MENU

 

MENU Kandungan

  PANDUAN PRAKTIKAL TERAPEUTIK HOMEOPATI

 




BAHAGIAN 2

  21 BRONKITIS   22 BUASIR   23 BUTA / KEBUTAAN   24 CACING   25 CAMPAK  

    26 CHIKUGUNYA    27 DEMAM     28 DEMAM – WAKTU MELARAT

                   29 DENGGI    30 DIABETES MELITUS

 

[Keradangan membran mukus pada tiub bronkus akibat jangkitan atau kerengsaan salur pernafasan. Sila buat rujukan lanjut di bawah Acute Bronchitis, tapi lihat juga remedi simptom-simptom Batuk.]

 

Peringkat pertama:

Kerana terdedah kepada angin sejuk kering secara tiba-tiba; bimbang dan rasa sejuk, demam tinggi, nadi kencang; takut dan resah gelisah.  – Aconite 6, 30, 200

Kedua mata merah, muka berkilat, demam kuat;  pernafasan pendek, laju dan sukar;  batuk jenis kering dan keparauan;  kulit panas dan kering tetapi berpeluh di bahagian yang ditutup.  – Belladonna 30

Batuk jenis kering yang menyakitkan kepala serta demam;  dahagakan air sejuk yang banyak pada masa yang panjang;  melarat dengan pergerakan.  – Bryonia 30 atau 200

Demam; keradangan katarah bronkus, sakit dalam dada dan serangan tuntas batuk;  berpeluh tidak melegakan; mulut lembap dengan air liur.  – Mercurius sol. 30

Bronkitis pada pesakit yang lemah serta demam kuat.  – Ferrum phos. 6X atau 30, beri dos tiga jam sekali.

Jika tiada kemajuan daripada remedi yang diberikan, berikan satu dos Sulphur 30 atau 200, kemudian tunggu satu atau dua hari sebelum diberi semula remedi berdasarkan simptom.

Disarankan bagi pesakit yang cenderung mendapat bronkitis mengambil setiap bulan satu dos dalam tempoh enam bulan remedi Tuberculinum bov. 1M.

Peringkat kedua;

Dada ada bunyi berdetar, batuk longgar, tapi tiada kahak keluar walaupun batuk sudah lama;  lidah disaluti selaput putih.  – Antimonium tart. 30, 200

Bila batuk semakin longgar atau kurang; mengadu melarat dengan sejuk, jika buka selimut akan menambahkan melarat; batuk hingga terbelahak.  – Hepar sulph. 30

Banyak detaran dalam dada disebabkan lendir dalam tiub bronkus;  lidah bersih, sukar bernafas;  dispnea dan loya.  – Ipecac 6, 30

Peringkat ketiga:

Bila tiada kahak keluar; jika ada ia mengandungi jalur darah; nadi kencang dan pesakit sudah sangat lemah.  – Antimonium carb. 30

Apabila mukus sudah bertukar kuning;  pesakit rasa lega di kawasan lapang;  tiada dahaga.  – Pulsatilla 30

 

Remedi biokimia:

Ferrum phos 6X dan Kali mur 6X.

 TOP

Kandungan

 

 

[Piles/haemorrhoid. Buasir terbahagi kepada dua. “Eksternal” merujuk kepada yang dapat dilihat daripada luar dan “Internal” yang berada di dalam. Daripada dua jenis itu, ada buasir jenis berdarah dan ada yang tidak berdarah. Klasifikasi itu juga boleh menentukan remedi. Rujuk SSP&RH ms. 55. Lihat juga Pendarahan Buasir.]

 

Rasa tersempal atau dubur seperti penuh dengan kayu atau seolah-olah ada benda merayap; sakit selepas buang air besar.   – Aesculus 6, 30

Buasir berlendir; lidah bersalut putih.  – Antimonium crud. 30, 200

Buasir serta sakit membakar dan menyengat; lega dengan aplikasi sejuk.  – Apis mel. 30

Buasir bergugus seperti anggur, khususnya selepas berak; warna biru, serta sangat gatal; lega dengan air sejuk.  –  Aloe 6, 30

Buasir biru dan rasa membakar.  – Carbo Veg. 30

Rasa tekanan yg kuat atau seolah-olah ada kayu di dubur.  – Collinsonia 6, 30

Berdarah warna kehitaman, keluar melimpah.  – Hamamelis 30, (guna Hamamelis ointment di bahagian luar.)

