Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti 3: UiTM Merbok (12/10/15)

 Dalam Siri ke 3 Jelajah Varsiti dalam usaha menggalakkan pelajar univesiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, jawatankuasa yang dilantik telah membawa program panas ini ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, di negeri Kedah.

  Program berlangsung pada 10hb Oktober 2015. Semua penceramah diminta hadir seperti biasa tetapi aturcara kali ini telah berubah sedikit daripada sebelumnya.

  Sementara itu. minat pelajar UiTM bukan sahaja tinggi dan terpuji, malahan mereka begitu proaktif dengan beramai-ramai memenuhi dewan kuliah sejak jam 8 pagi lagi.

  Ceramah pertama diberikn oleh usahawan Pawan Chik Husein. Kira-kira jam 10.15, barulah majlis diberikan kepada sdr Mohamed Hatta bagi mengupas tajuk "Pemilihan Perniagaan Dan Penentuan Kejayaan".

  Kemudian ia diteruskan oleh Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) iaitu sdr Zainal Rashid bin Isa. Tajuk berkaitan bisnes online nampaknya menarik minat pelajar-pelajar berkenaan sesuai dengan trend bisnes generasi hari ini.

  Semangat pelajar terserlah berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan sebaik sahaja selesai ceramah. Respons yang bertalu-talu  menunjukkan pelajar teramat peka dan berminat dengan agenda yang dibawa oleh program.

   Selepas makan tengahari acara tambahan kali ini ialah pembentangan Rancangan Perniagaan oleh pelajar-pelajar UiTM yang menyertai program tajaan Tabung Haji dan Berita Harian. Semua pembentangan dibuat mengikut kumpulan. Hasilnya ialah banyak rancangan penghasilan produk baru oleh pelajar-pelajar yang kelihatan sangat kreatif.

  Tiga juri telah dipilih untuk menilai hasil pembentangan pelajar. Aspek yang dinilai ialah daripada sudut visi, kreativiti, strategi pemasaran dan impak kepada pengguna. 

   Pemenang telah diisytiharkan beberapa minit selepas pembentangan kumpulan selesai dan markah panel tiga juri dikira. Tiga kumpulan yang menang itu menerima hadiah hampers yang disumbangkan oleh Tabung Haji. Pengarah Tabung Haji Kedah yang sudi merasmikan penutupan majlis Jelajah Varsiti di Dewan UiTM kali ini telah berbesar hati menyampaikan hadiah-hadiah berkenan.

  Pengurusan UiTM turut sama hadir bagi memeriahkan majlis. Pn Fazlena Jaafar juga telah memberikan ucapan bagi pihak Berita Harian.

  Sementara itu, di luar dewan, beberapa kaunter dibuka bagi jualan produk agensi dan buku-buku. Tidak ketinggalan, produk keluaran HBI turut dipamerkan bersama. Ini menambahkan meriahnya program kali ini.

  Program Jelajah Varsiti Siri ketiga tamat agak lewat petang. Majlis telah berlangsung sehingga hampir jam enam.

  Sekali lagi, salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015