Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Dato' Aliff Syukri Branding "D'Herbs" Di KUD 2015 (06/09/15)

 Beliau datang ke Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 atas jemputan Eksplorasi Niaga, "Branding Your Products". Oangnya tersangat muda. Tetapi produknya meletup dan menjadi jutawan dalam jarak waktu teramat singkat.

  Benar sekali semua usahaniaga mempunyai cabaran tersendiri. Cabaran Dato' Aliff Syukri pun tidak kurang. Dalam usia singkat meningkat naik itu mengundang cabaran tersendiri yang tidak semua orang mampu menghadapinya dengan kreatif dan berkesan.

  Dato' Aliff Syukri berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Beliau mengasaskan produk paling popular waktu ini yang dikenali sebagai D'Herbs sejak lima tahun setengah yang lalu. Produk keluarannya menjadi laris sebaik sahaja nama asalnya D'Herba dijenamakan semula menjadi D'Herbs dan dipasarkan melalui kaedah ikonik dan kontroversial.

  Yang hebat tentang beliau ini ialah beliau telah berjaya menjayakan produknya tanpa bantuan daripada institusi bank, kerajaan, keluarga atau cara-cara yang biasanya dibuat oleh masyarakat bumiputera di Malaysia. Menurut beliau, pada asalnya, "saya hanya memulakan perniagaan dengan modal RM450 sahaja".

  Tetapi tentulah bukan dengan sekadar jumlah itu yang memajukan beliau. Tentulah ada rahsianya. Dengan keupayaan yang kecil seperti iitu wajarlah pihak bankpun enggan memberi pinjaman kepada beliau apabila beliau membuat kertas kerja memohon pinjaman suatu waktu dahulu.

  Beliau dilahirkan pada tahun 1987 dan mula berniaga di pasar-pasar tani sahaja iaitu pasar tani di Kelana Jaya. Ketika berniaga di Pasar Tani, beliau tidak menjangka dapat mengumpulkan sejumlah RM23,000 dalam masa tiga bulan.

  Dengan tanpa bantuan pihak-pihak yang berkewangan, beliau beralih kepada kawan-kawan yang pernah bersama beliau dalam program atau proses membuat kertas kerja produk kecantikan. Dengan bantuan kawan-kawan beliau itulah maka beliau mulai membangunkan jenama pertama produk beliau, demikian diceritakan oleh beliau melalui tayangan video sebelum menyambung ceramah.

  Suatu perkara yang menakjubkan apabila kawan-kawannya bersedia menyumbang sebagai pelaburan dengan janji beliau memberi pulangan sebanyak 30% apabila produknya berjaya kelak.

  Demikian sebahagian daripada cerita Dato'Aiff Syukri yang baru berusia 27 tahun tetapi berjaya melakukan promosi produk beliau dengan moto "Terlajak Laris".

  Sekarang Dato' Aliff Syukri sudah mempunyai kilang sendiri dan mulai membantu usahawan baru mengilangkan produk-produk mereka. Beliau juga telah banyak kali memasuki program TV, pernah menaja program Akademi Fantasia (AF) dan sekarang menjadi penaja bagi program "Dai" yang dihostkan oleh Datuk Rosyam Nor.

  Kami daripada HBI mengucapkan syabas dan berbangga dengan pencapaian Dato' Aliff. Tambahan pula kini beliau turut giat melakukan business matching untuk usahawan serta memberikan seminar marketing dengan bayyaran minimum.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015