Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Hafiz Hamidun: Artis Nasyid Paling Berpengaruh (14/10/15)

 Petang tadi berakhirlah tahun Hijrah 1436. Sekarang kita sudahpun memasuki kalendar baru hijrah 1437. Maka tarikh pada hari ini ialah 1 Muharram 1437 bersamaan pada 14hb Oktober 2015. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua pelayar laman konsultan HBI.

  Justeru hari ini adalah cuti umum bagi seluruh Malaysia. Sementara di penghujung 29 Zulhijjah, kedengaran di satu siaran radio, iaitu Suria FM, seorang artis nasyid membacakan doa akhir tahun. Beliau ialah sdr Hafiz amidun, seorang yang diperkatakan dengan hangat beberapa hari ini..

  Di dalam laporan http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/10/05/hafiz-hamidun-diiktiraf/, Hafiz yang mendapat mengiktirafan menerusi The World's 500 Most Influential Muslims bagi kategori Kesenian dan Kebudayaan, dilaporkan berkata bahawa beliau tidak menyangka bahawa namanya terpilih memandangkan ada ramai lagi calon lain yang lebih berpengaruh.

  Selanjutnya beliau berkata, "Alhamdulillah saya melihat pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus berjaya sebagai seorang penggiat seni muzik Islam".

  "Walaupun saya tahu ada juga pihak mempertikaikan pemilihan ini namun saya akan menunjjukkan bahawa pengiktirafan yang diberikan ini tidak sia-sia."

  "Selepas ini saya juga akan menambahkan ilmu agama Islam terutamanya berkaitan dengan seni dan dan kebudayaan Islam", demikian kata beliau apabila dihubungi oleh mStar online.

  Selain Hafiz, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan kumpulan nasyid Raihan juga turut tersenarai sebagai antara 500 muslim paling berpengaruh itu.

  Sewaktu konsultan kami menemui beliau kira-kira dua minggu yang lalu, kelihatan beliau relaks sahaja dan sedang menumpukan kepada karya nasyid terbaru. 

  Pandangan beliau menarik perhatian kerana beliau gemar mengikut peredaran dan perkembangan muzik semasa.

  Gaya persembahan dan perubahan muzik dari Timur Tengah turut mempengaruhi beliau untuk membuat perubahan dalam rentak terbaru dalam karya-karya rakaman beliau yang bakal terbt.

  Beliau juga dilaporkan dalam proses mempromosi album-album ke peringkat antarabangsa dengan lebih serius. Sewaktu kami bersembang di ofis beliau, para staf Arts Effects berkeliaran santai.

  Menurut Hafiz, staf beliau tidak terikat kepada waktu kerja tertentu dan mereka boleh datang untuk bekerja pada bila-bila masa. Yang penting ialah mereka boleh menghasilkan sesuatu.

  Selamat maju jaya buat Hafiz Hamidun daripada HBI consultant.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015