MENU

 

MENU Kandungan

 PANDUAN PRAKTIKAL TERAPEUTIK HOMEOPATI

 



 

BAHAGIAN 2

1 ABSES DAN BISUL     2 AFTA     3 AKNE     4 ALAHAN     5 ALERGI

  6 AMENOREA     7 ANEMIA     8 ANGIN PASANG     9 ANGINA PEKTORIS

  10 ANZIATI 

 

 

Peringkat 1 - Inflamasi hingga menanah

Kulit bengkak sangat merah serta bersinar dan membakar; demam serta kulit panas kering; melarat dalam bilik hangat, petang, dan malam.  Aconite 6, 30

Dalam abses akut; bisul mendarah, bila nanah terjadi dengan cepat.  Belladonna 30.

Permulaan abses ketika bahagian itu masih merah serta bersinar. Sakit mencucuk-cucuk; melarat walau bergerak sedikit.  – Bryonia 30

Sesuai untuk abses yang cepat membentuk nanah, berguna untuk abses kelenjar beserta sakit berdenyut-denyut; melarat dengan kehangatan katil.  – Mercurius sol. 30.  (Mercurius sol. 30 boleh diselangi dengan Belladonna 30)

Peringkat permulaan menanah; pembentukan nanah dan darah, busuk, menghakis yang disertai rasa seram sejuk dan sakit mencucuk-cucuk; nanah berbau seperti keju lama. Walaupun pesakit jenis seram sejuk tapi rasa lega dengan cuaca lembap basah.  – Hepar sulph 30

Bila remedi Hepar sulph gagal dan sakitnya tidak tertahan.  –Chamomilla 30, 200

Untuk memendekkan masa penanahan. Bagi abses di hujung jari-jemari dan ruas jari.  – Myristica seb. 1X atau 3X

Untuk mempercepatkan penanahan atau mendorong bisul matang.  – Hepar sulph 2X, 3X atau 6

Untuk menghalang penanahan.  – Hepar sulph 200, 1M.

 

Peringkat ke 2, bila sudah menanah

Bagi abses yang nanahnya busuk dan tidak sihat serta ada demam;  rasa membakar yang kuat dan gelisah.  – Arsenic alb. 30, 200

Abses atau bisul beserta rasa membakar kuat dan demam pun kuat.  – Anthracinum 200, 1M

Bila nanah menebal dan kuning tanpa inflamasi.  – Calendula 6 atau 30

Abses bagi pesakit diatesis tubercular.  – Calcarea carb. 200

Kesan buruk akibat terbakar;  nanah mungkin ada mengandungi darah, kehijauan, kekelabuan atau kekuningan;  melecet, halus dan cair.  – Causticum 30, 200

Untuk membersihkan darah; apabila ada sedikit demam berterusan disebabkan jangkitan.   – Echinacea 1x, 30

Nanah halus dan melekat;  letusan di pelipat anggota kaki tangan, pangkal paha, leher dan kedua telinga.   – Graphites 30, 200.

Dalam abses yang baru;  bisulnya berwarna kebiruan ketika nanah halus nipis, gelap dan busuk;  sakit membakar dan sensitif terhadap sentuhan.  – Lachesis 30, 200

Abses di bawah kulit;  melarat dengan panas atau dengan tuaman hangat.  – Lycopodium 30, 200

Apabila abses berterusan menanah dan bisul tidak sembuh. Untuk mempercepatkan proses penanahan matang;  pesakit jenis sejuk;  lega dalam cuaca kering dan panas.  – Silicea 6x atau 6

Bila Silicea gagal dan penanahan berterusan;  lega ketika berada di kawasan lapang dan melarat bila cuaca bertukar.  – Calcarea sulph. 6x atau 30.

Nanah banyak, kehijauan, kekuningan, atau berdarah;  melarat selepas makan makanan mengandungi banyak lemak dan hangat;  lega berada dalam udara sejuk, bebas lapang.  –Pulsatilla 30.

