HBIsmall.gif (2167 bytes)  Repertory / Materia Medica

PENGENALAN
HOMEOPATH VIRTUAL HBI
Konsultan HBI / Pengendali Website HBI-MHCL

BIOGRAFI


Mohamed Hatta Abu Bakar,H.M.D.

     Mohamed Hatta Abu Bakar HMD, lahir pada tahun 1959 dan berasal daripada Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Ismail Putra dan Sekolah Menengah Kota Bharu. Beliau sempat mengambil dan lulus Sijil Tinggi Persekolahan, HSC. Pada tahun 1980, beliau telah ditawarkan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Selepas berjaya memperoleh Bachelor of Arts (1983) daripada Eastern Illinois University, beliau meneruskan pengajian ke Western Michigan University sehingga berjaya menamatkan pengajian Master of Arts (1985).

            Pada tahun 1987 sewaktu bertugas di Kuala Terengganu, beliau kecewa dengan prosedur dan kaedah rawatan perubatan moden yang diamalkan semasa beliau dirawat di hospital besar Kuala Terengganu selama seminggu. Keadaan tersebut menggerakkan beliau untuk mencari satu bentuk rawatan alternatif yang lebih holistik. Beliau bertemu dengan Dr. Teew Lian Eng (Akademi Homeopati Kuala Terengganu) pada tahun 1990 dan seterusnya memasuki kuliah selama setahun mulai awal tahun 1991. Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap perubatan homeopati serta sokongan kuat daripada keluarga, beliau melanjutkan pelajaran secara distance learning dan mendaftarkan diri dengan The British Institute of Homoeopathy. Akhirnya beliau dianugerahkan Diploma of the Institute of Homoeopathy (1994) dan Doctorate of Homoeopathic Medicine (1996).

           Beliau merupakan seorang penulis homeopati yang prolifik. Banyak artikel-artikel berkaitan homeopati pernah diterbitkan di dalam majalah di Malaysia. Sehingga tahun 2003, beliau telah menulis buku Perubatan Homoeopati (1997), Homeopati Perubatan Alaf Baru (1999), Penawar Homeopati Pilihan (2000), Penyakit Kanak-kanak dan Rawatan Homeopati (2001), Rawatan Asas Homeopati (2002), dan bersama dengan penulis lain menghasilkan beberapa esei di dalam Esei-esei Milenium Baru (2003).

          Terbaru, beliau telah menghasilkan Tip-tip Minda dan Motivasi (2008), Kamus Istilah Perubatan Homeopati (2010) dan Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati (2011). Sebahagian daripada tulisannya juga telah disiarkan di dalam laman web antarabangsa Peranchis Homoeopathe International.

           

HBI Health & Homoeopathy Centre.
Bahagian Penerbitan HBI, 2011.

 

CD Copyright 2011 updated originally 2003 HBI Health & Homoeopathy Centre

Repertory