Menu        

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

MATERIA MEDIKA

12 UBAT BIOCHEMISTRY

 

Oleh:

Dr. Mohd Nor Noordin, J.P.

: Presented by: Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

 

 

 

MAGNESIA PHOSPHORICUM

RINGKAS: MAGN – PH

LOKASI

1. SARAF kepala.

2. SARAF muka.

3. Otot.

4. Sebelah kanan. Anggota sebelah kanan.

SEMBOYAN KUNCI

1. SAKIT-SAKIT YANG DATANG MENGEJUT. Sakit otot atau saraf. Sakit menikam datangnya macam kilat.

2. Sakit saraf perut, membongkok.

3. Sakit wanita datang haid. Sakit bergulung-gulung, menggolek-golekkan diri akibat sakitnya haid.

4. Sakit haid Dysmenorrhea yang kronik.

5. Sakit menyentak-nyentak. Sakit berterusan, mengaduh, sakit berpanjangan, gelisah.

6. Mata sakit, gatal dan panas.

7. Sakit perut membongkok, melipatkan perut, dan mengurang bila diminumkan air panas.    Dituam-tuam panas.

8. Sakit mata, pandangan photophobia.

9. Sakit saraf muka, muka rasa sakit bila badan direndam dalam air sejuk, atau mandi air sejuk.     Bertanda menggerutu di penjuru mulut, sakit mulut.

10. Kembung, dan sakit perut. Berak-berak. Timbul sakit mengejang-ngejang, tersentak-sentak selepas berak-berak berhenti. Sakit saraf perut.

11. Sakitnya urat saraf kaki tangan, perut dan seluruh anggota. Sakitnya datang seperti kilat, datang dan menghilang. Sakitnya menikam-nikam, menyucuk-nyucuk, sakit macam dihiris-hiris, atau macam dikerat-kerat, atau umpama dipotong dengan senjata tajam.

12. Amat takutkan udara sejuk, atau angin sejuk. Takutkan selimut terbuka, takut disentuh tempat yang sakit.

13. Takut dimandikan dengan air sejuk, atau dicuci dengan air sejuk.

14. Sakit-sakit yang timbul dari bekerja dalam air sejuk, terendam di lumpur sejuk, menimbulkan bisa kaki tangan. Atau bekerja di kilang tanah liat, atau di lombong tanah liat, bersejuk-sejuk, berendam dalam lumpur.

15. Sakit tumbuh gigi kanak-kanak, terkejang-kejang, sakit tersentak-sentak. Tanpa demam.  (jika demam, kepala panas, dan kulit panas – Bell).

16. Sakit kepala kanak-kanak sekolah, bermula dari ubun-ubun, menyeluruh kepala. (Sang; Sil).     Muka merah, akibat mental emosi, atau emosi mental, lebih belajar, atau lebih membaca,      atau membaca berlebihan menggesa otak dan saraf pengingat lebih dari kesanggupan bebanannya. Sakit selalunya melarat jam 10.00, 11.00 pagi, atau jam 4.00, 5.00 petang. Sakit kepala mengurang bila dipicit, dituam panas.

17. Sakit gigi menikam-nikam, sakit macam kilat menyambar. Beralih-alih dengan cepat.      Bertambah sakit bila dibawa makan, atau minum. Terutama bila minum ais, minum sejuk.    Sakit gigi berkurang bila dituam panas, diminum air panas. (Jika berkurang dengan air sejuk  – Bry, Coff, Ferr-ph).

18. Haid datangnya cepat, keluarnya hitam, bertali benang. Sakit sebelum haid, dan mengurang bila darah telah keluar. Sakitnya menyentak-nyentak, menikam-nikam, sakit sebelah kanan.       Kurang sakitnya bila dituam panas, diminumkan air panas.

19. Terkencing-kencing akibat nervous. Kencing pucat. Banyak keluar kencing akibat saraf, terperanjat atau terlalu banyak menggunakan saraf. Terkencing-kencing.

MODALITIES

MELARAT:   Sejuk. Minum ais, minuman sejuk.

                   Angin sejuk. Buka selimut. Mandi air sejuk, berendam dalam lumpur. Sejuk.

                   Bergerak-gerak. Lebih kerja. Disentuh tempat sakit.

 

MENGURANG:   Bongkok, membongkok lipat dua.

                            Panas, dituam benda panas, diminumkan air panas.

                            Dipicit-picit. (Panas elok dengan panas – Ars).

PENAWAR SAMBUNGAN

Colocyn. Caulop. Chamm. Bell.

POTENSI: 6, 12, 30.

  


[Petikan Kuliah Materia Medika Biokimia tulisan Prof Dr Mohd Nor Noordin - dipersembahkan oleh Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)]

   

Contact:
homeohbi@yahoo.com


Virtual selection © HBI Health & Homoeopathy Centre 2012