Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

 

PENGHASILAN YANG MEMBERI IMPAK:

AZAM SAHAJA TIDAK CUKUP

(Esei HBI - HOMEOLIBRARY)

 

oleh:  Huzaini Ibrahim

PENGENALAN:

Hidup Harus Memberi Impak

            Untuk menjadikan hidup kita bererti, kita harus melakukan sesuatu yang memberi impak. Setiap kali datang tahun baru, majoriti daripada kita menanam hasrat melakukan ataupun mencapai sesuatu. Tetapi... Apakah ianya tercapai? Persoalan yang lebih besar lagi ialah, "Apakah objektif yang dicita-citakan itu memberi impak kepada kehidupan anda, masyarakat, negara ataupun dunia anda? Apakah ianya juga memberi impak positif di alam yang satu lagi?.

Dalam keusahawanan bumiputera di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari merupakan individu yang memberi impak paling besar. Beliau berada di nombor teratas dalam senarai orang Melayu paling kaya di Malaysia atau dunia. Dalam tahun 2016, kekayaan beliau sudah mencecah ASD1.45 biion. Kita juga pernah mendengar cerita sdr Irfan Khairi disohorkan sebagai jutawan internet termuda di Malaysia, dalam usia 26 tahun. Artis Neelofa juga mungkin menempah nama yang besar kerana beliau berjaya membuat "sales" sebanyak RM150 juta pada tahun 2015.  

Semua itu berlaku bukan semata-mata justeru azam tahun baru. Kalau ianya semata-mata kerana azam tahun baru, tentu telah ramai yang menempah nama. Tetapi mereka yang telah mencetak nama ini adalah orang yang komited terhadap azam yang dibuat, fokus, berusaha gigih dan berhasrat memberi impak sama ada dalam kehidupan mereka ataupun kepada negara, masyarakat dan dunia di mana mereka hidup.

Impak Dalam Sejarah Homeopati Di Malaysia

        Dalam bidang homeopati, sudah pasti Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah tokoh Melayu pertama yang memperkenalkan homeopati secara besar-besaran. Selain sumbangannya dalam perjuangan politik tanah air, beliau adalah orang pertama yang mendidik dan membuka kuliah secara teratur, dan kemudiannya menubuhkan persatuan homeopati pertama di Malaysia.

Ramai juga orang lupa dan meminggirkan Dr. Azizan Hj Ismail. Beliau mempunyai cita-cita yang besar dan cita-citanya itu memberi impak sekuat Dr. Burhanddin sehingga ke hari ini dalam segmen yang berbeza.

Dr. Azizan tidak mempedulikan segala tohmahan dan kritikan negatif selama bertahun-tahun. Dia gigih berusaha dan menumpukan kepada minatnya sehingga berjaya menubuhkan kolej homeopati sendiri, kilang homeopati bertaraf GMP dan menghasilkan pelbagai produk homepati yang berdaftar. dengan KKM Oleh kerana beliau adalah orang pertama yang terlibat dalam keusahawanan homeopati, maka beliau menjadi orang yang berjaya mencipta nama sebagai jutawan homeopati..

Sebagaimana nama Dr. Azizan Hj Ismail, mungkin nama pengamal Zainur Azmi Mohamad dan Dato' Dr. Suriyakhatun juga akan terus diingati kerana kejayaan mereka (bersama-sama MPHM) memartabatkan homeopati. Kita dapat menikmati hasilnya di hari ini adalah justeru kegigihan mereka bagi merealisasikan kurikulum homeopati dan menjadikan ijazah homeopati diiktiraf oleh MQA. Walaupun orang boleh mempertikaikan kerana ijazah itu dikeluarkan oleh institusi yang asing dan bukan milik Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM), namun hakikatnya ialah mereka berjaya meletakkan Malaysia sebagai tempat belajar homeopati pertama secara formal di rantau Asia Tenggara.

Kegiatan Menambahkan Sumber Rujukan  Homeopati 

            Meskipun perkembangan pengajaran dan pembelajaran ilmu perubatan homeopati berlangsung dengan agak rancak, tetapi perkembangan buku-buku rujukan homeopati dalam bahasa Malaysia tidak serancak yang sepatutnya. Kita ada sumbangan buku-buku homeopati daripada Prof Dr. Mohamad Yacob, sdr Prof Dr Hj Ahmad Khan Said, sdr Mohamad bin Jolhi, dan beberapa pengamal yang sekurang-kurangnya telah menulis sebuah buku dan berjaya menempah nama sebagai penulis buku homeopati.

HBI Health & Homoeopathy Centre pernah menawarkan kepada beberapa orang pengamal untuk menulis bagi tujuan mendapatkan sumbangan artikel atau penulisan buku-buku homeopati untuk diterbitkan. Malangnya, hanya sekelumit pengamal yang menyatakan kesanggupan. Akhirnya, artikel yang dihantar hanya sempat diterbitkan sekali sahaja, iatu di dalam buku Esei-esei Milenium Baru pada tahun 2005.

Penulisan buku-buku homeopati seperti juga dalam bidang-bidang lain memerlukan azam yang kuat, masa, fokus, usaha bersungguh-sungguh dan pengorbanan yang bukan sedikit. Lebih penting lagi ialah ilmu ini tidak boleh ditulis oleh sasterawan, guru biologi, doktor perubatan biasa, wartawan atau siapa sahaja. Untuk menulis buku-buku berkaitan homeopati, seseorang itu harus juga mempunyai ilmu dalam perubatan homeopati beserta sekurang-kurangnya sedikit pengalaman atau ilmu dalam bahasa atau penulisan.

