Menu

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

12 Ubat Biochemistry

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Mohd Nor Noordin)

 

 

 

 

PENDAHULUAN DARI ADMIN

Dr. Mohd Nor Noordin merupakan tokoh besar homeopati. Bukan sekadar murid kepada Prod. Dr. Burhanuddin al-Helmy, bahkan beliau adalah pengganti Dr. Burhanuddin dalam memimpin Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) selepas kembalinya mahaguru homeopati itu ke pangkuan Ilahi.

  Meskipun saya tidak pernah menuntut dengan Dr. Mohd Nor Noordin dalam amalan perubatan homeopati, namun beberapa kali saya sempat bertemu beliau dengan inisiatif daripada Tn Hj Mohd Shariff Abdul Latiff, iaitu anak murid beliau.

  Selain itu, saya juga sempat menghadiri seminar homeopati anjuran persatuan (PPHM) di awal tahun 1990an, yang mana beliau pernah turut bersama. Ketika itu saya masih lagi menuntut daripada The British Institute of Homoeopathy.

  Naskhah inipun saya peroleh daripada Tn Hj Mohd Shariff. Syukur dengan adanya buku kuliah ini, kerana dengan mempersembahkan karya serupa ini kepada umum barulah kita dapat zahirkan kehebatan tokoh-tokoh terdahulu, khususnya anak didik Dr. Burhanuddin al-Helmy sendiri.

  Memang tidak ada niat saya untuk menyalin semula naskhah ini. Tetapi setelah sekian lama membelek-belek karya Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin ini, lantas terlintas di dalam benak fikiran saya untuk berbuat sesuatu.

  Pada minggu pertama bulan puasa kali ini (2012), tiba-tiba saya membuat keputusan untuk mengambil cebisan kuliah Materia Medica beliau. Saya terfikir bahawa barangkali sesuai jika saya petik bahagian Biochemistry tulisan beliau buat dipersembahkan ke hadapan pelayar web www.homeolibrary.com.

  AlhamduliLlah. Terima kasih dan syukur saya justeru anak saya Nurul Arifah sedang bercuti. Beliaulah yang membantu saya menaip semula cebisan naskhah ini sebelum saya memindahkannya ke dalam bentuk laman web.

  Mudah-mudahan dengan petikan ini, ia akan membantu pelajar-pelajar homeopati memahami biochemistry dari perspektif ilmu beliau. Ia juga pastinya akan memperkayakan khazanah nasional peninggalan pengamal-pengamal yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

  Jika tidak dalam bentuk cetakanpun, sekurang-kurangnya melalui laman virtual kita dapat tatap juga hasil karya tokoh homeopati terdahulu.

Salam daripada saya.

 

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Malaysia Homeopathy Cyber Library

HBI Health & Homoeopathy Centre

21 Julai 2012

 

.

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre - 2012