Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting berkaitan produk terbaru HBI, "PAU-ANA". Selepas sepuluh bulan di pasaran.

TESTIMONI :"PAU-ANA" BAIK UNTUK SENDI LUTUT SAYA

(Format Mobile - Jan 2017)

 

oleh:  Huzaini Ibrahim & Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

"PAU-ANA" [Pesanan @ watsap: 019-6750544 P]

    Ramai pengguna memberi makluman pelbagai kesan yang dijangka dan tak dijangka sejak sepuluh bulan Pau-Ana dipromo ke seluruh Malaysia melalui FBAds dan juga secara offline. Ini berlaku selepas mereka mengambil produk makanan kesihatan "Pau-Ana" untuk seminggu, sebotol dan ada yang secara konsisten.

   Tapi kali ini kami ingin memberi fokus kepada satu kesan khusus yang hebat dan ia melibatkan kesan bagi orang yang sudah berumur dan hidup mereka mula goyah. Kesan itu ialah kesan kepada sendi lutut, sama ada mereka mengalami artritis, radang sendi, pesakit gout, kencing manis atau sebagainya. Terlebih dahulu kita lihat testimoni yang original.

TESTIMONI  

    Testimoni terawal berkaitan isu ini kami temui di Kota Bharu. Pertama ialah seorang pesakit strok bernama Cikgu Him yang sudah lama tak dapat solat, kemudiannya berjaya bangkit solat berdiri selepas mengguna sebotol Pau-Ana dan lantas menjadi pengguna tegar Pau-Ana. Kedua, Mak Cik Ra info kepada kami, kawannya ini (gambar sebelah) sangat puas hati kerana menyebabkan dia mulai rasa ringan, lutut dan urat-urat seluruh badan semakin sihat sehingga memudahkan dia melaksanakan kerja dan urusan harian tanpa risau. Kedua-dua orang ini memberi makluman kepada kami dalam tempoh sebulan selepas mengguna Pau-Ana. (http://www.drhatta.com/NEW2016/MEI2016/TEST_PAU-ANA.htm)

Kemudiannya, sejak September hingga hujung tahun 2016 terdapat beberapa orang yang sudi memberi maklum balas untuk perkongsian bersama. Yang paling utama di antara mereka ialah:

i. Puan Hajah Norhana (Hazel Batik, Kota Bharu.)

Puan Hajah Norhana boleh disebutkan sebagai tauke popular dalam arena perniagaan batik. Sudah lebih dua puluh tahun beliau menceburkan diri dalam bisnes tradisional ini.

Beliau diberi Pau-Ana oleh konsultan HBI kerana dilaporkan beliau adalah kawan lama. Puan Norhana tidak memaklumkan secara jelas masalahnya tetapi beliau ada mengguna produk lain sebelum mencuba Pau-Ana.

Selepas mengguna Pau-Ana selama sebulan sehingga habis sebotol 60 tablet, beliau menelefon kami. Pada masa itu beliau berkata,

"Saya ingin order 2 botol lagi lah. Sebab selepas Na makan Pau-Ana habis sebotol tu sakit-sakit lutut yang selama ini Na alami sudah beransur hilang. Jadi, memang Pau-Ana berkesan buat Na. Nanti bila bersedia, mungkin Na pun nak jadi pengedar jugak."

Demikian antara cerita ringkas yang kami terima daripada Puan Norhana.

Beliau sekarang bukan sahaja telah berjaya dalam perniagaan batik, malah sudah popular di kalangan pengguna dan peminat batik di merata tempat di Malaysia. Bagi mereka yang berkunjung ke Kelantan, bolehlah datang ke Hazel Batik di Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu.

ii. Puan Norhizam

Puan Norhizam ialah juruteknik yang bekerja di Kolej MARA Banting. Beliau sudah lama menderita sakit lutut. Suatu hari beliau mencuba produk Pau-Ana sewaktu HBI membuat promosi di Kolej tersebut.

Kata Puan Norhizam, "Dulu apabila saya sakit lutut, saya pergi ke klinik saja. Sebab bila saya pergi saya akan diberi ubat yang memang melegakan. Saya bergantung kepada ubat-ubat yang doktor berikan."

"Hampir tiap kali saya menghadapi masalah sakit nyeri sendi lutut yang sama, saya akan ambil ubat glukosamin. Ia memang membantu meringankan sakit lutut saya. Sekarang bila saya ambil Pau-Ana, saya tidak perlu bergantung kepada glukosamin dah. Sakit lutut saya hilang dan badan saya rasa lebih bertenaga. Saya juga tidak lagi mudah mengantuk seperti dulu".

Kemudian kami memohon untuk merakam video informasi berguna itu untuk ramai rakan-rakan yang lain yang menghadapi masalah yang sama. Dan minggu lepas dalam promosi sumbangan syarikat kepada Masjid An-Nur, beliau telah menambah stok lagi 2 botol Pau-Ana untuk kali yang ketiga.

iii. Pak Cik Torji

Pak Cik Torji ialah seorang yang rajin turun ke Masjid As-Sobirin, Kg. Bukit Changgang. Sudah berbulan-bulan dia ke masjid dan terpaksa solat dengan aksi duduk di atas kerusi. Sebab utama ialah kerana masalah sendi lututnya. Amat sakit dan menyerikan. Kemudian dia mendengar berita daripada kawan-kawan yang mencuba Pau-Ana di sebuah warung Roti Canai Zamani. Dengarnya ramai yang memaklumkan Pau-Ana itu sangat baik untuk beberapa penyakit, khususnya sakit radang sendi lutut.