Buasir berlubang dan bernanah busuk.  – Merc. Sol. 6, 30

Dubur sakit menyucuk, berdarah, fisur dubur (pecah);  sakit bagai dipotong beberapa jam selepas berak.  – Nitric Ac. 6, 200

Buasir biasanya tidak berdarah beserta gatal;  sembelit, rasa hendak berak tapi tidak menjadi.  – Nux Vom 6, 30

Terlampau sakit selepas berak dan pecah (fisur);  sangat gatal dan menggigit pada anus.  – Paeonia 30

Buasir luar dan dalam; prolaps rektum; sembelit dengan najis keras, kering, sukar dan warna keputihan;  atau sembelit berselang dengan diarea.  – Podophyllum 30, 200   

Mengeluarkan lendir pekat, najis tiada yang serupa; gatal dan sakit.  – Pulsatilla 30

Buasir dan keluar gembung.  – Ruta garv. 30

Remedi utama baik untuk buasir berdarah atau tidak;  gatal dan rasa terbakar di dubur.  – Sulphur 30, 200, perlu diberi dua minggu sekali sebanyak 3 dos.

Buasir beserta simptom ketuat pada mana-mana bahagian;  dubur basah dengan lendir, pecah, menyakitkan.  – Thuja 30

 

Remedi biokimia:

Calcarea fluor 12X, Kombinasi biokimia no. 17.

TOP 

Kandungan

 

 

[Blindness. Lihat juga Rabun.]

 

Tiba-tiba rabun; sebab musababnya tidak diketahui.  – Aconite 200 atau 1M tiap sepuluh minit sebanyak 3 dos.

Kebutaan saraf; rabun warna.  – Santoninum 6, 30

Rabun malam.  – Ranunculus bulb. 30

Rabun siang; kebutaan keran hemoraj.  – Bothrops 30

Pesakit anemia; lemah dan jenis histerikal.  – Ferrum met. 30

Disebabkan petir; takut dan tensi saraf.  – Phosphorus 30, 200

Rabun malam; melihat hanya sebahagian daripada objek.  – Lycopodium 30 atau 200

Rabun malam;  miopia bertambah.  – Physostigma 30

Kebutaan pesakit leprosi.  – Hura brazil. 30

 

Remedi biokimia:

Calcarea phos. 6X dan Kali phos 6X.

 TOP

Kandungan

 

 

[Worms. Ada pelbagai jenis cacing yang setengahnya boleh diidentifikasikan dengan remedi yang berbeza. Remedi utama masalah cacing ialah Cina, Santonine dan Natrum phos. Bagaimanapun rawatan berasaskan simptom lebih berkesan. Rujuk PKK&RH, ms.26.]

 

Anak mata membeliak, kerap terkejut semasa tidur, loya atau muntah, tersedu, gatal-gatal hidung atau dubur, mengetap gigi semasa tidur, air kencing sedikit dan berwarna susu.  – Cina 2x - 200

Penawar cacing pita serta teramat lapar.  – Anantherum 30

Badan kurus kerana cacing.  – Abrotanum 3x, 6, 30

Bila cacing berjalan melalui perineum dan masuk ke dalam faraj dan merangsang masturbasi.  – Caladium s. 30

Penawar bagi cacing kait (hook worms)  – Chenopodium Q, 6

Cacing bulat (round worm – Cina 2x - 200

Mengisar gigi; perut kembung serta sakit;  melarat selepas makan; dubur gatal-gatal;  sukakan makanan manis.  – Embelia ribes Q atau 30 (Dhama)

Cacing pita (tape worm)  – Filix Mas. 1x tiap 8 jam. Ada yang sarankan remedi Merc cor 3x, Cuprum acet 3 atau Stannum 2 (trit.)

Sakit perut kembung, masam kerana cacing.  – Natrum Phos. 6x

Gatal kemaluan dan tersentak-sentak.  – Sabadilla 6x

Kanak-kanak perut buncit;  cacing benang.  – Spigelia 6x

Dubur gatal malam.  – Urtica Urens 6

Dubur keradangan, tidak dapat tidur, pening;  berguna bagi kes cacing benang (thread worm – Santonine 6X, Teucrium v. 6X atau 6.

Penawar umum cacing peniti (pin worms) atau cacing benang.  – Teucrium v. 30

Berguna bagi kesemua jenis penyakit cacing.  – Santonine 3X (trit.) (Bhattacharyya, Boericke – potensi terlalu rendah toksik)

Kolik kecacingan atau bila hanya sebahagian daripada masalah cacing dapat diselesaikan oleh ubat-ubat lain.  – Sulphur 30, 200

* Sulphur boleh digunakan sebagai remedi interkuren untuk masalah cacing kronik.