 

Remedi biokimia:

Guna Calcarea sulph. 12X dan ambil setiap 4 jam untuk menyembuhkan tisu kulit.  

TOP

Kandungan

 

[Aphthae. Ulser kecil di membran mukus mulut atau lidah, bermula dengan vesikul dan pecah menjadi ulser putih, dengan pinggir berwarna merah dan sakit. Lihat juga tajuk Sariawan, Ulser mulut.]

 

Lepuhan menyakitkan, teruk;  air liur rasa pedas, berbau.  – Acid Nitr. 6, 30

Lepuh-lepuh menyakitkan dalam mulut.  – Borax 30, 200

Lepuh menyakitkan dalam mulut serta nafas berbau busuk, menanah atau luka.  – Mercurius sol. 30, 200

Lepuh-lepuh atau luka dalam mulut, tapi tidak berkesan dengan Borax atau Mercurius sol Nitric acid. 200

TOP 

Kandungan

 

 

[Inflamasi kelenjar sebum yang biasanya terdapat pada muka, belakang dan dada. Umumnya ia merujuk kepada masalah jerawat. Lihat juga simptom Jerawat]

 

Jerawat ketika masuk akil baligh beserta rasa gatal.  – Asterias rub. 30

Jerawat keras; tapaknya mengeras serta pustul di puncaknya; malam berpeluh.  – Arsenic iod. 3X atau 6

Untuk membersihkan atau melicinkan wajah.  – Berberis aquifolium Q, 4 titik setiap empat jam. (Dhama, Boericke)

Kulit lembap; berjerawat; pencernaan lambat; kembung, lega bila dikipas.  – Carbo veg. 30, 200

Akne pada hidung; lega di tempat lembap.  – Causticum 30

Untuk menegah kecenderungan tumbuh jerawat dan untuk membersihkan darah.  – Echinacea Q, 5-10 titik tiap 4 jam (Dhama, Boericke)

Jika telah guna Asterias rub tapi gagal; letusan berpustul.  – Kali brom. 30

Jerawat; serta sembelit dengan najis berupa seperti tahi biri-biri;  melarat kerana mandi laut.  – Magnesia mur. 30

Jerawat berwarna ros; kulit seperti lilin, pucat; pesakit jenis sejuk.   – Silicea 200 atau 1M

Kes kronik; melarat bila makan telur dan semasa musim sejuk.  –  Streptococcin 200 atau 1M

Akne pesakit diatesis tubercular.  – Tuberculinum k. 200, 1M

Penawar susulan bila remedi-remedi yang diberikan gagal.  – Sulphur 200, 1M

 

Remedi biokimia:

Lebih mujarab diberikan kepada remaja perempuan yang ada masalah gangguan haid serta kelemahan.  Calcarea phos. 6X tiap empat jam.

TOP

Kandungan

 

 

[Di sini dinyatakan saranan remedi berpandukan simptom-simptom ringkas daripada kesan alahan. Lihat juga di bawah tajuk Alergi.]

 

Berair mata dan hidung.  – Allium cepa 6

Lega, loya jika makan.  –  Anacardium 6, 30

Muntah dan sakit perut.  – Arsenicum alb. 6X

Bersin, kering dan bunyi di dalam dada.  – Arsenicum iod. 6

Tidak selesa dan kepala sakit.  – Carbolic ac. 6

Melarat bila cuaca bertukar sejuk.  – Dulcamara 6

Loya.  – Ipecac 6

Banyak air liur, muntah air.  – Kreosotum 6

Hidung bersin.  – Mercurius sol. 6

Kembung muntah masam.  – Natrum phos. 6x, 30

Perut tidak selesa selepas makan.  Nux vom. 6

Berair hidung dan bersin. Rasa gatal.  – Sabadilla 6, 30

Muntah pahit.  – Sepia 6

Hidung tersumbat.  – Silicea 6

Kena getah rengas.  – Tomentosa 6

Alergi kronik.  – Tuberculinum 30

Berbedam, terutama kerana racun kerang.  Urtica uren 6

TOP

Kandungan

 

 

[Kesensitifan luar biasa seseorang apabila terdedah kepada sesuatu alergen yang menimbulkan pelbagai simptom seperti ruam, gatal, sakit perut, asma dll. Lihat juga Alahan.]

