Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jom Jadi Usahawan: Seminar Usahawan Muda KPTM (07/10/15)

 Hari ini berlangsung satu seminar yang julung-julung kali diadakan oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bagi membangunkan usahawan baru daripada kalangan pelajar KPTM.

  Seminar Keusahawanan yang diusahakan atas inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTM Ibu Pejabat ini menghimpunkan kesemua pelajar-pelajar yang berminat daripada pelajar-pelajar sembilan cawangan KPTM seluruh negara.

  Sejumlah 99 orang pelajar KPTM yang sebahagiannya telahpun mendaftarkan perniagaan mereka bagi memulakan perniagaan akan berada di Hotel Impian Morib dari 7 hingga 9hb Oktober 2015. Tema seminar dua hari itu ialah "Jom Jdi Usahawan".

  Sebagai permulaan acara program, sebaik sahaja pelajar-pelajar yang baru sampai dari seluruh pelusuk tanah air itu berkumpul, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan Rohaida yang menjadi Penyelaras program serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajarnya.

  Sebaik sahaja selesai taklimat, penceramah khas yang dijemput bagi memulakan dayung Seminar selama dua hari diminta mengambilalih ruang hadapan bagi memberi ceramah berkaitan "Kompetensi Dalam Perniagaan".

  Penceramah yang dipanggil itu, atas saranan Pengarah Bahagian Pembangunan MARA, ialah En Mohamed Hatta, yang juga merupakan master trainer bagi program pembangunan perubatan homeopati di HBI Health & Homoeopathy Centre.

  Di dalam sesi ceramah itu, sdr Mohamed Hatta telah menekankan peri pentingnya usahawan dan bisnes ditingkatkan kompetensi supaya sesebuah perniagaan itu berjalan dengan lancar.

  Justeru, seseorang usahawan itu haruslah memperkasakan dirinya berkaitan bisnes dan produk, mengetahui dengan mendalam asas-asas pengurusan perniagaan, mempunyai sikap yang betul, memiliki modal mencukupi, tahu serba sedikit kewangan perniagaan, bijak bersaing, boleh melakukan inovasi serta bijak mengurus masa bagi melahirkan produk berkualiti.

  Oleh kerana dunia hari ini semakin mencabar dengan arus pasaran baru dan kesan globalisasi, para usahawan baru diseru agar peka dengan teknik terkini dalam memasarkan produk.

  Mereka juga harus bijak menentukan produk apa yang hendak dikeluarkan, dan pasaran mana yang ingin mereka pilih dan sertai. Perniagaan online adalah sesuatu yang tidak dapat tidak, harus diceburi tanpa mengira apa jenis produk hendak diniagakan.

  Di samping peka mendengar panduan berkaitan bidang-bidang kompetensi yang patut dimiliki oleh usahawan, para pelajar nampaknya sangat berminat dengan pembinaan imej yang dibentuk oleh HBI dengan menerbitkan buku-buku secara berterusan dan komited.

  Sekali lagi, salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015