Menu        

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

MATERIA MEDIKA

12 UBAT BIOCHEMISTRY

 

Oleh:

Dr. Mohd Nor Noordin, J.P.

: Presented by: Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

 

 

 

KALI MURIATICUM

RINGKAS: KALI – MUR

LOKASI

LAPISAN KULIT EPITHELIUM DI KAWASAN-KAWASAN:

- KERONGKONG. SALURAN TEMBOLOK.

- Eustachian Tube: Saluran pendengaran, atau di pembuluhan pendengaran.

- Kawasan di tengah-tengah organ pendengaran, di tengah-tengah telinga.

- Kelenjar lendir.

- OTOT-OTOT. SENDI-SENDI. Bahu (kanan).

- Sebelah badan sakit melarat sebelah kiri.

- Sakit-sakit selang ganti bahagian badan. Crosswise. Tangan kanan, kaki kiri, atau kaki kanan tangan kiri.

 

SEMBOYAN KUNCI

1. Semboyan KEPUTIHAN. KEPUTIH-PUTIHAN MACAM SUSU. Lidah putih, bibir pucat keputihan, lidah selaput putih.

2. Lendiran yang keluar berwarna PUTIH. Berbuku keras.

3. Sakit-sakit ngilu, macam dikerat dipotong-potong. Mencucuk-cucuk dan sakit beralih-alih dari satu organ ke organ lain.

4. Ubat ini pembantu utama selepas Ferr – ph. Sakit-sakit yang lemah dan lambat reaksi Kuasa Hayatnya.

5. Sakit membengkak; kelenjar membengkak. Bengkak kelenjar di peringkat kedua.

6. Rasa sakit merayap, dan RABAS.

7. Mental gelisah. Pemarah. Mudah terperasa. Irritate.

8. Tak berterima kasih. Hilang kemahuan – Discourage.

9. Takut, penakut. Takutkan hantu jembalang. Duduk senyap-senyap takutkan hantu.

10. Sakit telinga. Nanah keluar dari telinga warna putih. Telinga penuh selupat akibat sakit dari saluran tekak.

11. Sakit tekak. Tonsil membengkak dan membesar. Sakit. Sakit tonsil payah bernafas. Kelihatan bertumpuk kelabu atau keputihan di kawasan tonsil. Sakit tonsil mengeluarkan lelehan putih, bertali dan berbenang.

12. Sendi buku lali membengkak.

13. Perut terasa terik lepas makan. Senak. Perut rasa berat waktu malam.

14. Sakit tonsil yang kronik, disertai dengan semboyan perut. Perut muntahkan makanan berlemak – rich food.

15. Sembelit, yang degil, dan mulut rasa pahit.

16. Buasir. Darah hitam gelap, dan lendir tebal dan berbuku-buku.

17. Najis pucat, keputihan.

18. Cirit-birit timbul lepas makan makanan berlemak.

19. Dubur sakit waktu najis keluar. Ngilu.

20. Nafas sempit. Payah bernafas, rasa dada terhimpit. Dada rasa terhimpit waktu bernafas.   Lemah getaran paru-paru.

21. Demam paru-paru bronchial. Bronchitis. Lendiran keluar dari mulut, akibat demam bronchial. Lendir pekat keputihan, dan keras.

22. Batuk dan demam paru-paru berbentuk batuk kering, disertai dengan ludah pekat putih.

23. Lelah, asma dengan semboyan ludah putih. Disertai semboyan perut. Keadaan alat cerna lemah bersama semboyan paru-paru. Lelah atau bronchitis. Berpunca semboyan keputihan, putih ludah, putih dan kental.

24. Sakit KEPUTIHAN. LEUKORRHEA. Haid ditunda dengan keputihan. Kental dan mengeras, tanpa menggatal. Keputihan saja yang keluar tidak diikuti dengan rasa pedih atau gatal.    Keputihan banyak keluar.

