MALAYSIA HOMEOPATHY CYBER LIBRARY DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.drhatta.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

LAMAN UTAMA/KEMBALI

APAKAH SUMBANGAN ANDA KEPADA HOMEOPATI?

14 Disember 2011 - edited 18 Dis. 11

 Semalam kami siarkan pandangan konsultan kami tentang "Apakah sumbangan anda kepada sistem perubatan homeopati (@ homeopathy)" di dalam site drhatta.com. Ini merupakan persoalan yang seharusnya sudah tersemat di dalam sanubari setiap pengamal, pendokong maupun pejuang perubatan homeopati di bumi bertuah bernama Malaysia ini.

  Kita tidak pasti berapa ramai yang sanggup melontarkan soalan ini kepada diri masing-masing. Mungkin tidak ramai. Maklum saja, para pengamal ataupun ahli persatuan homeopati di sini teramat sibuk.

  Jika tidak sibuk dengan tugas di klinik, mungkin kita disibukkan dengan kerja-kerja persatuan ataupun dengan famili masing-masing. Mungkin juga sibuk dengan pekerjaan sambilan lain atau tugas-tugas lain yang diperlukan bagi melanjutkan kelangsungan hidup atau hidup bermasyarakat. Ataukah mungkin sibuk dengan facebook?

  Apakah maknanya keberadaan kita di dalam jagat ketamaddunan homeopati jika hanya sibuk dengan rutin harian, sehingga apabila kita pergi meninggalkan bumi ini, kita tidak menjadi siapa-siapapun? Tiada apa yang kita tinggalkan dan tidak ada sebab untuk rakan-rakan, masyarakat ataupun generasi akan datang mengingati kita justeru sumbangan atau legasi kewujudan kita.

  Kami percaya ada di antara kita sedang mengukir nama supaya diingati dan dimasyhurkan, khususnya ketika waktu beliau masih mampu menikmati kemasyhuran itu. Alhamdulillah sekiranya ada dan alangkah baiknya lagi jika legasi itu terus hidup hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

  Contohnya, jika kita menubuhkan persatuan kita meninggalkan persatuan itu yang kekal dan terus hidup; jika kita ajar atau pesankan ilmu, ilmu itu terus disampaikan kepada anak-anak dan keturunan berikutnya; jika kita tinggalkan karya atau bahan tulisan, hasil karya itu terus tersebar dan menjadi rujukan generasi kemudian, jika kita menghasilkan produk atau rangkaian panel @ syarikat, semua itu masih berkekalan meskipun kita telah lama meninggalkan alam ini.

  Itulah dia bentuk sumbangan yang kami maksudkan di sini. Dan sumbangan itu menjadi arkib sejarah. Bahkan lebih baik lagi jika sumbangan itu mempunyai nilai pahala akhirat yang sambung-menyambung memberatkan timbangan amal jariah kita di bumi Allah ini.

  Selain daripada itu, tidak ada gunanya kita bercakaran, mendabik dada dengan sijil yang tidak seberapa, angkuh dengan jawatan dalam persatuan atau dengan gelaran doktor atau presidensi, sombong dengan ilmu tetapi tidak menyampaikan, beriri hati dan masih terus mengamalkan sifat-sifat serta amalan yang tidak membina, melainkan untuk diri dan kehidupan duniawi semata-mata.

  Catatan ini boleh diambil sebagai iktibar bagi mereka yang berfikiran positif dan sentiasa mengintrospeksi diri untuk menjadikan diri bertambah baik. Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

  Ia juga boleh menjadi pembakar perasaan amarah buat mereka yang berfikiran negatif dan tidak gemar diingati, ditegur atau dipersoalkan.

  Namun itu semua tidak penting. Yang paling mustahak ialah semua kita harus menyoal diri kita (kerana jawapan ada di dalam diri) tentang perkara ini - apakah sumbangan anda kepada atau selama berkecimpung dalam ilmu perubatan peninggalan mendiang Dr. Samuel Hahnemann atau Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy ini?

  Persoalan ini tentunya secara khusus dan pertama-tama sekali ditujukan kepada saya selaku penulis catatan ini.

  Paling tidak, jika ramai di kalangan ahli homeopati kita berfikiran begini, kita akan mempunyai beberapa peratusan individu yang bakal menempa sejarah dan meninggalkan bekasan bermakna apabila meninggalkan bumi Malaysia ini. Dan inilah yang bumi bertuah perlukan dalam era ini.

Ini dia link catatan konsultan kami dalam www.drhatta.com.

   Sekian. Wa Llahu a'lam. 

 -  Admin homeolibrary.com.

 

Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre

Updated: 14 Disember 2011

/