 

Alergi kepada panas.  – Apis mel. 6, 30

Alergi kepada minuman sejuk; buah-buahan, makanan rosak, iodin.  – Arsenicum alb. 30

Alergi kepada bau bunga-bungaan (asma).  – Ailanthus g. 6 atau 30

Alergi dengan gula.  – Argentum nit. 30, 200

Alergi kepada minyak “castor oil”.  – Bryonia alb. 30

Alergi kepada aspirin; arak, telur busuk.  Carbo veg. 30

Alergi kepada sayur-sayuran rosak.  – Carbo animalis 30, 200

Alergi kepada debu habuk; asap, wangian yang kuat.   – Histamine 1M

Alergi kepada makanan tidak cerna; lidah bersih, sentiasa loya.  – Ipecac 30, 200

Alergi kepada susu sejuk.  Kali iod. 200

Alergi kepada cuka; jeruk, makanan masam-masam dan asid.  Lachesis 200

Alergi kepada kerang (oysters).  – Lycopodium 200

Alergi kepada susu.  – Magnesia carb. 30, 200

Alergi kepada roti; makanan berasid.  – Natrum mur. 30, 200

Alergi dengan keju (cheese)  – Nitr-spiritus dulcis 6, 30

Alergi dengan dadah; kopi; nescafe.  Nux vom. 6, 30

Alergi kepada buah strawberi.  Oxalic ac. 30 atau 200

Alergi kepada kubiis.  Petroleum 30, 200  

Alergi kepada debu (asma).  – Pothos foe. 6, 30

Alergi kepada pastri; ais krim kaya lemak, makanan pelbagai campuran.  – Pulsatilla 30

Alergi dengan buah-buah belum masak; buah prun.  – Rheum 200.

Alergi kepada sotong; susu yang dimasak hangat; lemak babi (diarea).  – Sepia 30 atau 200

Alergi dengan lemonade.  – Selenium 30, 200

Alergi dengan antibiotik.  Sulphur 30, 200

Alergi kepada nasi.  – Tellurium 30, 200

Alergi dengan gula atau manis-manisan; daging berlemak, bawang.  – Thuja oc. 30 atau 200

Alergi kepada buah tembikai.  Zingiber 30

* Remedi sesuai untuk selingan.  – Psorinum 200 atau 1M

TOP

Kandungan

 

 

[Amenorrhea. Apabila seseorang wanita yang kitaran haidnya normal tidak datang haid pada masa sepatutnya. Lihat dan bandingkan dengan simptom Dismenorea.]

 

Haid tertahan bagi remaja perempuan dengan simptom takut dan gelisah.  – Aconite 30

Haid tertahan pada wanita gemuk, menggeleber semasa haid; sakit kepala, sejuk, kolik sebelum haid.  – Calcarea carb. 30

Apabila haidnya tertekan atau terlewat disebabkan kelemahan tubuh badan atau anemia; pesakit alami kelesuan dan mungkin ada palpitasi.  – Ferrum met. 30

Amenorea disertai gangguan pencernaan, palpitasi jantung, krem abdomen; kedua pipi boleh jadi membengkak.  – Kali carb. 30, 200

Wanita yang tidak datang haid pada usia baligh; payu dara tidak membesar; menderita sakit kepala, muntah masam dan kaki membengkak.  Lycopodium 30, 200

