mahu mencuba, anda mungkin tidak akan tahu buat selama-lamanya".

  Sebahagian mereka yang telah mencuba Active IQ pula, ada yang menghantar sms bertanya, "Mengapa selepas anak saya tidak ambil Active IQ, prestasi kerjanya kembali seperti sebelumnya atau menurun sedikit?"

  Ini memang persoalan yang sukar dijawab oleh sesetengah orang, pengedar atau kawan-kawan yang membantu membuat promosi.

  Tetapi itulah hakikat sejak penawar seumpama ini dirumus. Tidak akan ada orang menjadi bijak, genius atau berubah serta-merta selepas mengambil tablet Active IQ. Tablet ini bukan muntah jin yang ditelan Badang, yang mana hanya dengan sekali telan saja orang tersebut menjadi kuat, perkasa dan pintar.

  Apa yang terkandung di dalam Active IQ adalah beberapa rumusan homeopati ataupun jika kita membuat penerangan dari sudut garam tisu biokimia, ia adalah tambahan mineral atau garam galian bagi memberi anda supaya lebih pick-up dan cergas. Secara khusus, bagi mereka yang kekurangan garam mineral ini, manfaat perubahan akan lebih besar.

  Sebagaimana kereta anda, bila anda selesai servis dan mendapat minyak pelincir baru, barulah anda dapati kereta anda kembali ringan dan meluncur dengan selesa serta lebih pick-up. 

  Demikianlah halnya dengan pil Active IQ yang kami rumus dan bekalkan. Ada orang sudah sedia genius. Jika anda kaji otak mereka, mungkin semua garam mineral yang diperlukan sudah hampir lengkap. Dia mungkin tidak perlukan servis atau diinjek lagi. Tentulah sia-sia mereka mengguna Active IQ, seumpama cawan yang sudah penuh, tetapi anda masih menuangkan air ke dalamnya.

  Namun bagaimana pula dengan mereka yang lembam, bodoh, malas bercakap, pemalu, malas membuat kerja, banyak komplen, bila orang bagi nasihat dia buat bodoh sombong. Disuruh buat kerja sepuluh latihan, dibuatnya dua saja.

  Tidakkah penat ibu bapa atau guru-guru yang mengajarnya? Persoalannya, apakah pelajar ini sama dengan kanak-kanak genius serta yang mempunyai pemakanan cukup? Apakah sejak dilahirkan garam galian di dalam minda anak anda sama dengan anak yang pintar tadi?

  Saya fikir elok anda fikir dan jawab sendiri. Tambah-tambah jika anda pakar bedah otak kanak-kanak, boleh menilai emosi dan sikap mereka serta hebat dalam membicarakan tentang akal, kepintaran, pemakanan dan pengurusan anak-anak dan bilik darjah. Apa lagi jika anda pula disohorkan sebagai penyelidik ternama di universiti atau institusi anda.

  Hakikatnya, apabila kami merumuskan formula ini, seperti Allahyarham Dr. Azizan Ismail juga, kami mendapati ada bahagian peranan yang boleh dimainkan oleh mineral yang kami masukkan ke dalam Active IQ.

  Umpamanya, apabila anak anda nakal, fikirannya kurang cekap, kemajuan mentalnya sangat perlahan, memori lemah dan selalu ingin keluar dari bilik kelas. Lalu anda menemukan Calcareal Phosphoricum di dalam penawar Active IQ.

  Lantas anda lihat dia semakin rajin, makin cekap mengguna mindanya, mulai semakin baik ingatannya serta mulai fokus dalam kelas. Apakah ini berlaku secara magik dan anda kemudiannya boleh mengenepikan saja Active IQ yang membantu mencukupkan mineralnya selama ini? Apakah ambilan mineral yang minute secara biokimia homeopati boleh ditinggalkan kerana anda rasa otak anak-anak anda boleh dengan sendiri menarik bahan daripada pemakanan harian anda?

  Apabila anda berfikir bahawa ubat ini, walaupun murah, tetapi ianya pil ajaib, maka anda yang pendek pemikiran mulai membuat aduan "mengapa selepas anak itu menghentikan pengambilan penawar Active IQ, dia sudah tidak hebat lagi?". Jadi apalah yang ada sangat dengan Active IQ? Mengapa begitu?

  Ya tuan-puan, penawar itu telah berjaya menjana pemakanan minda melalui bekalan Calcarea phosphorica dan lain-lain. Tetapi anda telah berpaling daripadanya kerana anda mulai berfikir anak anda akan hebat selamanya tanpa perlukan mineral dan apa-apa makanan kesihatan lagi. Di sinilah anda melakukan kesilapan.

  Andapun hanya cerdik sekejap sahaja, kerana fikiran andapun sudah berubah sebaik sahaja anda melihat kejayaan atau perubahan sementara anak-anak. Anda mula berlagak genius tanpa sesiapa memberi pengiktirafan.

  Apa implikasi isu yang hendak dijelaskan ini? Ianya jelas. Seperti anda minum susu krim yang diperkayakan dengan vitamin setiap hari, begitulah juga dengan Active IQ. Ia harus diambil berterusan apabila prestasi nampak mulai merosot. Kerana seperti pelincir kereta tadi yang sudah semakin pekat dan berkurang, ia harus ditambah dan diservis lagi. Maknanya, jika anak anda dalam keadaan berprestasi tinggi anda boleh mengurangi pengambilannya. Tetapi bila nampak simptom lama kembali semula, mineral itu harus dibekalkan semula.

  Bagaimana jika ia sudah tidak berkesan kerana umur anak itu meningkat? Hahh, inilah pula masanya anda harus berfikir untuk mendapatkan Hi-Fos. Ujilah pula sejauh mana keupayaan Hi-Fos memberi impaknya.

  Ini bukan kempen. Ini sekadar penjelasan. Ini juga merupakan logika sains. Active IQ sudah digunakan lebih kurang lima belas tahun. Telah banyak pencapaian yang diperolehi penggunanya.

   Lebih lama lagi ialah penawar Examo Dr. Azizan. Tetapi kami bukan copy paste rumusan beliau. Sebaliknya, kamipun melihat logik simptom penawar yang digunakan dan berdasarkan pengalaman klinikal tersendiri.

  Justru, marilah kita bangkit bersama Active IQ,.

     Sekian. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Konsultan HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015