Menu        

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001 (Reorganized)

PANDUAN MEMAHAMI MATERIA MEDICA

12 UBAT BIOCHEMISTRY

 

Oleh:

Dr. Mohd Nor Noordin, J.P.

: Presented by: Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

 

 

 

i. Keunggulan dan keistimewaan rawatan Homeopathy bergantung kepada kecekapan dan kemahiran pengamalnya yang mampu memilihkan penawar Homeopathy yang tepat. Tepat pemilihan penawar dan tepat pula pemilihan potensinya. Kemahirannya akan membolehkan pengamal itu memainkan peranan memberikan penawar sambungan dan dos yang diperlukannya. Andainya pengamalnya yang bijaksana, kemampuannya bukan saja mampu mendapatkan Similimum di peringkat permulaan malah mampu meneruskan penguasaan Similimum dalam menyudahkan dan menyelesaikan rawatan, terutama pesakit yang telah lama mengidap sakit, yang benar-benar bergantung harapan agar dia dapat diberikan rawatan yang baik, semoga keunggulan dan keistimewaan rawatan Homeopathy dapat dinikmatinya.  

 ii. Buku Materia Medica ini disusun, adalah dengan tujuan memberikan panduan dalam Kuliah Homeopathy yang dianjurkan oleh HOMEOPATHIC MEDICAL CENTRE, telah bermula sejak tahun enam puluhan. Susunan ini memberi peluang setiap Pengamal Homeopathy dapat memudahkan memahami dan mengingati setiap penawar untuk dimanfaatkan kepada pesakit yang amat mengharapkan rawatan.    

iii. Perkara pokok dan yang terpenting dalam memahami Materia Medica ialah memahami daya penyembuhan setiap penawar selalunya berfungsi menerusi beberapa Organ dengan bentuk Semboyan Utamanya atau Semboyan Kuncinya. Setiap penawar mempunyai identiti yang bersendirian, yang berasingan, membezakannya dengan yang lain dalam bentuk

     Modalitisnya. Modalitis ialah pengaruh alam yang ada hubungannya dengan semboyan subjektif pesakit. Yang harus diperhatikan, bahawa peranan MASA, TIME yang ada kaitannya dengan LAPANG-SPACE. Masa dan Lapang adalah sebahagian dari hidup dan hidup kita berada dalam keadaan MASA dan LAPANG. Setiap penawar tidak dapat dipisahkan dengan Masa dan Lapang, Cuaca dan Udara, bergantung kepada masa dan musim sebab musim juga adalah dalam masa. Gerak dan diam, gaya posture dan di waktu minum, dahaga, disentuh dan dipicit perkara tersebut amat rapat kaitannya dengan Modalitis yang harus diberikan perhatian dalam mempelajari setiap Penawar, Modalitis yang menjadi pengesahan penentuan Semboyan Kunci.

iv. Semboyan Kunci, Key Notes, adalah Semboyan Subjective, Identiti satu Penawar. Semboyan Kunci dapat dikesan dan difahami dari bentuk dan gaya individu-pesakit. Pesakit akan menceritakan sakitnya, kita dapatkan gaya dan bentuk sakitnya. Mencucuk, sakitnya menikam, ngilu, membakar, membara, mengentak-ngentak, sakit macam dihiris-hiris, dikerat dengan pisau dan dahaga. Dikenal dari bentuk rasa sakit, sensation. Jika dapat dikesan semboyan mental, lebih elok. Takut, gelisah, dukacita, fear, irritability dan sadness. Bimbang dan cemas. Semboyan tersebut harus dikuasai dengan sebaik-baiknya.

v. Setiap Penawar disusun dalam bentuk tersebut, untuk memudahkan setiap siswa menguasainya dengan baik. Semboyan Kunci, bergantung kepada kekuatan daya penyembuhan satu-satu penawar. Terutama Penawar Polychrest, Penawar Serbaguna, yang dua belas. Di antaranya Sulphur, The King of Anti Psora. Kemudian diikuti dengan Penawar Menteri Kabinetnya. Silicca, Nux-Vom, Natrum Mur, Lycop, Lacheses, Tuberculinum, Syphilinum dan yang berikutnya. Penawar Polychrest ini ada diberikan penjelasan yang lebih meluas, sebagai menjelaskan Semboyan Kunci.

vi. Siswa akan menjadi Pengamal Homeopathy yang baik dan mahir kiranya anda menguasai dengan sepenuhnya dan sebaik-baiknya Penawar Polychrest ini dahulu dan amat mudah menguasai penawar yang lain sesudah penawar ini. Penawar Polychrest ini boleh digunakan Potensi Rendah dan boleh digunakan Potensi Sederhana dan boleh diberikan Potensi Tinggi dan lebih tinggi. Beri masa yang cukup kepada kemampuan anda, biarlah penguasaan itu diberi kesempatan mengikut peringkat demi peringkat. Walaupun anda telah habis membacanya beberapa kali dan bila anda mempelajari penawar sambungan dari Polychrest ini namun Penawar Asas ini akan banyak menolong anda sepanjang hayat anda memberikan rawatan. Selagi anda menjadi Pengamal Homeopathy, selama itulah keperluan anda kepadanya tidak akan berpisah. Justeru itu Polychrest akan menjadi sahabat setia yang harus diberikan kesetiaan yang sebaik-baik kepadanya, dengan memelihara kefahaman kepadanya sebaik mungkin.

vii. Semboyan Materia Medica ini diberikan nombor, untuk memudahkan setiap siswa  mengingatinya dan mudah untuk diberikan penjelasan jika anda menimbulkan pertanyaan.

      Moga-moga Allah memberikan saudara-saudari petunjuknya, memudahkan anda memahami dan menguasainya dengan baik. Membolehkan saudara-saudari menjadi Pengamal Homeopathy yang dapat dipertanggungjawabkan dan menjadi tempat bergantung kepada pesakit yang memerlukan rawatan Homeopathy. Semoga keunggulan dan keistimewaan rawatan Homeopathy akan dapat dinikmati oleh generasi kita berterusan dengan izin Allah.

 

- Haji Mohd Nor Bin Haji Noordin, J. P

30, Jalan Hang Tuah – .

Melaka, Malaysia.


[Petikan Pengenalan Kuliah Materia Medika Biokimia tulisan Prof Dr Mohd Nor Noordin - Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)]

   

Contact:
homeohbi@yahoo.com


Virtual selection © HBI Health & Homoeopathy Centre 2012