Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jerebu: Awas anak-anak UPSR 2015 (09/09/15)

 Sejak lebih seminggu jerebu dalam skala besar melanda sebahagian besar semenanjung sekali lagi. Di Kuala Lumpur, keadaan ini jelas kelihatan dari puncak bangunan.

  Sewaktu Karnival Usahawan Desa (KUD) berlangsung di Putrajaya, suasana jerebu nampak seakan berkurang sedikit. Tetapi hakikatnya, sebaik sahaja pelajar hendak ke sekolah pada minggu ini, keadaan bertambah buruk kembali.

  Oleh kerana para pelajar, khususnya pelajar yang sedang mengambil peperiksaan UPSR, kerap berulang ke sekolah, kami turut sama menasihatkan supaya menjaga diri dengan baik dan haiti-hati. Jika perlu memakai topeng (mask), maka pakailah dan jangan ragu-garu.

  Ibu bapa dan orang dewasa perlulah bertindak menasihati anak-anak ini supaya kurangkan bermain dan merayau di luar rumah atau sekolah. Di samping itu, galakkan mereka mengambil lebih banyak air suam, air kosong atau air mineral.

  Anak-anak akan mudah sakit atau pedih mata, bersin dan selsema atau sakit tekak. Mereka juga boleh terdedah kepada gatal-gatal kulit atau batuk-batuk. Dalam sesetengah keadaan, mungkin ada yang sesak nafas. Jika hal ini terjadi, keadaan kesihatan mereka boleh mengganggu urusan mereka mengambil peperiksaan atau hadir ke sekolah.

  Kita berharap para pelajar UPSR yang terpaksa menduduki peperiksaan sewaktu keadaan mencabar ini lebih gigih menghadapi kertas ujian. Semoga usaha dan inisiatif mereka mengharungi keadaan berjerebu demi menduduki ujian membuahkan hasil yang diharapkan.

  Kita juga berharap rakan kita dari Indonesia memainkan peranan lebih jauh lagi menangani punca jerebu. Sudah menjadi perkara biasa keadaan serupa ini setiap tahun berulang. Tentulah ada cara lebih efektif menyelesaikan masalah ini sekiranya semua pihak bersungguh-sungguh cuba mencegah daripada membenarkan kebakaran besar ini berulang.

  Bagi pelanggan kami yang selalu memesan Homeo-ABC, gunalah penawar itu bila dirasakan keadaan semakin tidak sihat. Pengambilan awal penawar ABC mungkin dapat membantu kondisi tubuh daripada menjadi lebih buruk.

  Pada hari ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) sudah berada di bawah seratus di kebanyakan tempat. Marilah kita sama-sama mendoakan agar angka itu semakin menurun dan tidak sebaliknya.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015