Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti 4: Pawan Chik Secret Codes di UNIMAS 2015 (18/10/15)

 Kali ini kami bertandang ke Kuching Sarawak untuk Jelajah Varsiti Siri ke empat. Lokasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (ipta) ialah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

  Menariknya ialah sungguhpun kawasan UNIMAS ini agak luas, kami memanjatkan syukur kerana  jawatankuasa di sini membuat tunjuk arah yang banyak dan jelas.

  Demikian juga, justeru banyak program telah dilaksanakan serentak pada waktu yang sama di UNIMAS, kita dapati penyertaan pelajar di dalam program tajaan TaHa dan Berita Harian ini tidaklah seramai yang disangka.

  Namun penyertaan pelajar seramai lebih 30 orang itu cukup buat kami memilih mereka yang komited terhadap program keusahawanan ini.

  Sepanjang ceramah di sebelah pagi juga berjalan lancar meskipun lewat setengah jam. Malahan konsultan dan wakil MARA yang hadir kira-kira jam 9.45 pagi iaitu sdr Mohamed Hatta telah sedia disambut oleh jawatankuasa JV dengan ceria.

  Ketika itu Pawan Chik Husain baru saja membuat rumusan bagi ceramah pertama dalam sesi Jelajah Varsiti siri ke 4 yang berlangsung pada 16hb Oktober. Sesi sdr Mohamed Hatta hanya akan bermula kira-kira jam 10.30 pagi, iaitu selepas ceramah berkaitan kemudahan pembiayaan Persatuan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang bakal dibentangkan oleh wakil PUNB.

  Tetapi kali ini kami ingin mencoret kepakaran Pawan Chik Husain yang mana kami semua merasa mesra dengan memanggil beliau dengan kependekan Pawan saja. Di dalam kalangan kami beliau ini terkenal sebagai seorang yang hafaz berkaitan ayat-ayat "power" dalam al-Qur'an.

  Ayat-ayat power ini juga dibawa dan dibaca oleh beliau setiap kali beliau ceramah atau bertembung dengan kami, bergantung kepada konteks tajuk dan pembicaraan semasa.

  Dalam istilah Pawan Chik Husain, beliau menamakan ayat-ayat power ini sebagai the secret scientfic codes of Islam. Atau dalam bahasa kita  ia merujuk kepada rahsia ayat-ayat saintifik yang menjadi kod tersembunyi untuk mencungkil ilmu yang terdapat di dalam-Qur'an.

  Umpamanya, bagi sesiapa yang ingin mendapat ilham dan idea yang berterusan, beliau akan menyarankan kita supaya sentiasa membaca ayat 24 surah al-Qasas dan ayat 51- 53 surah Asy-Syura.

  Bacalah ayat-ayat berkenaan setiap pagi, petang, atau ketika hendak memberi kuliah ataupun di waktu sembang yang memerlukan janaan idea yang berterusan. Itulah amalan beliau setiap kali beliau ingin memberi pandangan dan berhasrat mendapatkan ilham langsung, katanya.

  Bagi mereka yang inginkan kelihatan muda perawan atau berhasrat untuk cepat mendapat jodoh, beliau menyarankan agar kita membaca surah Yusuff ayat 4, 30 dan bahagian kedua ayat ke 31. Ini wajar diamalkan sebanyak 40 kali setiap hari. Insya allah, orang yang mengamalkannya akan diberi petunjuk dan jodoh oleh Allah s.w.t.

  Itulah Pawan Chik Husain yang hebat dengan the secret scientfic codes of Islam. Bagi kami, beliau adalah sumber inspirasi. Kehadiran beliau dalam program Jelajah Varsiti memberi kelainan daripada sudut pandangan Islam tentang keusahawanan.

  Di waktu yang lain nanti kita akan temui lebih banyak rahsia yang bakal beliau kongsikan. Insya allah.

  Demikian secebis perkongsian ilmu daripada kami pada kali ini.

  Salam kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015