Tiada permulaan haid pada usia baligh; haid lewat tiap kali sepatutnya tiba; penakut, beremosi dan mudah menangis; lega berada di luar.  – Pulsatilla 30, 200

Amenoria disertai sakit kepala hIsteria, leukorea atau sakit gigi; pesakit jenis lembut, dan ada tompok kuning pada muka; menderita menggigil dan panas secara bergilir.  – Sepia 30, 200

TOP

Kandungan

 

 

[Terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Ia menyebabkan darah kurang berupaya untuk mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan tubuh badan. Keadaan muka pucat, pening, gayat, letih dan seumpamanya adalah beberapa simptom yang harus diperhatikan]

 

Anemia disebabkan terlalu giat melakukan hubungan seksual.  – Acid phos. 30

Anemia dengan kelemahan melampau dan anziati; disebabkan malaria dan pengaruh toksik; gelisah, teramat haus tapi minum sedikit.  – Arsenicum alb. 30

Anemia di kalangan seorang yang gemuk yang selalu inginkan makanan tidak cerna.  – Calcarea carb. 30, 200, 1M

Anemia disebabkan kehilangan cecair vital; hilang darah, haid berlebihan, banyak keluar mani, disenteri, dll, serta kelemahan; hujung kaki tangan sejuk serta dropsi.  – China 6, 30

Anemia serta sukar bernafas selepas bekerja sedikit; muka merah tetiba, serta ada bahagian badan nampak pucat beserta bengkak dropsi.  – Ferrum met. 3X atau 6

Anemia serta sangat lemah, dan berdenyut-denyut seluruh tubuh; nadi lembut; kemurungan umum; pesakit rasa melarat pada jam 3 pagi.  – Kali carb. 30, 200

Anemia selepas lama menghidap penyakit malaria; kekurusan walaupun makan seperti biasa; terlebih dahaga; murung dan melarat bila dipujuk; cenderung makan banyak makanan masin.  – Natrum mur 6X atau 30.

Anemia selepas lama mengalami ketegangan saraf.  – Phosphorus 30

Anemia aplastik.  T.N.T 200

Anemia akibat overdos zat besi. Gangguan haid; tiada dahaga langsung; lega di luar atau kawasan lapang, udara sejuk.  – Pulsatilla 30

Kurang darah dan sukar bernafas; pesakit suka baring mendatar dan di tempat hangat; kepinginkan pakaian panas walaupun di musim panas.  – Psorinum 30

Remaja yang kurang darah serta muka berminyak.  – Calcarea phos. 6X

 

Remedi biokimia:

Ferrum phos. 3X atau 6X serta Calcarea phos. 6X

TOP

Kandungan

 

 

[Istilah penyakit yang dikatakan berkaitan dengan hernia dalam masyarakat Melayu, dan di Pantai Timur, biasa disebut dengan nama Uluran. Lihat juga Hernia.]

 

Angin pasang baru mula, gelisah dan sakit membakar.  – Aconitum nap. 200

Sakit krem sekitar pusat, flatulens.  – Belladonna 3, 6

Apabila benjol yang tersembul keluar secara perlahan.  – Cocculus ind. 30

Jika disebabkan sembelit.  – Plumbum 6

Sekiranya angin pasang, bengkak sebelah kiri bawah abdomen; sensitif dengan sentuhan.  – Nux vomica 6x

Sebelah kanan, pesakit cenderung mengadu sakit gastrik.  – Lycopodium 30

Angin pasang serta takut ia memburuk, gangren.  Lachesis 30

Kanak-kanak tegap, gempal.  – Nux vom. 6, Calcarea carb. 30

Kanak-kanak kurus, kerap sembelit.  – Silicea 6, 12x

Mencegah angin pasang berulang.  – Cocculus ind. 30

TOP

Kandungan

 

 

[Sakit dada yang berlaku apabila jantung tidak menerima darah yang mencukupi atau tidak cukup oksigen]

 

Angina beserta pengsan; gelisah dan nadi lemah.  – Acid-hydro. 30

Serangan jantung disebabkan sakit yang sangat lama.  – Ammonium carb. 30, 200

Angina serta resah gelisah; perasaan membakar; sangat haus dan takut mati.  – Arsenic alb. 30, 200

Beserta denyutan ganas jantung; kemurungan dan fikir akan bunuh diri.   – Aurum met 30, 200, 1M

Sakit akut; lemas dan mencekik dalam dada di kawasan jantung.   Cactus g. 6, 30.