* Menghalau cacing, khususnya cacing kerawit; dubur dan hidung gatal; mengorek hidung hingga berdarah; suka manis dan makan makanan yang tak kenyang.  – Cina 3x, 6x, 30

 

Remedi biokimia:

Natrum phos. 6X dan Kali mur 6X.

 TOP

Kandungan

 

 

[Penyakit berjangkit ini mempunyai simptom umum seperti koriza, mata berair, sakit tekak, batuk, seram sejuk, demam dan ruam bintik-bintik. Homeopati mempunyai penawar yang berkesan jika diberikan tepat pada waktu dan simptomnya. Rujuk SSP&RH, ms. 27. Lihat juga Demam.]

 

Demam kuat, nadi penuh, kuat dan cepat;  kerap bersin, mata berair, sakit kening, batuk kering, rasa gatal dalam tekak;  sembelit, sakit dalam dada, gelisah dan sangat dahaga.  – Aconite. 3, 6.

Erupsi semasa campak menjadi hitam.  – Arsenicum alb. 3x - 6.

Dalam kes komplikasi paru-paru dan laringial. – Antimonium tart. 6, Phosphorus 6.

Berdetar dalam dada, dispnea, batuk longgar dengan sukar mengeluarkan kahak; lidah diselaputi keputihan.  – Antimonium tart. 30

Demam tinggi;  menendang selimut;  kedua mata sakit, berair dan gatal;  tidak dahaga;  lega dengan sejuk.  – Apis mel. 6, 30

Batuk, pendek dan kering;  campak tertekan.  –  Bryonia tinc. 6x-30.

Tubuh sejuk dan biru, pitam.  – Camphor 6 (Potensi Q disaran oleh Bhattacharyya, juga Boericke)

Nadi penuh dan keras;  muka dan mata merah;  sakit terasa dalam salur udara semasa batuk;  suara parau, kepala panas, pesakit rasa mengantuk tapi tak boleh tidur.  – Belladonna 3 - 6, 30  

Berair kuat daripada hidung dan mata, panas, fotofobia;  sakit kepala berdenyut.  – Euphrasia 3, 30.

Sejuk dan panas bergilir-gilir; gelisah, mengantuk dan berat di bahagian depan kepala;  lega bila kencing.  – Gelsemium 30

Batuk serta krup dengan berdetar dalam dada;  sangat sensitif dengan sentuhan, sejuk, air.  – Hepar sulph 6, 30

Jika muntah dan loya, serta tinja berlendir kehijauan, batuk pendek, kering.  – Ipecac 3, 6 

Campak beserta discaj mengandungi nanah, lendir bertali keluar daripada mata, hidung atau telinga.  – Kali bich. 6, 30

Penawar yang boleh digunakan daripada awal, dan dalam kes tiada ubat yang sesuai.  – Morbillinum 30

Dalam letusan tertahan, serta demam kuat dan lelain komplikasi;  demam dengan rasa dahaga yang kuat, sembelit dan sakit kepala.  – Gelsemium 6 (Gels. 1x, 3 – saranan Bhattacharyya)

Batuk melarat sebelah petang dan malam;  berdetar dalam kerongkong, mukus tebal dengan darah daripada hidung;  cirit-birit, gangguan intestin, tiada rasa dahaga atau hanya sedikit.  –  Pulsatilla 3, 6

Erupsi tertangguh yang membawa kepada konvulsi, paru-paru sebak.  – Verat. Viride 6 (Potensi Q - 2x – Bhattacharyya)

Sebagai pencegahan semasa epidemik.  – Morbillinum 30 - 200

 

Remedi biokimia:

Ferrum phos. 6X dan Kali mur 6X.

Atau guna Calcarea sulph 6X dan diikuti dengan Kali sulph 6X.

TOP

Kandungan 

 

 

[Chikungunya (Chicken Guinea) merupakan sejenis penyakit viral yang disebabkan oleh alfavirus yang disebarkan menerusi jangkitan akibat gigitan nyamuk aedes. Rujuk SSP&RH, ms. 33. Lihat Denggi.]

 

Permulaan demam, sangat dahaga, gelisah, takut mati  – Aconite 6

Jika demam, otot-otot atau tubuh sakit serta keletihan, makin lenguh bila bergerak.  – Arnica mont. 200

Sakit seluruh tubuh, lega rehat dan melarat bergerak, sangat dahaga, tiada peluh.  – Bryonia 6, 30.

