Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  UMORIE Dan Trip Bisnes ke Guanzhou (20/08/15)

Walaupun minggu lalu kita dihebohkan dengan pengumuman oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai hasrat membuka "Low Yat 2" untuk peniaga Melayu di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kuala Lumpur, dalam waktu terdekat, tetapi isunya ialah apakah usahawan Melayu sudah bersedia?

  Persoalan ini menjadi tanda tanya dan mungkin memerlukan suatu pelan tindakan dan perancangan yang teliti.

  Bagaimanapun, jika kita melihat perkembangan mutakhir di mana semakin ramai bumiputera dan usahawan Melayu melawat dan mulai berjinak-jinak dengan urusan import dan eksport produk antara Malaysia dan China, khususnya di Guanzhou, hasrat Menteri berkenaan tidaklah sesukar mana untuk direalisasikan.

  Selepas  Majlis Pelancaran Produk UMORIE oleh Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah di KL Convention Centre (KLCC)  kami sempat bertemu dan berbual dengan CEOnya yang merupakan pengusaha yang mengimport produk dari China, iaitu sdr Suria Affendi Amirrudin.

  Menurut beliau, urusan mengimport dan seterusnya menjadi pemborong produk seperti asesori telefon dan peralatan elektronik dari China tidaklah sesukar mana. Ini adalah kerana hari ini sudah ramai usahawan eksplorasi membuat program atau trip lawatan ke China terutama daerah Guangzhao.

  Malahan Suria Effendi sendiri, selain daripada memasarkan produk jenama sendiri (UMORIE), turut terlibat dengan membawa usahawan dan bakal usahawan  dalam Trip Borong Guanzhou.

  Suria Affendi yang berpengalaman membawa usahawan memborong di China sejak 2011 memaklumkan projek Trip Borong Guangzhou adalah merupakan trip perniagaan sepenuhnya. Ia bukan trip jalan-jalan seperti yang dibuat oleh pakej pelancongan biasa.

  Beliau menjelaskan bahawa peserta yang mengikuti program Trip Borong Guangzhou akan mendapati (i) mereka akan mampu bersaing dengan bangsa lain pada harga kompetitif, (ii) usaha niaga mereka menjimatkan kos dan meningkatkan untung syarikat, (iii) memberi peluang usahawan membuat produk dengan jenama sendiri pada kos minimum, (iv) dapat meningkatkan fasa perniagaan dari peruncit menjadi pemborong kecil atau besar, (v) dapat berkongsi dengan peniaga lain dan memesan stok dalam kuantiti besar pada harga yang amat murah dan (vi) membantu usahawan untuk berdikari dan menjadi pengimport di masa hadapan bersendirian.

  Inisiatif projek Trip Borong Guangzhou Suria Afendi telah pun dirakam bersama dengan TV AlHijrah. Beliau memaklumkan bahawa sesiapa yang berminat boleh menonton dua episod Trip Borong Guangzhou itu di dalam Youtube.

  Pada hari ini, Suria Affendi bukan sahaja membantu usahawan dengan projek Trip Borong Guangzhou, bahkan beliau sendiri telah mempunyai produk sendiri yang baru dilancarkan, iaitu UMORIE, suatu produk asesori telefon yang berkualiti.

  Selain daripada produk berkenaan, kami dimaklumkan bahawa beliau juga mengeksport minyak wangi ke China selepas dikilangkan di Malaysia.

  Salam maju jaya Suria.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015