Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti: Pemangkin Keusahawanan Institusi 2015 (04/10/15)

  Pada 3hb Oktober 2015 pula, Siri Kedua Jelajah Varsiti dilangsungkan di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar, Perak.

  Dengan format yang hampir sama dengan aturcara di Politeknik Balik Pulau, ia dijalankan dengan lebih berjaya kerana audiens didapati lebih fokus terhadap program.

  Bagaimanapun, hadirin pelajar tidaklah begitu ramai kerana telah berlaku pertindihan program. Dengan tajuk yang sama, sdr Mohamed Hatta memulakan sesi dengan sedikit senaman ringan.

  Kemudian, selain daripada contoh-contoh perniagaan yang berpotensi diteroka, beliau meminta semua penuntut KUISAS yang hadir program supaya memasang impian yang lebih besar. Mempunyai impian yang besar akan memungkinkan masa masa hadapan pelajar yang jauh lebih cerah, kata konsultan HBI.

  Hari ini ramai yang sudah bergelar jutawan walaupun dengan hanya menjalankan perniagaan biasa-biasa sahaja. Menurut beliau, inilah yang berlaku apabila pendatang daripada luar yang datang ke Malaysia untuk bekerja tetapi akhirnya berjaya selepas mereka mengusahakan perusahaan yang kecil

  Sekali lagi beliau membawa contoh daripada buku "Menjejaki Jutawan Senyap" karya Dr. Rusly Abdullah yang diulangcetak berkali-kali itu. Meskipun sebahagian daripada orang Indonesia datang ke Semenanjung Malaysia pada asalnya bekerja dengan orang lain sebagai buruh atau pekerja menjual chakuih di pasar malam, tetapi apabila mereka mendapat ilmu membuat chakuih itu, mereka sudah mampu berdikari.

  Daripada simpanan wang hasil berdikari, mereka boleh mengembangkan sayap dengan menyediakan modal berbentuk peralatan dan bahan mentah untuk rakan-rakannya dari Indonesia yang lain. Bagaikan sistem francais, pekerja Indonesia yang tadi berjaya mengumpulkan tambahan keuntungan daripada usahaniaga rakan-rakannya (yang diberi modal) yang lain yang menjalankan perniagaan setelah diberikan latihan dan tunjuk ajar.

  Orang Indonesia yang kreatif serupa individu yang diceritakan seudah semakin ramai di Malaysia. Demikian juga orang-orang dari Myanmar, Bangladesh, Nepal dan lain-lain. Ada yang sudah menjadi kontraktor dan mengambil kontrak membuat rumah atau tambahan bahagian-bahagian rumah. Hal ini berlaku kerana mereka bekerja sendiri dan mengambil kontrak pada harga yang tersangat rendah berbanding dengan kontraktor tempatan.

  Ada yang menjadi tauke kedai gunting, berniaga di pasar-pasar malam dan seumpamanya. Sebahagian kecil ada juga yang berkahwin dengan orang Malaysia dan sudah memiliki bangunan-bangunan dengan menjalankan perniagaan yang sah.

  Persoalannya, sejauh mana masyarakat Malaysia sendiri boleh mengambil iktibar daripada cerita-cerita sebegini sebagai perangsang kreativiti, sebagai tinta kesedaran dan untuk bekerja keras bagi mencapai kesenangan hidup masa depan?

  Selepas selesai ceramah yang bermula jam 12 tgh hingga 1.15 ptg dalam program Jelajah Varsiti itu, sdr konsultan HBI telah meninjau sekitar KUISAS sekejap sebelum berangkat pulang.

  Kami berharap pendedahan dan aktiviti seperti dianjurkan oleh Tabung Haji dan Berita Harian ini, yang mana di dalamnya mengandungi acara/program bermanfaat dan berkualiti, boleh menjadi pemangkin kepada minat para pelajar di institusi berkenaan untuk berfikir tentang peluang dan masa depan yang lebih baik sebagai alternatif kepada bekerja makan gaji.

  Sekali lagi, salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015