25. Keputihan, dan buah dada keras, dan sakit waktu haid, atau sebelum datang haid.

26. Muntah ibu mengandung pagi hari. Muntah-muntah putih. Lelehan yang keluar putih.

27. Rahim sakit ulser. Di pintu rahim juga sakit, dipastikan dengan keluar lelehan putih, keputih-putihan.

28. Sakit bisa Reumatik, Arthritis, berikutan dengan semboyan LIDAH PUTIH BERSELAPUT, atau BERSELAPUT PUTIH.

29. Demam hidung berair. Badan sejuk seram. Gigil kesejukan menambah melarat demam akibat tiupan angin, walaupun tiupan angin bayu, yang tidak kencang.

30. Demam sejuk berterusan. Demam muntah-muntah, badan sejuk seram. Mengurang bila diselimut panas. Muntah keluar keputih-putihan.

31. Kulit melecuh. Lecuhan kena kebakaran, kena api. Kelihatan lecuhan timbul putih, memutih-mutih.

32. Lecuhan demam akibat tanam cacar. Timbul lecuhan di kulit.

33. Sakit kulit, kudis yang kronik, kedapatan seluruh kulit berdebu PUTIH. (Record Hospital –Incurable Eczema). Cacatan: Satu kes idapan sakit kulit yang kronik, telah mengidap lebih 20 tahun. Saya bersama Almarhum Prof. Dr. Burhanuddin. Kali – mur 30, tiga kali sehari selama seminggu. Ditunda Kali Mur 200, dua kali sehari, selama satu minggu. Terus sembuh.

       Berlaku 1954: Kaki Bukit, Singapore. Malaysia Health Centre. 107, Jalan Sultan, Singapore.    (rujukan). CLINICAL CASE.

34. Sakit-sakit akibat terpukul, terjatuh, kemalangan, senjata tajam terpotong, luka dan membengkak.

35. Sakit gatal, Shingles, lupus, measles, campak dan cacar air. Batuk rejan dan kelenjar  membengkak akibat kesan sampingan sakit tersebut. Keputihan lidah dan tumbuhan di kulit, menjadi semboyan UTAMA.

36. BENGKAK, SEMBAB akibat sakit jantung. Hati – liver, atau sakit buah pinggang. Buah pinggang kotor.

MODALITIES

1. MELARAT:

1.1. SEJUK: MINUMAN SEJUK. UDARA SEJUK, tiupan angin sejuk.

1.2. Tempat tidur, akibat panas tempat tidur.

1.3. MALAM. Berbaring.

1.4. LEMBAB. Cuaca lembab.

1.5. Bergerak. Bekerja keras. Berkuat-kuat.

1.6. Makan berlemak. Makanan yang banyak lemak. Makanan yang kaya dengan berbagai zat.

        RICH FOOD.

1.7. Waktu haid.

2. MENGURANG:

2.1. Minuman sejuk.

2.2. Digosok-gosok. Dipicit-picit.

2.3. Membiarkan rambut gugur.

PENAWAR SAMBUNGAN

Amat berkesan penyembuhannya selepas Ferr – ph. Terutama bagi ibu bersalin, elok ditunda Ferr – ph, China, Ferr – ph, Kali Mur, selepas Arnica. Kemudian ditunda dengan Calc – s, dan Calc – ph.

Bagi ibu hamil bila terdapat kelemahan kekurangan Infinitesimal Besi, Ferr – ph, harus diutamakan Ferr – ph dan ditunda dengan Kali Mur. Kemudian diberikan Kali ph. Diselang-selikan dengan Calc – f, Calc –ph.

Selepas Kali Mur elok ditunda dengan Calc – s.

Penawar Homeopathy yang selari dengan semboyan Kali Mur ialah Puls dan Bry, dalam semboyan yang bertali menali. Sila rujuk.

POTENSI:

Pada dasarnya semua Penawar Biochemistry, berlaku keberkesanan penyembuhannya potensi 3x, 6x, 12x, 30x, dan 6, 12, 30.

Manakala potensi telah diberikan lebih dari 30, harus berdiri di atas Dasar Homeopathy.

  


[Petikan Kuliah Materia Medika Biokimia tulisan Prof Dr Mohd Nor Noordin - dipersembahkan oleh Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)]

   

Contact:
homeohbi@yahoo.com


Virtual selection © HBI Health & Homoeopathy Centre 2012