Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Active IQ Berkesan: Satu Lagi Pengakuan Pengguna  (30/10/15)

 Bukan mudah untuk seorang pengguna produk menceritakan pengalamannya mengguna sesuatu produk. Namun kita tahu bahawa produk itu pasti memberi impak apabila seorang pengguna itu membuat pesanan (untuk membeli) kali kedua dan seterusnya.

  Inilah yang selalu kita maksudkkan sebagai "repeat order". Bahkan inilah yang berlaku apabila seorang tukang rumah atau kontrator sambilan di Wakaf Bharu, Kelantan yang sudah hampir lima tahun membeli Actuive IQ demi kebajikan anak-anaknya.

  Katanya, produk Active IQ itu memberi kesan yang jelas kepada kakak sulungnya sehingga pencapaiannya meningkat setiap tahun. Kini kakak itu sudahpun memasuki matrikulasi dan produk itu masih dibeli untuknya dan untuk adik-adiknya.

  Cerita ini benar kerana secara kebetulan pengguna itu ialah sepupu kepada pemilik syarikat HBI, Puan Huzaini. Setiap kali kami pulang ke kampung bekalan untuk sepupunya itu mesti dibawa sekali.

  Tetapi hari ini kami ingin membawa cerita seorang staf sebuah kementerian di Jalan Raja Laut. Kata wanita ini, beliau telah menyemak maklumat internet terlebih dahulu dan mendapati produk yang diiklankan di laman drhatta.com mempunyai informasi yang lengkap dan meyakinkan.

  Apabila beliau mengetahui mengenainya, beliau terus menemui konsultan HBI dan meminta untuk merawat masalah anaknya.

  Katanya, "Anak saya yang perempuan ini selalu menyendiri dan tidak berani menonjolkan diri kerana dia mendapati di dalam kelas itu terdapat ramai kawan-kawan yang pandai, aktif dan cergas. Dia mengambil sikap mendiamkan diri serta merasakan seolah-olah dia tidak setanding dengan kawan-kawannya".

  Demiikian antara intipati penerangan wanita yang dipangggil sebagai Min ketika meminta konsultan HBI membantu menyelesaikan masalah anaknya yang sering ketinggalan di dalam kelas itu.

  Setelah mendapat penerangan daripada Min, konsultan drhatta.com terus mengkaji dan melihat beberapa remedi yang paling sesuai. Namun selepas memadankan dengan simptom-simptom yang terkandung di dalam tiga remedi dalam Active IQ, beliau merasa amat yakin bahawa Active IQ pasti dapat memberikan kesan perubahan yang dikehendaki. Justeru, adalah tidak perlu satu penawar lain dirumus bagi tujuan berkenaan.

  Kini selepas lebih seminggu, Min datang menemui konsultan dan memaklumkan beberapa perubahan yang dikenalpasti pada anaknya.

  Kata Min, "Sebenarnya remedi Active IQ itu, saya bukan berikan kepada anak saya yang bernama Insyirah sahaja. Sebaliknya saya berikan juga kepada adik-adiknya. Sebab itu, penawar itu cepat habis dan saya perlu mendapatkannya bagi meneruskan perubahan positif yang sudah ditunjukkan".

  "Anak saya itu dahulunya lahir tidak cukup berat timbangan. Dia juga kerap demam. Tetapi selepas dia diberikan Active IQ. Kekerapan demamnya juga sudah berkurang. Sekarang dia mudah menerima pelajaran. Ujian saringan peringkat sekolahpun sudah menunjukkan peningkatan".

  "Saya juga dapati dia kini lebih aktif daripada dahulu. Dia mula gemar melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan seperti silat".

  Apabila Min menyebutkan bahawa anaknya itu didapati menghadapi masalah dengan pertumbuhan tulangnya sejak daripada kecil lagi, konsultan terus mencelah dan memaklumkan bahawa itu tidak menjadi masalah. Ini adalah disebabkan Active IQ mengandungi Calcarea phosphoricum yang akan turut membantu masalah pertumbuhan tulang, demikian jelas konsultan.

  Amat jelas sekali bahawa penerangan konsultan ini merupakan khabar yang sangat menggembirakan buat Min.  Apabila konsultan bertanya mengenai masalah tidur dan kesukaran bangun pagi, Min menerangkan bahawa:

  "Itu tidak lagi menjadi masalah. Kalau dulu terpaksa berkali-kali diulang untuk mengejutkannya. Tapi sekarang, dengan sekali kejut sahaja, dia sudah bangun."

  Begitulah keghairahan seorang pengguna yang baru saja mencuba sebotol Active IQ untuk anaknya yang sulung bernama Insyirah.

  Itulah perkongsian ilmu berkaitan kejayaan ACtive IQ membantu pengguna pada kali ini.

  Salam kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015