Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Artikel mengenai Majlis Anugerah MPHM

JASAMU DIKENANG:

Sempena Malam Jasamu Dikenang & Anugerah Pingat Emas Homeopati ke 3

 

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD  (11 Dis 2016)

 

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Emas

        Pengamal-pengamal homeopati datang dan pergi. Majoriti daripada mereka berjaya memberikan impak di dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat setempat. Sebahagian lain yang terlebih istimewa, begitu berjaya sehingga walaupun mereka tiada lagi, implikasi kehadiran mereka dirasai hingga ke hari ini. Tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Prof Dr Mohamad Yacob, Dr. Hj Azizan Hj Ismail dan Dr. Nik Omar adalah di antara nama-nama pengamal atau individu yang memberikan impak paling besar.

        Selain tokoh-tokoh yang disebutkan ini, ada lagi-tokoh-tokoh lain yang hebat dalam usaha pengembangan homeopati dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perubatan homeopati. Namanya didendangkan sekali-sekala tetapi belum pernah satu penghargaan yang besar diberikan. Justeru, kami di Malaysia Homeopathy Cyber Library merakamkan rasa syukur kerana buat pertama kalinya Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) mengambil inisiatif mengadakan satu malam khas bagi mengingati mereka ini.

        Majlis istimewa yang berlangsung pada 9hb Disember 2016 di Dewan Kuala Lumpur International Hotel dinamakan sebagai "Malam JasaMu Dikenang dan Anugerah Pingat Emas Homeopati ke 3". Majlis itu telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Alias bin Ali, penasihat MPHM dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ucapan aluan disampaikan oleh Tn Hj Zainul Azmi Ahmad, Presiden MPHM. Tetapi lebih menarik lagi ialah majlis anjuran MPHM itu mendapat tajaan penuh daripada Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn Bhd. 

        Selain itu, wajar disebutkan juga ialah kesemua lapan orang graduan CUCMS kali ke tiga telah dijemput uantuk sama-sama meraikan majlis gilang-gemilang dan julung kali diadakan ini.

Penerima Penghargaan JasaMu Dikenang

        MPHM telah berjaya menghubungi sebahagian besar waris-waris penerima penghargaan Jasamu Dikenang. Usaha MPHM ini menunjukkan dedikasi bagi mencari bukti kebenaran sebelum satu-satu penghargaan diberi dan fakta dicatat. Jadi, keseluruhan lapan belas penama itu terdiri daripada:

1. Allahyarham Prof dr Azim Saunde Rajah (1867-1978)

Seorang yang berasal dari India tetapi membuka premis rawatan homeopati di Jalan Tangga Duke, Johor Bahru pada tahun 1928. Premis beliau di Johor Bahru kemudian berpindah ke Jalan Wong Ah Fook. Di Singapura, beliau membuka premis di North Bridge Road sekitar tahun 1930. Pada tahun 1935 beliau dan Dr. Burhanuddin al-Helmy membuka Malayan Homeopathic Leading Centre di Hill Street, Singapura.

2. Mendiang Rev. Fr. John Leo Quinn (1901 -1983)

Merupakan seorang muballigh Kristian yang pada waktu sama menjalankan praktik homeopati. Usaha beliau berlangsung serentak ketika beliau mulai menjadi mubaligh pada tahun 1925.

3. Allahyarham Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (1911 - 1969)

Beliau dianggap pelopor homeopati terulung negara. Sebelum berikhtiar mencari pelajar dan memulakan kelas pengajian homeopati, beliau telah berjaya menterjemah buku homeopati karangan Prof A.S. Rajah ke dalam bahasa Melayu bertulisan jawi pada tahun 1935. Buku tersebut diberi nama Keputusan Elmu Dukun. Beliau bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) yang ada sehingga ke hari ini. Cerita bagaimana beliau mengembangkan homeopati boleh rujuk rencana berikut.

4. Allahyarham Prof Dr Hj Mohammed Yacob (1918- 2007)

Beliau dianggap pewaris awal ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Burhanuddin al-Helmy. Beliau menubuhkan Dewan Perubatan Homeopathy Singapura pada tahun 1950an. Kemudian berpindah ke Johor Bahru pada tahun 1978. Pada tahun 1979 beliau menubuhkan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia dan meneruskan aktiviti mengajar dan menyebarkan homeopati. Cerita lanjut, .

5. Allahyarham Prof Dr Hj Mohammed Noor bin Nordin  (1929 - 1994)

Allahyarham merupakan Presiden PPHM ke dua iaitu dari tahun 1969 hingga 1982). Beliau dan Prof Dr Mohammed Yacob lah yang menggerakkan penubuhan Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia (MHKM) sebelum ianya dibubarkan dan digantikan dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Ce .rita sumbangan beliau juga boleh dirujuk laman,

6. Allahyarham Prof Dr Abdul Ghani bin Sulaiman (1925 - 1985)

Beliau merupakan Presiden PPHM ke 3 selepas Dr. Mohammed Noor bin Nordin. Sewaktu menjadi Presiden, beliau dikatakan banyak menggerakan kursus-kursus intensif homeopati.

7.  Allahyarham Prof Dr Hj Md Dali bin Muin (1935 - 1992)

Beliau merupakan Presiden ke 5 PPHM (1989 - 1977). Beliau giat dalam penulisan artikel-artikel homeopati serta mengendalikan kelas homeopati untuk PPHM. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung PPHM dari tahun 1972 - 1977.

8. Allahyarham Prof Ir. Dr Hj Ahmad Khan bin Said (1946 - 2016)

9. Allahyarham Dr (H) Abdul Rahman bin Hj Hashim

10. Allahyarham Prof Madya Dr Hanapi bin Mohd Noor(1946 - 2016)

11. Allahyarham Dr (H) Hj Mohamed bin Mohd Noor (1939 - 2015)

12. Allahyarham Dr (H) Hj Ibrahim bin Mohammad (1947 - 2007)

13. Allahyarham Dr (H) Mohd Khan bin Subari (1948 - 2013)

14. Allahyarham Dr (H) Mohammed Osman bin Abul Nasir (1948 - 2015)

15. Allahyarham Prof Dr (H) Hj Azizan bin Ismail (1949 - 2007)

16. Allahyarham Prof Dr (H) Nik Omar bin Nik Daud (1950 - 2012)

17. Allahyarham Prof Dr (H) Razali bin Mohd daud (1952 - 2014)

18. Allahyarham Prof Dr (H) Zuhairni bin Abdul Ghani (1962 - 2015)

 

Sekian. Wa salam.

Referens:

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016