Satu perkara penting, kita tidak boleh mempunyai semua pengamal yang menulis buku-buku berkaitan subbidang yang sama. Umpamanya, semua orang ingin tulis berkaitan materia medika sahaja, tentang rawatan penyakit atau penulisan falsafah homeopati secara umum sahaja. Lambakan buku-buku yang menulis berkaitan isu yang sama tidak akan banyak membantu menambahkan atau memperkayakan khazanah ilmu perubatan homeopati.

Jadi siapakah yang sanggup meletakkan azam baru 2017 bagi menulis sebuah buku homeopati yang memberi impak besar?.

Penulis Prolifik Sepanjang Dua Dekad

            Pada hari ini kita hanya mempunyai seorang penulis buku-buku homeopati dalam pelbagai genre ilmu homeopati iaitu Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Beliau telah menulis sebelas buah buku homeopati sepanjang dua puluh tahun dengan meneroka beberapa subbidang. Mungkin beberapa bidang telah dikumpulkan dalam buku pertama beliau "Perubatan Homoeopati" pada tahun 1997. Dan jika beliau meneruskan tulisan berkaitan perkara yang sama, mungkin orang tidak lagi melanggan buku-buku yang ditulis oleh beliau.

Alhamdulillah, meskipun beliau tidak berjaya menulis buku homeopati sebuah buku setahun seperti hasrat asal beliau, tetapi penerokaan beliau menulis dalam beberapa tajuk yang berbeza itu telah menambahkan kepelbagaian dalam penulisan buku-buku ilmu perubatan homeopati. Justeru, kini Malaysia sudah mempunyai beberapa tajuk buku-buku homeopati dalam subbidang yang berbeza.

Beliau telah menulis berkaitan:

1. Ilmu Perubatan Homeopati secara menyeluruh (Sejarah dan falsafah, first-aid, biokimia, ringkasan farmasi, penawar dan hubungan homeopati dengan Islam) - "Perubatan Homoeopati" 1997 dan Homeopati: Perubatan alaf Baru 1999.

2. Penyakit dan Rawatan (terapeutik) - Penyakit Kanak-kanak dan Rawatan Homeopati (2003) dan Simptom-simptom Penyakit dan Rawatan Homeopati (2013).

3. Materia Medika - Penawar Homeopati Pilihan (2000) dan Materia Medika Terapeutik Teew (2015).

4. Pertolongan Cemas Homeopati - Rawatan Asas Homeopati (2001)

5. Kamus & istilah - Kamus Istilah Perubatan Homeopati (2009).

6. Falsafah - Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati (dengan memasukkan karya Dr. Burhanuddin sekali - 2011)

7. Lain-lain: Kumpulan Esei Homeopati dan Tip-tip Motivasi dan Minda.

Justeru, tidak hairanlah jika majoriti pengamal dan peminat buku-buku homeopati mengenali beliau. Juga kerana itu, tidak salah jika kami nobatkan beliau sebagai penulis atau pengamal homeopati paling prolifik di Malaysia, bahkan di Asia Tenggara atau Nusantara.

Bahkan inilah modal bagi kami melariskan produk kami sama ada yang berupa buku-buku mahupun penawar kombinasi dan makanan kesihatan. Ia memberi imej dan impak supaya kami turut memperoleh pendapatan bagi mengeluarkan lebih banyak buku-buku homeopati. Kerana itu, dengan izin, kami telah menggunakan imej beliau bagi mempastikan produk Pau-Ana mendapat tempat dan keyakinan di hati pengguna.

Bersama Berikan Impak Untuk Tahun 2017

            Hari ini merupakan hari pertama tahun 2017. Apakah azam dan cita-cita yang anda ingin lakukan supaya memberi impak atau manfaat kepada kehidupan yang pendek ini?

Sdr Mohamed Hatta menyatakan bahawa ini tahun terbesar dalam kerjayanya menulis buku-buku homeopati. Katanya, beliau ingin menghasilkan dua buah buku homeopati sekaligus pada tahun ini. Tetapi, cita-cita paling besar beliau ialah untuk mempastikan inisiatif beliau menterjemah buku Organon of Medicine menjadi kenyataan. Jika kami berjaya menerbitkan buku Organon tersebut, ini bermakna beliau telah menempah nama sebagai penulis kepada karya agung Organon Perubatan Homeopati pertama dalam bahasa Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa pada masa sama, beliau ingin menyambung kembali usahanya yang tertangguh, iaitu menjadi Master Trainer dalam pendidikan atau pengajaran homeopati Online. Beliau merupakan orang pertama mengajar homeopati secara online iaitu mulai pada tahun 2001 dahulu. Usaha itu terhenti disebabkan beberapa faktor, dan kini beliau akan memulakan kembali pada tahun 2017. (Bahkan sudah ada pelajar barunya, jelas beliau)

Sekarang bagaimana dengan anda yang lain? Apakah peninggalan terhebat yang anda ingin tinggalkan sebagai kenangan atau penangan buat tahun 2017 yang baru bermula?

 

Usaha Penulisan Boleh Bermula Dengan Catatan Dalam FB

            Oleh kerana dunia hari ini sudah kian canggih dan semua orang menulis setiap hari di dalam facebook, bagaimana jika kami sarankan anda bermula dengan menghasilkan tulisan daripada catatan FB anda? Setiap hari satu idea dicatat. Mungkin 365 hari, anda sudah memiliki 365 idea untuk diterbitkan dan dijual kepada umum.

            Boleh?? Sekian daripada Kami di HBI.

Referens:

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
huzib123@gmail.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016