Sakit di dada dan lengan kiri; denyutan jantung berhenti tiba-tiba; akan berlaku kelemasan atau sukar bernafas.   – Cimicifuga 30

Beserta rasa seolah-olah jantung akan berhenti berdenyut; nadi perlahan; melarat dengan pergerakan.  – Digitalis 6 atau 30

Sakit mencucuk pada jantung dan arteri pada sebelah kiri dada, menjalar ke lengan kiri.  – Lachesis 30, 200

Apabila sakit menjalar daripada kawasan jantung ke bahagian bahu kanan atau klavikel kanan atau ke arah lutut kanan.  – Lac. can. 30 atau 200

Apabila pesakit sudah tidak sedarkan diri disebabkan amat sakit dan kekebasan lengan kiri.  – Naja trip. 30, 200

Bila pesakit tidak boleh berbaring di sebelah kiri disebabkan sakit akut.  – Spigelia 200

Angina disebabkan kelemahan jantung.  Strophantus hisp. 6x, (Potensi Q, 5-10 titik tiap empat jam, lih. Dhama, Boericke)

Angina serta krem jantung.  – Viburnum op. 2x-30x, 30. Disaran 3 kali sehari. (Potensi Q - lih. Dhama, Boericke)

Jatuh beserta kesejukan yang bersangatan, tubuh kebiruan dan kelemahan; jantung tembakau; salah satu daripada stimulan jantung yang baik.  – Veratrum alb. 30 atau 200

 

Remedi biokimia:

Magnesia phos 6X.

TOP

Kandungan

 

 

[Anxiety. Bimbang, gelisah. Lihat juga Takut.]

 

Tetiba bimbang serta resah gelisah dan takut mati.  – Aconite 30, 200

Bimbang menyebabkan seseorang tu berjalan laju; kerana jangkaan peribadi.  – Argentum nit. 6, 30, 200

Bimbang yang berterusan pada masa-masa tertentu dan panik.  – Arsenic alb. 30, 200

Anziati melarat disebabkan pergerakan menaik atau menurun, menaiki liif; melarat sehingga jam 11 malam.  – Borax 6, 30, 200, 1M

Risau bimbang mengenai bisnes, walaupun masa sakit teruk.  – Bryonia alb. 30, 200

Rasa bimbang melarat bila baring atas katil dan menutup mata.   – Carbo veg. 30, 200

Anziati penuh dengan khuatir dan bimbang sebelah petang.  – Causticum 30, 200

Anziati dan takut di sebelah petang serta gelisah dan palpitasi.  – Calcarea carb. 30, 200 atau 1M

Kebimbangan diisebabkan takut, berita yang mengujakan; takut berada di atas pentas; melarat bila muncul waktu peperiksaan atau temuduga.  – Gelsemium 30, 200

Anziati kerana terlalu sedih, dukacita atau terkejut.  – Ignatia 30, 200 atau 1M

Anziati melarat bila berbaring tetap; muzik dan lagu-lagi sedih makin menambahkan anziati.  – Manganum acet. 30, 200

Anziati beserta pengsan; banyak berpeluh; melarat di sebelah pagi.  – Sulphur 30, 200

Anziati; lega bila atau selepas makan.  – Anacardium 30, 200

 

Remedi biokimia:

Kali phos 6X

TOP

 

Kandungan

 

Sumbangan Konsultan: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.