Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Secret Scientific Codes: Bersambung di UMP, Kuantan  (26/10/15)

 Untuk Jelajah Varsiti kali ke 5, program telah dijalankan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang. Oleh kerana pada 25hb Oktober berlangsung juga satu proram lain dalam kokurikulum di sana, maka jumlah pelajar UMP yang dijangka hadir berkurangan.

  Program yang berlangsung di UMP dirasmikan oleh Pengarah Tabung Haji cawangan Pahang. Di dalam ucapan beliau, beliau ada memetik beberapa sumber yang menunjukkan bahawa jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi tidak begitu ramai yang terlibat dalam keusahawanan.

  Tegasnya, keusahawanan masih lagi tidak menjadi pilihan pertama pelajar. Bahkan mengikut beliau, kajian pada tahun 2011, tidak sampai dua peratus graduan universiti menceburkan diri ke dalam kegiatan perniagaan.

  Bagaimanapun, cerita menarik ialah apabila selesai sahaja perasmian penutup, kami kembali ke meja makan dan menyambung bicara tentang bagaimana untuk meraih kejayaan dalam keusahawanan. Tetapi banyak pula cerita membawa kepada kisah-kisah bercirikan gangguan ghaib.

  Di sini mungkin sekali lagi kita boleh sambung bicara mengenai idea Pak Wan Cik Hussain, usahawan dan motivator jemputan, dalam memajukan bisnes. Yakni yang berkaitan dengan Islamic Secret Codes of Islam.

  Menurut beliau, jika anda ingin berjaya mendapat pelanggan dan melebarkan pasaran bolehlah satu ikhtiar dibuat dalam amalan membaca satu ayat daripada surah al-Faatir ayat 29.

  InsyaAllah istiqamah berusaha sambil mengamalkan bacaan ayat tadi, kata beliau, akan menarik lebih ramai pengunjung dan pembeli terhadap produk yang ditawarkan.

  Bagi kami yang berceramah tentang keusahawanan pula, beliau menyarankan supaya memperoleh idea dengan cara mengamalkan tiga ayat surah asy-Syuraa ayat 51-53. Tetapi terlebih dahulu hendaklah membaca surah al-Qasas ayat 24.

  Kata Pak Wan, apabila beliau membaca ayat-ayat itu, idea selalu datang mencurah-curah. Turunnya bagaikan ilham yang menjana idea tanpa pututs-putus. Justeru, beliau selalu memberi ceramah tanpa persiapan teks.

  Itulah Pak Wan yang kami kenal. Setiap bicaranya akan disusul dengan penegasan bersumberkan ayat-ayat al-Qur'an. Kehadiran beliau juga membuatkan suasana percakapan menjadi gamat.

.  Pada sebelah petang hari ini juga, rahmat Tuhan turun dengan tiba-tiba. Dengan hujan yang lebat dan angin yang agak kuat, kami lihat suasana berjerebu semakin berkurangan.

  Sekian perkongsian ilmu daripada kami pada kali ini.

  Salam kami dari meja HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015