Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Zamzarina Membuka Tirai Seminar Usahawan KUD 2015 (02/09/15)

 Hari ini merupakan hari pertama Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 di Presint 3, Putrajaya. Selepas lebih seminggu KUD 2015 ini diuar-uarkan di corong radio, TV dan media sosial, kita lihat usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mendapat sambutan hangat daripada usahawan dari seluruh Malaysia.

  Dalam suasana kelam akibat jerebu, semangat usahawan desa begitu tinggi membuka booth masing-masing meskipun masih belum ramai pengunjung datang bertandang. Kekurangan pengunjung mungkin juga kerana hari ini berlangsung pada hari bekerja.

  Namun keadaan ini akan dijangka bertukar hangat menjelang hari esok dan seterusnya.

  Sementara itu, di satu lokasi, iaitu di Zon A di mana Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dipertanggungjawabkan mengendalikan program Seminar dan Pemadanan Perniagaan, seorang personaliti TV1 dan usahawan yang sudah berjaya bertapak di dalam industri produk kecantikan membuka tirai seminar mulai jam 10.30 pagi lagi.

  Personaliti TV yang kami maksudkan itu ialah Datin Zamzarina Zambri yang dijemput khas sebagai mewakili Harmon Mall, bagi tujuan berkongsi maklumat bagaimana kita boleh "Membangun Karier Seorang Usahawan". Audiens di dalam Dewan Seminar sebahagian besar terdiri daripada pelajar-pelajar institusi pendidikan, selain usahawan-usahawan MARA dan pengunjung KUD.

  Sebagaimana yang diketahui umum, Datin Zamzarina masih lagi mengendalikan slot "Apa Kata Wanita?" yang bersiaran di TV1. Datin Zamzarina mampu mengagihkan waktu beliau untuk siaran popular itu meskipun beliau kini sibuk mengurus perniagaannya yang kian berkembang.

  Produk Zarra Sinar Puteri yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat itu kini sedang mencari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar rasmi. Usahawan di bawah Pakej Usahawan Mobile bagi Myspa, Mybidan dan Myandam akan dilatih dengan kemahiran tertentu mengikut pakej di samping diajar selok-belok pengurusan kewangan.

  Di dalam sesi beliau Datin Zamzarina menyarankan kepada para pelajar supaya melibatkan diri di dalam pekerjaan terlebih dahulu bagi mencari pengalaman sebelum betul-betul terlibat di dalam bisnes.

  Ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang banyak terlibat dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti menjadi penolong pengarah di RTM, bekerja dengan syarikat multinasional dan juga sebagai menjadi akauntan. Tetapi oleh kerana beliau mulai bosan dan ingin melakukan sesuatu yang baru, beliau mula terlibat dalam bisnes dengan membuka firma konsultan.

  Pada 2009, beliau ditawarkan untuk menjadi pengacara dalam program "Business Malaysia". Di dalam siri program itu, beliau pernah menemubual Pak Ungku Abdul Aziz (pengasas ANGKASA)  dan Allahyarham Datuk Mohd Salleh Abdul Majid (Presiden Bursa Saham Malaysia). Di waktu itu, beliau juga diberi tugas sebagai wartawan. Selepas itu baru beliau diminta oleh Menteri Penyiaran untuk bentangkan kertas konsep bagi mengendalikan program "Apa Kata Wanita." Sehingga hari ini, program ini telah mendapat rating yang paling tinggi di antara program-program di RTM.

  Dari sini beliau mendapati bahawa bagi membuka laluan kepada minat dalam keusahawanan, seseorang itu harus banyak bergaul dengan usahawan-usahawan kerana daripada pergaulan itulah banyak kata-kata dan aura positif diperoleh. Tetapi bagaimanapun, untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan, seseorang itu mestilah mempunyai mentor.

  Antara mentor yang banyak membantu beliau ialah Datuk Maznah Hamid, yang dikenali sebagai Iron Lady. Kata beliau, mulanya memang beliau tak tahu nak meniaga apa? Tetapi atas nasihat Datuk Maznah Hamid, oleh kerana beliau banyak dikelilingi oleh wanita, maka Zamzarina disarankan supaya mensasarkan produk untuk wanita.

  Begitu juga bila seseorang itu hendak berniaga, beliau haruslah bersifat ikhlas. Cita-cita untuk menjadi kaya harus berada di kedudukan nombor dua. Beliau terlibat di dalam bisnes kecantikan adalah kerana ingin membantu wanita mendapatkan produk kecantikan yang halal dan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  Secara kebetulan pula beliau adalah pengguna tegar SK-II. Memandangkan harga produk SK-II agak mahal, beliau telah meminta sebuah kilang merumus semula satu formula yang lebih baik lagi dan sesuai untuk masyarakat Malaysia.

  Sesuatu produk yang dihasilkan itu pula harus tidak memudaratkan seperti yang pernah berlaku kepada beliau di mana beliau pernah mengalami kesan negatif akibat daripada penggunaan satu produk kosmetik import suatu waktu dahulu.

  Selain itu, seseorang itu haruslah mencari ruang atau vacuum di mana kita mempunyai peluang yang cerah untuk maju. Inilah kelebihan yang dipunyai oleh Datuk Maznah kerana sebelum ini tidak ada seorang wanita yang terlibat dalam bisnes sekuriti.

  Sebagai seorang personaliti TV, beliau dikerumuni peminat sebaik sahaja selesai sesi ceramah beliau untuk tujuan bergambar. Program bersama Datin Zamzarina tamat kira-kira jam 1 tengahari..

  Turut hadir bersama Zamzarina ialah rakan kongsi beliau yang pernah berkhidmat dengan Sistem Era Edar yang dipelopori oleh Allahyarham Dr. Azizan Ismail. Justeru, rakan niaga beliau, Dr. (H) Asiah Man adalah juga seorang pengamal perubatan homeopati.

  Bagi mereka yang ingin mengunjungi booth produk Datin Zamzarina,.lokasinya adalah di C-40, berhampiran dengan Dewan Perasmian KUD 2015.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015