Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti: Politeknik Balik Pulau (30/09/15)

Tahun ini, Tabung Haji dan Berita Harian telah berkerjasama untuk mengadakan program murni membuka minda pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah ke arah menanamkan semangat keusahawanan.

  Sebanyak 10 tempat telah dikenalpasti sebagai tempat program yang disebut sebagai Jelajah Varsiti akan dilaksanakan selepas mendapat sambutan daripada institusi terlibat.

  Antara badan atau agensi terlibat di dalam rancangan Jelajah Varsiti ini termasuk wakil daripada Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB, wakil-wakil atau pensyarah institusi pengajian, termasuk juga jemputan ceramah daripada pegawai MARA.

  Selain itu, Tabung Haji juga memainkan peranan penting dengan menghantar wakil dan Pengarah Tabung Haji Negeri. Umpamanya, apabila program itu dijalankan di Politeknik Balik Pulau pada 30 September 2015, Pengarah Tabung Haji Negeri Pulau Pinang telah hadir untuk membuat perasmian penutup pada sebelah petang bersama-sama dengan Pengarah Politeknik Balik Pulau.

  Dalam siri pertama Jelajah Varsiti yang dilaksanakan secara kerjasama di antara Tabung Haji dan Berita Harian itu, sdr Mohamed Hatta Abu Bakar yakni jemputan khas mewakili Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, telah memberi ceramah berkaitan "Nak Niaga Apa?". Beliau telah hadir bersama dalam pelancaran siri pertama Jelajah, yang mana akan diikuti oleh institusi di Perak dan kemudian di Kedah.

 

  Di dalam kandungan ceramah yang diberikan, beiau menyentuh mengenai kecenderungan usahawan baru meniru produk yang sudah popular sebagai barangan apa yang nak dijual.

  Hakikatnya, tidak semua yang ditiru oleh peniaga bumiputera itu menjadi, kerana kegiatan meniru menunjukkan peniaga itu tidak memiliki daya kreativiti dan tidak mampu membuat inovasi.

  Dalam ceramahnya, sdr Mohamed Hatta telah mengutip sedutan kata-kata Dr. Rusly Abdullah atau dikenali juga sebagai Chef Li, daripada bukunya yang berjudul "Petunjuk Jalan Kekayaan". Katanya, menurut Chef Li:

  "Kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh disalin. Kekayaan tidak boleh ditiru. Ada orang boleh menjdai kaya dengan cendol. Tetapi orang yang meniru usahanya... yakni menjual cendol juga... masih tidak berjaya walaupun setelah berbelas tahun berniaga."

  Sdr Mohamed Hatta menegaskan, meniru perniagaan orang lain hanya berjaya jika kita boleh menambahbaik usahaniaga atau produk yang ditiru itu menjadi lebih baik dan berkualiti. Ia mungkin membuat, merekabentuk atau menjenamakan semula produk berkenaan ataupun seseorang itu boleh meneroka inovasi dalam usaha strategi pemasaran.

  Contohnya, seperti perniagaan murtabak yang selama ini popular di kalangan oang Melayu dan masyarakat majmuk di Malaysia. Begitu ramai yang membuat bisnes murtabak, ada yang jual di pasar malam, pasar tani, di sekolah, restoran dan lelain tempat.

  Kemudian ada idea daripada seseorang mencipta Murtabak Raja. Lalu di sekitar tahun 2008, Murtabak Raja menjadi begitu terkenal sehingga membawa keuntungan lumayan kepada orang yang melakukan inovasi. Bukan sahaja inovasi itu berjaya meningkatkan kualiti produk, harganya juga tinggi sehingga terhasil pula Murtabak Raja sejuk beku.

  Sekali lagi, apabila seorang peniaga yang pandai membuat inovasi, walaupun pada asalnya dia hanya seorang agen Murtabak Raja, tetapi kerana kebijaksanaan ideanya, dia berjaya mendapat pinjaman, lantas membuka kilang Murtabak Raja sendiri.

  Melalui hasil kreativitinya dalam pemasaran, akhirnya beliau berjaya memasarkan produknya sehingga mendapat kontrak membekal Murtabak Raja kepada kapal terbang MAS yang membawa rombongan bakal haji serta mampu membuka kiosk di tempat lain.

  Peniruan bisnes seperti itu berjaya melonjakkan pasaran dan pendapatan kerana adanya inovasi dalam pembuatan, tambahbaik produk atapun dalam kaedah pemasaran produk.

  Pada hari tersebut, selain ceramah oleh wakil PUIM, satu sesi forum juga telah diadakan terlebih dahulu, yang melibatkan usahawan dan motivator khas iaitu Pawan Chik Husein. Topik forum pada hari itu ialah "Contoh Modul Perniagaan Abd Rahman bon Auf".

  Smentara itu, Berita Harian pula telah mengedar akhbarnya secara percuma kepada hadirin. Wakil wartawan Berita Harian yang hadir ialah Puan Fadzlena dan Puan Salmah Hanim Hares selaku Penyelaras program.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015