MALAYSIA HOMEOPATHY CYBER LIBRARY DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.drhatta.com - consultant SINCE 2001

Komen anda tentang website ini, emelkan ke: drhatta3@yahoo.com.  Hubungi segera: 013-980 2991

Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

 

 

LAMAN_HOMEO LIBRARY/KEMBALI

 

 

Hari Kedua 1st International Conference on Homeopathy 

1st International Conference on Homoeopathy  pada pagi ini bermula dengan sesi pembentangan mengenai “Training, Education and Practice of Homeopathy’. Kertas kerja ini disampaikan oleh Dr. Suriyakhatun Osman, pensyarah kanan pengajian homeopati di Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS).

Pada mulanya beliau melahirkan perasaan betapa sukarnya memulakan program kursus perubatan homeopathy di CUCMS justeru tidak pernah terdapat kursus seumpama itu di Malaysia.

Menurut Dr. Suriyakhatun, beliau memikul tugas itu dalam situasi di mana persatuan homeopati di Malaysia bergerak secara low-profile dan sehingga pada waktu ini hanya terdapat tiga orang pengamal homeopati yang terdiri daripada doktor perubatan biasa. Beliau membicarakan topik "Education & Training In Homeopathy" (A case of Malaysia).

Tajuk seterusnya di sampaikan oleh Dr. Peter Fisher dari Royal London Hospital for Integrated Medicine. Dalam kertas kerja beliau, beliau memperkatakan mengenai pengalaman United Kingdom dalam mengintegrasi homeopati dalam sistem perubatan konvensional.

Dalam tajuk "Integrating Homeopathy Into National Health System", Beliau mengatakan bahawa antara sebab-sebab integrasi itu ialah kerana keperluan kepada mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan moden, kehendak kepada rawatan menyeluruh yang lebih ekonomi, keinginan kepada sistem rawatan yang lebih selamat, kerana ingin mengembalikan seni kesembuhan dalam amalan perubatan dan juga kerana masyarakat inginkan suatu rawatan yang lebih prihatin terhadap pesakit.

Akhir-akhir ini memang rawatan tradisional, khususnya homeopati mengalami tekanan akibat usaha-usaha kerajaan yang ingin membuat pelbagai kawalan dalam pengeluaran ubat-ubatan dan amalan pengamal-pengamal yang dikategorikan sebagai tradisional. Kata beliau, sangat banyak pengamal-pengamal tradisional yang timbul dalam sekelip mata justeru ketiadaan kawalan. Justeru kawalan amat diperlukan.

Meskipun homeopati jauh berbeza dan penemuannya berasal daripada seorang doktor perubatan konvensional di Barat, namun ianya turut menerima tekanan yang sama. Ini berlaku kerana ia turut dikategorikan sebagai sama sahaja dengan perubatan lain yang dianggap tidak saintifik.

Oleh kerana akta baru bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dengan kawalan yang lebih ketat terhadap pengamal, kertas kerja ini disampaikan sendiri oleh Dr. Ramli Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari (T&CM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Tajuk kertas kerja yang berhubung dengan penambah-baikan peraturan dan amalan disampaikan di dalam tajuk "Current & Future Regulation for T&CM Practitioners".

Satu isu yang menarik disampaikan semasa sesi plenary ialah kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Gustavo Bracho dari Cuba. Beliau memperkatakan mengenai penggunaan rawatan vaksinasi dan pencegahan profilaksis homeopati di bawah tajuk "Vaccines And Homeoprophylaxis: Experience and Potentials".

Menurut beliau, profilaksis homeopati (homeoprophylaxis) yang digunakan telah menunjukkan kejayaan dalam eksperimentasinya di Cuba. Kejayaan ini merupakan suatu perkara yang harus dilihat secara positif oleh kerajaan Malaysia. Jika kerajaan Malaysia juga boleh melaksanakannya tanpa prasangka, pastinya kita tidak akan terlalu bergantung kepada perubatan dan ubat-ubatan konvensional.

