Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

PAU-ANA : Produk TERBAIK Untuk Semua - Menjana Stamina Minda & Fizikal

  PAU-ANA "merupakan  produk interfasa makanan-ubat (Food Drug Interphase), adalah bukan ubat dan tidak dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Ia hanya perlu dirujuk kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  Pau-Ana adalah produk pemakanan kesihatan keluaran Kilang GMP atas arahan Hak Empunya Mengilang, HBI Health & Homoeopathy Centre.

KANDUNGAN PAU-ANA

  Pau-Ana ialah produk pemakanan kesihatan yang mengguna bahan utama ekstrak Paullinia Cupana Sorbilis (Guarana), salah satu penawar yang terdapat dalam materia medika homeopati dan diadunkan dalam dos herba mengikut materia medika homeopati supaya ia boleh diadun bersama beberapa kandungan makanan kesihatan lain.

  Kandungan lain Pau-Ana ialah ekstrak Guarana, Omega 3, susu kambing, Gam Akasia, ekstrak Khurma , serbuk madu dan lain-lain bahan yang lazim terdapat dalam produk lain seperti coklat minda, JuzQ30, Abqori dan beberapa jenis pemakanan kesihatan, minda atau pemakanan sunnah lain. Tetapi produk lain TIADA Paullinia Cup Sorbilis.

  Rumusan Pau-Ana adalah berpandukan saranan konsultan homeopati HBI, Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD yang ingin melihan bahan dalam materia medika homeopati dapat dihasilkan bersama bahan-bahan makanan terbaik demi kebajikan pengguna.

KELEBIHAN PAU-ANA

  Kelebihan Pau-Ana berpandukan maklumat kajian literatur, sumber kesihatan herba dan materia medika homeopati diringkaskan berguna untuk:

1.  Merangsang aktiviti intelek.

2.  Membekalkan tenaga dan kecergasan.

3.  Mengurangkan rasa mengantuk.

4.  Mengurangkan sakit kepala, terutama yang disebabkan berlebihan minum teh, nescafe, kopi atau alkohol.

5.  Mengurangkan tekanan mental dan fizikal.

6.  Memberi ketenangan dan mengendurkan ketegangan.

7.  Membantu memanjangkan jangka hayat (longevity)

  Selain kegunaan Paullinia C. Sorbilis (guarana) diatas, bahan campuran rumusan Pau-Ana seperti Omega 3, Susu Kambing, Gam Akasia serta pemakanan sunnah khurma dan madu memberi jaminan kegunaan yang lebih meluas.

  Contohnya dengan adanya Gam Arab (Akasia), kehebatan rumusan Pau-Ana tentu berguna kepada pesakit kencing manis, pesakit usus spt sembelit, cirit birit & buasir, memberi impak positif kepada pesakit jantung, penurunan paras kolesterol dll.

  Bagaimana dengan Goat's Milk (susu kambing), Omega 3, Ginseng? Tentulah Pau-Ana menjadi produk terbaik dewasa ini. Kendatipun, kami fokus Pau-Ana kepada tambahan tenaga. Pau-Ana akan sangat baik digunakan oleh mereka yang kekurangan tenaga atau berharap kepada rangsangan tenaga badan fizikal dan intelek.

PAU-ANA DALAM BENTUK TABLET

  Tablet berperisa Pau-Ana dibuat  dalam tablet 1,000mg. Ia boleh dikunyah dan boleh juga ditelan jika dibahagi dua. Kandungan sebotol ialah sebanyak 60 tabet. Dengan 1,000mg, dos yang disaran kepada pengguna ialah:

 

 Pengguna Jumlah dos

Kanak2/Remaja

12 tahun ke 17 tahun

1 - 2 tablet

Dewasa

18 tahun ke atas

2 hingga 4 tablet

  Sekarang produk ini dipromosikan sebagai tablet untuk membantu tenaga fizikal dan minda. Ia bukan "ubat kuat", tetapi ia boleh membantu memberikan tambahan tenaga bila seseorang itu kurang bertenaga atau tidak kuat. Motonya ialah "Pau-Ana - Stamina untuk minda dan fizikal".

TESTIMONI PAU-ANA DALAM BENTUK TABLET

  Cikgu Ibrahim (pesakit strok - Chenderung Batu), "Selepas seminggu ambil Pau-Ana, sakit lemah saya menjadi semakin baik, sudah boleh bangun, rasa lebih bertenaga, sakit menyentak (tarik-tarik, fit) sudah hilang, badan juga semakin ringan".

  Wan Hafizi, "Saya saran Pau-Ana untuk orang-orang yang bersukan".

  Ku Na, "Saya beri Pau-Ana kepada pelajar saya yang nampak letih dan kurang cergas. Selepas dimakannya, beliau nampak lebih berstamina dan cergas".

HARGA UNTUK PENGGUNA, AGEN DAN PENGEDAR

  Harga pemakanan kesihatan Pau-Ana : RM63.00 sebotol (SM) dan RM65.00 sebotol (SS).

  Harga Pau-Ana ditetapkan berdasarkan kuantiti pesanan. Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar dan agen, boleh membuat pesanan dengan kami sekarang.

  Berikut ialah harga online yang akan dihantar melalui kurier bedasarkan kuantiti pesanan. Runner adalah mereka yang memesan 500 botol ke atas. Justeru harga akan ditentukan selepas perbincangan.

JUMLAH PESANAN HARGA DISKAUN

5 botol (20.6% diskaun)

RM50.00 x 5 = RM250.00

10 botol (28.6% diskaun)

RM45.00 x 10 = RM450.00

20 botol (36.5%)

RM40.00 x 20 = RM800.00

40 botol (42.8%)

RM36.00 x 40 = RM1,440..00

100 botol (49.2%)

RM32.00 x 100 = RM3,200.00

Runner (> 50%)

Call HBI

Runner (> 50%)

Call HBI

  Label produk PAU-ANA ini mempunyai logo GMP food dan PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia).

Ia juga dalam proses menunggu pengesahan untuk mengguna logo HALAL, yang mungkin akan diguna untuk label cetakan terkemudian. Buat masa ini dua logo itu sudah lebih daripada mencukupi.

ANTARA ACTIVE IQ DAN PAU-ANA

  Bagi pengguna Active IQ (produk farmasi HBI), Pau Ana boleh menjadi booster yang baik. Jika pengguna bermasalah dengan ingatan, kurang semangat, malas, degil, enggan jawab soalan dan seumpamanya, kami sarankan ambil Active IQ, tetapi jika individu itu perlukan tenaga, mudah mengantuk, cepat letih - maka dia perlukan Pau-Ana.

  Pelajar yang sudah baik dan cemerlang tetapi memerlukan stamina, dia harus ambil Pau-Ana. Oleh kerana Pau-Ana bukan remedi homeopati biasa, malahan bersifat pemakanan dan mengandungi kafein juga, maka ia boleh diambil oleh mereka yang tetap gemar meminum teh atau kopi.

  Pau-Ana mungkin menjadi remedi yang baik bagi seseorang yang terasa pening atau sakit kepala akibat meminum teh, kopi, nescafe atau kafein. Ini adalah berdasarkan maklumat materia medika homeopati.

BERMINAT JADI PENGEDAR

  Bagi mereka yang berminat ingin membuat dropship pemakanan kesihatan Pau-Ana, menjadi agen, stokis atau pengedar, boleh hubungi: 013-980 2991 atau WATSAP 019-675 0544. Lima puluh (50) orang register paling awal akan diberi tambahan diskaun bila order Pau-Ana.

  >> Senarai Pengedar Paling Awal

Info Admin HBI.