Semasa demam kuat dan muka merah, sakit datang dan pergi dengan cepat.  – Belladonna 30.

Sakit dalam kedua mata, tubuh dan tulang, terutama tulang belakang.  – Eupatorium perf. 6.

Loya dan muntah.  – Ipecac 6

Rawatan pencegahan.  – Eupatorium perf. 200

 

Rawatan biokimia:

Ferrum phos 6X, Calcarea phos 6X.

Kombinasi no.  11.

 TOP

Kandungan

 

 

[Peningkatan suhu badan melebihi paras normal atau >37ºC selalunya dirujuk sebagai demam. Ia adalah satu daripada simptom yang dialami di samping simptom-simptom seiring yang lain. Rujuk SSP&RH, ms. 39. Lihat juga Malaria.]

 

Terperanjat; serta-merta;  waktu senja.  – Aconite 6.

Peringkat awal demam;  kerana ditiup angin sejuk.  – Aconite 6.

Resah gelisah, dahaga tapi minum sedikit;  muka pucat atau letih.  – Arsenicum alb. 6, 30

Sakit seluruh tubuh; bibir kering, sangat dahaga;  sembelit; melarat bergerak.  – Bryonia 6, 30.

Muka merah, demam tinggi;  disebabkan radang tonsil akut.  –Belladonna 3, 6, 30

Kelopak mata rasa berat;  sakit kepala daripada kuduk leher; tidak dahaga, ingin baring diam-diam.  – Gelsemium 6. 30

Demam, selsema, tubuh lenguh, sendi rasa hendak tercabut.  – Baptisia 6, 30

Demam berpanjangan.  – Baptisia 30.

Demam, ketar seperti malaria.  – China Off. 6, 30.

Demam tidak menentu waktu.  – China sulph 6, 30.

Demam, sakit tulang dan sendi.  – Eupatorium perf 6, 30

Demam dan loya.  – Ipecac 6.

Demam kuning.  – Chelidonium 6, Calcarea sulph 6x

Demam reumatisme.  – Colchicum 6, Rhus tox. 6

Berpeluh banyak tapi tidak lega.  – Mercurius sol. 6, 30

Demam tengah malam.  – Arsenicum alb. 6.

Demam, panas malam.  – Tuberculinum 30.

 TOP

Kandungan

 

[Dalam homeopati, ada senarai remedi tertentu yang mempunyai simptom melarat mengikut waktu (Time modality). Jadi, penting diperhatikan waktu melarat demam. Lih. Demam.]

 

1.00 petang.  – Ferrum phos. 6, 6x.

2.00 petang.  – Pulsatilla 6; Lachesis 6; Calcarea carb. 6, 30

3.00 petang.  – China sulph 6; Apis 6

3.00 hingga 4.00 petang  – Lycopodium 6; Thuja 6, 30

4.00 ptg hingga 8 malam  – Lycopod. 6; Hellonias 6

4.00 Petang  – Lyco 6; Sulph 6; Aethusa 6; Hepar sulp. 6

5.00 petang  – Sanguinaria 6; China off. 6, 30

4.00 hingga 5.00 petang  – Stannum 6, 30

4.00 hingga 12.00 tgh malam  – Stramonium 6, 30

6.00 petang  – Rhus tox 6, 30

6.00 petang hingga 8.00 malam  – Lycopodium 6, 30

7.00 ptg/mlm  – Lycopodium 6, 30

8.00 malam  – Phosphorus 6, 30

9.00 malam  – Bryonia 6, 30

10.00  malam  – Lachesis 6, 30

11.00 malam  – Magnesium Mur. 6, 30

12.00 malam hingga 2.00 pagi  – Arsenicum alb. 6; Nux vom. 6

3.00 pagi  – Thuja occ. 6, 30

4.00 pagi  – Ferrum met. 6, 30

5.00 pagi  – China off. 6, 30

6.00 hingga 7.00 pagi  – Podophyllum 6, 30

7.00 pagi hingga 9.00 pagi  – Eupatorium perf. 6, 30

9.00 pagi  – Chamomilla 6, 30

9.00 pagi hingga 5.00 petang  – Kali carb 6, 30

10.00 pagi  – Rhus tox. 6, 30

11.00 pagi  – Sulphur 6, 30

12.00 tengahari  – Stramonium 6, 30

TOP 

Kandungan

 

[Penyakit yang disebabkan oleh bawaan nyamuk aedes aegypti, tersebar di kawasan tropika terutamanya.  Ia membawa simptom-simptom seperti rasa seram sejuk, demam, loya, ruam dan sakit-sakit badan khususnya bahagian sendi. Mungkin muka merah, ada sembelit dan kehilangan selera makan. Lihat juga Chikugunya, Demam, Demam – Waktu Melarat.]