Lalu suatu hari, selepas solat zohor di Masjid as-Sobirin, beliau memanggil konsultan HBI yang kebetulan solat di situ. Selepas beberapa pertanyaan, beliau menyatakan hasrat ingin membeli secara langsung daripada konsultan.

Apakah Pau-Ana ajaib? Tentulah tidak. Pau-Ana bukan ubat, tetapi hanya pemakanan kesihatan yang mengandungi ekstrak guarana, Gam akasia, Omega 3, Susu kambing, Khurma dan Madu. Namun justeru kombinasinya dirumus oleh pakar yang sedikit berilmu dalam pemakanan kesihatan dengan kandungan mg yang tepat, lalu ia mungkin memberi impak yang mengejutkan.

Tahukah tuan-tuan bahawa berita beliau sudah boleh solat berdiri tanpa menggunakan kerusi telah menjadi viral di kalangan beberapa jemaah Masjid as-Sobirin Bukit Changgang? Tidak sampai seminggu beliau mengambil Pau-Ana tiba-tiba semua orang kaget apabila dia datang dan terus solat tanpa terlebih dahulu pergi mengambil kerusinya yang terletak di barisan belakang masjid.

Selang dua minggu, selepas solat asar, konsultan kami mendekati beiau dan bertanya. Apabila ditanya, beliau menyatakan, "Dah lutut saya tak sakit, tak perlulah lagi saya gunakan kerusi. Tapi apakah saya kena beli lagi ke Pau-Ana?"

Konsultan kami menjawab. "Alhamdulillah, syukur lutut Haji tak sakit lagi. Tapi kalau tuan haji berhenti sekarang, kami tidak tahulah kesan seterusnya. Mungkin tuan haji kekurangan jenis makanan tertentu yang berupa vitamin, mineral atau makanan berkhasiat penting bagi membantu masalah radang sendi lutut tuan haji. Saya sarankan tuan haji guna dulu beberapa botol, lepas tu cubalah berhenti dan tengok berapa lama ia boleh bertahan. Sebab jika ada bahan-bhan dalam pemakanan yang terkurang, kemungkinan sakit yang serupa boleh berulang kembali".

Kemudian Pak Cik Haji Torji mengangguk sambil tersenyum. Selepas bersalaman, konsultan kami dan Pak Cik Torji pun meninggalkan masjid.

BEBERAPA KESAN PRODUK "PAU-ANA" 

Menurut Hp Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD,

"Inilah kelebihan ekstrak Guarana atau nama saintifiknya Paullinia Cupana Sorbilis apabila digunakan pada sukatan yang betul. Kesan Paullinia ini diperkasakan lagi oleh Gam Akasia, Omega 3, Susu kambing, Madu dan Khurma."

"Sebelum ini, belum pernah lagi ada syarikat yang mengguna ekstrak guarana ini untuk mengeluarkan produk dalam bentuk tablet kunyah (Skimmed Milk Chewable Tablet Mixed With Guarana, Isomaltulose & Colostrum). Yang ada hanya dalam bentuk kapsul dalam mg yang tersangat tinggi bagi tujuan hanya untuk kecergasan fizikal."

"Pau-Ana dalam sukatan kami buka semata-mata rasa susu dan coklat, tetapi juga sedikit pahit. Ini adalah kerana kami tidak bertolak ansur terhadap kandungan terbaik untuk memberi kesan yang lebih."

Pau-Ana yang sudah mendapat kelulusan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti dalam surat JAKIM bertarikh 4 mei 2016 jelas merupakan satu lagi impak kejayaan HBI. Impaknya nyata hasil daripada  rumusan konsultan HBI sendiri. Kini rasa Pau-Ana manis-manis pahit, semakin mengujakan penggunanya.

AGEN PAU-ANA

   Sekarang Pau-Ana memerlukan lebih ramai agen atau pengedar. Kalau ada yang sanggup membuat dropship juga baik demi menyampaikan kesan baik ini kepada lebih ramai pengguna.

Pau-Ana juga mempunyai logo PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Logo HALAL hanya akan mula dimasukkan dalam produksi kedua, kerana ia tidak sempat dimasukkan dalam keluaran pertama.

  Untuk mendapatkan produk Pau-Ana di Kota Bharu, boleh hubungi sdr Faiz di talian: 018-295 7461. Setakat ini, agen yang mempunyai stok ialah:

EN ZAINAL RASHID BIN ISA – PUTRAJAYA (RS: 016-221 4280); SALMAH HANIM HARES – GOMBAK (RS: 019-470 3820) ; FAHMI -BANGI (019-351 9665) ; NOOR AINI OOI ABDULLAH - KAMUNTING, PERAK (013 514 5994) ; MUSA ISMAIL - KEMAMAN  TRG (013-9720638) ; REDZUAN MOHD - KENINGAU, SABAH (013 850 7685) ; SOFIAN LIT – KOTA SAMARAHAN, SARAWAK (013-820 0824) ; STI HAYATI A RAZAK, PETRAJAYA (019-9422461) ;  FAUZAN, KUANTAN (016-931 9875), FAUZAN – KUANTAN, PAHANG (016-931 9875)

  Di kawasan lain, atau mereka yang ingin menjadi pengedar/agen boleh hubungi : 019-675 0544.

  Untuk info lanjut tentang PAU-ANA, sila kembali ke laman utama dan klik post-post sebelum ini.

Sekian. Wa Llahu a’lam.

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016