Kejayaan serupa ini juga telah dibuktikan secara saintifik seperti kehendak perubatan Barat apabila kajian berasaskan evidens (evidence based research) berkaitan penawar-penawar homeopati dijalankan. Tidak mungkinlah dengan kesan-kesan serupa itu, ia hanya semata-mata placebo. Demikian dijelaskan oleh Kate Chatfield, yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Systematic Review of the Research Evidence for Homeopathy in the Treatment of Allergic Rhinitis."

Kemudiannya Dr. Issac Golden membicarakan pula dua tajuk berkaitan Homeoprophylaxis (HP) serta kemampuannya dalam melawan epidemik (epidemics). Kata beliau, oleh kerana ekperimen yang dilakukan berpotensi mencapai kejayaan beliau mengesyorkan supaya Malaysia memberanikan diri mencubanya.

Kata beliau, "It will provide a viable immunisation strategy for Malaysian Health officials to employ (HP) in the absence of a proven Dengue vaccine. It will placed Malaysia at the cutting edge of research into the prevention of infectious diseases".

Kemudian beliau mengutip pula kata-kata Hahnemann dalam buku Hahnemann Lesser writings yang berbunyi, "If we observe attentively we shall perceive that wise nature produces the greatest effects with simple, often with small means. To imitate her in this should be the highest aim of the reflecting mind."

Dan sebelum beliau mengakhiri pembentangan beliau, beliau juga memetik satu ayat daripada al-Qur’an yang menunjukkan betapa Allah Maha Mengetahui dalam setiap perkara berhubung kejadiannya. Jadi tidak perlulah kita berbangkangan (berkelahi) tentang perkara-perkara yang kita tidak tahu secara keseluruhannya.

Dalam homeopati, jelas amalannya tidak melupakan unsur-unsur rohaniah. Itulah amalan perubatan yang ditinggalkan oleh Dr. Hahnemann yang berbeza dengan amalan perubatan konvensional .

Apabila sekali lagi Kate Chatfield, selaku homeopath profesional kembali membentangkan kertas kerjanya, beliau menekankan mengenai keberkesanan remedi-remedi homeopati yang seharusnya diterima seadanya.  Ini adalah kerana ianya memang terbukti berkesan, dan tidak sama sekali seperti placebo.

Tajuk kertas kerja beliau kali ini ialah "The Nature of Evidence and Homeopathy".

Beliau turut menayangkan slaid yang menyatakan sesiapa yang percayakan Tuhan pasti percaya akan homeopathy. Juga katanya,

"The history of science tells us that there have always been things that could not be explained according to currently held scientifc experience. Homeopathy might be considered an example of an anomaly (a term given by Thomas Kuhn) ."

"It is normal for people who try to work with these anomalies to be marginalised as an emergence of a new paradigm is painful for those with vested interests in the existing paradigm."

Pembentangan terakhir pada hari kedua ini disampaikan oleh dua tokoh terkenal, iaitu Dr. Alastair Gray dari Australia dan Dr. Aadil Chimthana-wala dari India.

Pembentangan yang diberikan oleh Dr. Aadil Chimthana-wala turut memukau peserta dengan pengalaman-pengalaman rawatan beliau yang berjaya bagi menangani masalah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Ini merupakan antara penyakit yang dilarang dirawat oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia.

Tepat jam 5.30 petang 1st Conference on Homeopathy akhirnya terpaksa ditutup. Sebarang soal-jawab tidak dibenarkan lagi.

Ucapan penutup telah disampaikan oleh by Hp. Zainul Azmi Ahmad, Presiden Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia (Malaysian Homeopathic Medical Council -MHKM). Kemudian majlis diakhiri dengan upacara tanda-tangan ke atas baner ICHOM, penyampaian cenderaqmata serta penggambaran bersama barisan pembentang kertas kerja. 

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

17th July 2011

 

 

 

©HBI Health & Homoeopathy Centre 2011