 

Bahagian kepala panas tetapi seluruh tubuh sejuk – Carbo veg. 6, 30  

Peringkat pertama ketika demam kuat;  sangat haus, gelisah dan takutkan mati;  nadi penuh dan keras.  – Aconite 3X, 6.

Demam tinggi;  resah gelisah serta keletihan, dahaga sangat tapi minum sedikit sahaja.  – Arsenicum alb. 6, 30

Berjerawat merah, suhu tinggi, sakit kepala, beserta racauan; muka dan mata merah, sakit datang dan berlalu pergi dengan cepat.   – Belladonna 3, 6, 30.

Sangat sakit dalam tulang-tulang, sakit-sakit dlm mata dan seluruh tubuh, rasa seolah-olah tulang-tulang patah dan otot-otot memar;  sangat dahaga sebelum dan ketika demam dan seram sejuk.  – Eupatorium perf. 6, 30.

Hemoraj (berdarah) di bawah kulit atau daripada tulang -  Lachesis 6 atau Crotalus 30, 200.

Bintit-bintit seperti jerawat keluar, ada tanda-tanda sejuk dan katarah, sakit reumatik;  sakit lega bila berterusan bergerak.   –  Rhus tox. 3, 6, 30.

Demam sederhana, dahi rasa berat.  – Gelsemium 6,30.

Sakit seluruh tubuh, lega dengan rehat, melarat bila bergerak;  sangat dahaga;  tiada peluh, seluruh tubuh kering, sembelit keluar najis berketul atau tak keluar langsung;  sakit kepala, batuk.  – Bryonia 6, 12, 30.

 

Remedi biokimia:

Kombinasi no. 11.

 TOP

Kandungan

 

[Penyakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hormon insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula darah. Antara simptom-simptom pesakit yang biasa kita temui ialah letih, dahaga, lapar, kerap kencing dan penurunan berat badan. Rujuk SSP&RH, ms. 77. Lihat juga Kencing]

 

Berguna dalam semua peringkat diabetes, bagi tujuan mengurangkan urin dan gula darah.  – Syzygium jamb. 1x. (Dhama)

Berguna bagi diabetes yang berkait dgn penyakit saraf, urin kelihatan seperti susu serta sedimen;  air kencing banyak dan kerap di waktu malam.  – Acid phos. 1X-6 (Bhattachayya)

Rasa membakar ketika kencing.  – Arsenicum alb. 3, 30.

Dropsi sekitar pergelangan atau buku lali, serta rasa lemah.  –  Cantharis 6, Terebinth. 6.

Kerap rasa nak kencing;  air kencing pucat, banyak, serta sedimen seperti batu-bata. (Tak dapat menahan kencing)   – Kreosote. 6, 12, 30.

Diabetes disebabkan cedera atau terjatuh. (Digunakan dlm kes insipid diabetes di mana banyak urin pucat keluar tanpa gula di dalamnya).  – Argentum met. 3, 30.

Koma bagi pesakit diabetes.  – Arnica mont. 6, 30, 200.

Apabila diabetes melitus disebabkan kelemahan saraf;  bersikap tidak peduli, apati;  kelemahan umum, khususnya lelaki.  – Acid phos. 6.

Hilang gula dan albumin dalam urin, dahaga, gelisah, melankoli, dan kekurusan.  – Helonias 6.

* Remedi spesifik untuk diabetes;  lebih berguna bila pesakit ada gout. – Natrum sulph 12x - 30 (kadar gula dijangka boleh turun, sembuh dalam 4-5 bulan)

Kurus kering (emaciation) dan menghidap diabetes melitus.  – Uranium nit. 3x. (Dhama, Boericke)

Kurang cerna, sangat dahaga, sembelit, sukar tidur, rasa membakar pada kemaluan;  discaj daripada mata dan hidung.  –Uranium nit. 1x-3. (Bhattacharyya)

Sekiranya semua penawar di atas gagal;  dropsi selepas diabetes.  – Silicea 3, 6.

* Remedi interkuren untuk diabetes melitus.  – Medorrhinum 200, atau 1M.

 

Remedi biokimia:

Natrum sulph 12X atau 30.

Kombinasi biokimia no.7

TOP

 

Kandungan

 

  

 

 

Sumbangan Konsultan: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.