Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Penyakit Jantung: Apa Homeopati Boleh Bantu (22/09/15)

  Salam Aidul Adha buat semua pengunjung HBI. Salam juga untuk anda kerana dunia baru saja menyambut Hari Jantung Sedunia beberapa hari nan lalu.

  Sempena sambutan itu, Astroawani melaporkan bahawa penyakit kronik berkaitan jantung, diabetes dan strok dikatakan menjadi penyumbang utama kematian pramatang di Malaysia.

  Dalam kenyataan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Feisul Idzwan Mustapha, dianggarkan 50 peratus kematian pramatang di negara ini disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

  Kata beliau "Bila saya maksudkan pramatang adalah kematian di bawah usia 70 tahun di mana mereka masih produktif. Jangka hayat rakyat Malaysia kini berada pada purata 74 tahun".

  "Secara ekonomi mereka masih boleh bekerja. Jadi kita telah kerugian dari segi modal insan di negara."

  Dinyatakan juga bahawa faktor utama dikaitkan dengan penyakit jantung di Malaysia adalah faktor merokok dan juga penyakit hipertensi, darah tinggi. Selain itu, Feisul mengatakan antara punca lain kematian pramatang ialah justeru orang berkenaan tidak aktif secara fizikal, obesiti dan diabetis.

  Semua punca yang disebutkan itu sudah kerap kali disentuh oleh pengamal kesihatan termasuk dalam laman web kesihatan seperti kami.

  Buat masa ini, kami hanya ingin mengesyorkan amalan penjagaan kesihatan secara umum seperti beriadah dan pengambilan vitamin, mineral serta pemakanan yang seimbang.

  Selain cita-cita ingin hidup sehingga lebih tujuh puluh tahun, keadaan kesihatan boleh terjaga dengan baik sekiranya kita berhenti merokok, tidak mengambil alkohol, dan mengambil semua keperluan amalan pemakanan sihat.

  Dan jika kita memetik pesanan daripada Dr. Wilhelm Schuessler, maka dengan memastikan dua belas garam tisu atau mineral di dalam tubuh kita dalam keadaan seimbang, kami menjangkakan kita semua boleh hidup dalam sihat afiat.

  Beberapa remedi yang disebut Schuessler juga biasa kami gunakan bagi membantu pesakit yang bermasalah untuk dapat meneruskan hidup dalam keadaan tenang dan bebas daripada sakit demam atau terkawal daripada penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, gout, diabetes dan lain-lain.

  Di antara remedi yang kami gunakan itu termasuk, Calcarea fluorica, Magnesia phosphorica, Calcarea phosphorica, Natrium sulphurica, Natrium muriaticum dan sebagainya berasaskan simptom dan masalah individu pesakit..

  Apa yang kami namakan sebagai Foska, Elasto, Spasmo dan Skinox merupakan item yang kerap menjadi kegemaran pelanggan HBI bagi tujuan menjaga tahap kesihatan mereka.

  Demikian sedikit info sempena Hari Jantung Sedunia dan Hari Raya Haji tahun ini. Selepas ini marilah sama-sama kita menaiki tangga berbanding lif (kalau setakat naik 2 tingkat), jangan malas parkir kereta jauh sedikit dari tempat kerja supaya kita boleh berjalan sedikit, bermain sukan ringan dengan anak-anak atau cucu-cucu selain daripada game gajet dan berusaha membasuh kereta sendiri. 

  Salam senyum daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015