Menu        

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

MATERIA MEDIKA

12 UBAT BIOCHEMISTRY

 

Oleh:

Dr. Mohd Nor Noordin, J.P.

: Presented by: Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

 

 

 

NATRUM MURIATICUM

RINGKAS: Natr-m

LOKASI

1. NUTRITION: Alat cerna-digestive tract. Otak-brain. Darah, saluran darah, perseimbangan darah. Otot-muscles.

2. FIKIRAN DAN JANTUNG: MIND AND HEART.

3. KELENJAR-GLAND: Kelenjar lendir. Spleen-limpa. Hati-liver.

4. Kulit.

SEMBOYAN KUNCI

1. KERING, KEKERINGAN: Rasa kering di tekak, di perut, mulut, dubur dan faraj. Lemah, dan kurang darah.

2. Kurus, dahaga, dan lemah pencernaan perut. Badan merekit, kerdil, kurus tak mahu berdaging.

3. Rasa numbness, semut-semut, kebas sebelah badan kaki tangan, dan jari-jari.

4. SAKIT KEPALA: Idap-idap SAKIT KEPALA mengentak-ngentak bagai dibaji. Sakit berat, menggilakan sakitnya, di atas mata, di ubun-ubun, waktu bangun tidur disertai dengan rasa kebas, dan pandangan terganggu. Pandangan kelabu, berlebu.

5. MENAGIH GARAM, KUAT MASIN, serba masin, lebih garam dalam makanannya. PEMASIN.

6. Kurus, kuat makan, dan banyak makan, namun badan KURUS.

7. Kurus mungkin sebab banyak mengeluarkan Vital Fluids, darah haid berlebihan, mengeluarkan mani dengan tangan, atau terlalu exert pemikiran.  

8. Mudah sakit sebab sejuk, angin sejuk, sejuk-sejuk.

9. Mudah sedih, nangis, mood nangis sedih tanpa sebab (Plus)., tetapi jika dipujuk bertambah melarat sedihnya.

10. Idapan sakit kepala bagi kanak-kanak perempuan yang lemah dan konstitusinya. Mukanya merah, muntah waktu haid dan sesudah haid. Merasakan kepala sakit macam kena hammer. Sakit kepala mengurang bila berpeluh.

11. Sakit kepala membawa kurang pandangan, blindness, rasa mata macam bercahaya, sakit kepala mengentak-ngentak.

12. Air mata bertaburan, bila batuk (Euphr).

13. Sembelit: Rasa dubur tercabut, kemudian berdarah, mencucuk-cucuk di dubur.

14. Kencing-kencing, keluar kencing tak disedari masa jalan, masa batuk, masa ketawa. (Caust, Puls, Scillia) menunggu lama baru kencing keluar, terutama jika ada orang hadir waktu kencing (Hep., Mur-ac) rasa macam dikerat dalam pundi kencing.

15. MANI CEPAT TERPANCAR waktu bersetubuh, dengan bertambah selera nafsu, tetapi organ-batangnya lemah merosot mengecut, waktu bercumbu berpelukan. MATI PUCUK, sakit pinggang, dan paralysis selepas berlebihan seks, atau telah lebih berpoya-poya seks.

16. Rasa kemaluan terjulur, perempuan sakit Prolapse. Terpaksa duduk menahan kemaluan jangan keluar (Lil, Sep, Mur).

17. Debaran jantung menggegar tubuh. (Spig) Sakit jantung disertai rasa nak pitam, gelap mata, bertambah bila berbaring.

18. Sakit timbul sebab marah, makan makanan sesudah bisa-berasid, makan quinin, makanan berlebihan garam. Sebab susah hati, dukacita lepas gaduh suami isteri, akibat cemburu dsb.

19. Perempuan rambut gugur lepas bersalin, bila sikat.

20. Demam malaria, berkala jam 10.00 pagi, 11.00 pagi. Sakit malaria yang kronik, disuppressed dengan quinin, timbul sakit kepala yang berkala, sakit kepala kronik hingga tak sedar diri waktu demam, dan sejuk dan panas yang bergilir, dan berpeluh. Berpeluh kurang sakit.

MODALITIES

1. MELARAT:

1.1. BERKALA: 9.00 pagi. Berada dalam cahaya matahari. Selepas haid. Berselang hari (Ars-a)    (China).

1.2  PANAS: Matahari, musim panas-summer, basah lembab.

1.1.  NATRUM MUR.

1.2.  Bergesa. Simpati. Waktu baligh wanita-waktu mula haid. Quinin.

1.3.  Malaria yang disuppressed.

 

2. MENGURANG:

2.1. Udara lapang. Mandi sejuk.

2.2. Berpeluh: rehat.

2.3. Pagi sebelum sarapan.

2.4. Bernafas panjang-deep brathing.

PENAWAR SAMBUNGAN

Menyelesaikan: Apis akan bertindak elok sama ada sebelum atau sesudah Nat-m. Nat-m adalah kronik bagi Ignatia.

 

Membantu:

Sepia dan Thuja. Sewajarnya tidak selalu diberikan bagi sakit kronik, tanpa Intercurrent mengikut semboyan. Jangan diberikan waktu demam dalam Paroxysm, dalam kuat gigilnya. Kiranya sakit kepala yang begitu degil dan melemahkan, serta berpanjangan, eloknya selepas Nat-m, elok diberikan Nux-boleh membantu.

 

Potensi: 6, 12, 30. Bagi ibu hamil yang bengkak kaki waktu hamil 7 dan 8 bulan, selalunya disyaki darah tinggi elok diberi potensi 12 dan 30 dan diikuti dengan Nat ph, dan Nat s, manakala semboyan memerlukan.

  


[Petikan Kuliah Materia Medika Biokimia tulisan Prof Dr Mohd Nor Noordin - dipersembahkan oleh Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)]

   

Contact:
homeohbi@yahoo.com


Virtual selection © HBI Health & Homoeopathy Centre 2012