Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting homeopathy all Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

 

SEJARAH DAN FALSAFAH ILMU PERUBATAN DAN PERANAN PERUBATAN HOMEOPATHY

sempena

GABUNGAN PPHM dan PPHBM

11hb. April, 1993

Oleh: Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin, J.P

(SEMPENA HARI MALAYSIA 16 September 2012)

 

Dipersembahkan secara virtual:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

HOMEOPATI DALAM KENANGAN
[Artikel berharga daripada Prof Mohd Nor yang mempunyai nilai sejarah dan wajar dirujuk oleh pengamal untuk mengetahui sejarah awal homeopati bermula sehingga 1993. Dihidangkan khas buat semua sempena sempena sambutan Hari Malaysia di mana Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia mendapat nama barunya pada tahun 1963.]

 

1. MUQADDIMAH

 

1.1.  Kertas Kerja “Peranan Perubatan Homeopathy”, kaitan dan kesinambungannya dari Sejarah

       dan Falsafah Ilmu Perubatan ini disusun mengambil sempena gabungan semua Ahli-ahli

       Pengamal Perubatan Homeopathy di Malaysia, yang dipelopori oleh Persatuan Perubatan

       Homeopathy Malaysia (PPHM) dan Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia

       (PPHBM) dan sokongan padu dari Ahli-ahli PPHMB. Satu gabungan yang mampu mencipta

       sejarah, meningkatkan peranan dari Kemampuan dan Kemahiran Pengamal Perubatan

       Homeopathy di Malaysia. Mencipta ERA baru di bidang perubatan. Mempastikan

       kemantapan “INDIVIDUALISATION” sebagai Pengamal Perubatan Homeopathy yang

       berpotensi. Pengamal Perubatan Homeopathy yang mukmin pula harus mempunyai akidah

       yang mantap dari Al-Quran dan petunjuk Nabi S.A.W. disertakan dengan niat yang ikhlas,

       menjadikan usaha ini nilai AMAL SOLEH yang berterusan agar masyarakat menikmati hasil

       khidmat rawatan yang begitu bermanfaat dan menjadikan mereka hamba Allah yang

       UBUDIYYAH. 

 

1.2.  Berperanan, sama-sama berusaha Membina Insan yang sihat. Berusaha mengisi kekosongan

       di bidang Falsafah dan Pendidikan, sebab pendirian dan matlamat pendidikan kita jelas.

 

       “Homeopathy is a Complete Science, Comparatively Perfect Science, that all the Principle,

         the Theory and Practices of Medicines are under the Law, will stand forever, as science as

         any Law discovered by man.”

 

2.             Keunggulan asas ini harus diabadikan untuk kesejahteraan ummah kerana keunggulan

       Falsafah dan Pendidikan Sains Perubatan Homeopathy mempunyai ciri-ciri berikut:    

 

2.1.  Penjelasan KONSEP HIDUP (WHAT IS LIFE). Pendidikan Homeopathy mampu

mensepadukan INSPIRASI DOKTRIN, Falsafah dan Sains antara “Ilmu Iktisabi – Acquired Knowledge”; - dengan Penafsiran “Ilmu Naqli – Super Intelligence”. Menggabungkan

penjelasan Konsep Hidup dan Vital Force yang dijelaskan oleh Hahnemann dengan definisi ROH yang dijelaskan oleh Al-Quran.

 

2.2.  Tokoh Falsafah sebelum Hahnemann sejak zaman Socrates, Plato, Aristotle, masih tidak mampu menjelaskan Konsep Hidup (What is Life) dengan terperinci.

 

2.3.  Hahnemann berkemampuan menggariskan Definisi Vital Force adalah manifestasi ROH.

 

       “The Vital Force of Life Principle endows The Body with:

 

        a. Sensations

        b. Functions

        c. Self Preservations within certain limit and

        d. Reproduction”

 

2.4.  Al-Quran telah lebih awal menjelaskan definisi ROH. Menjelaskan pertanyaan pendita-

pendita Yahudi, tokoh-tokoh Psikologi, tokoh pendidik. Tokoh Falsafah dan Theology di antara mereka adalah pengikut Aristotle dan Socrates, mereka bertanya kepada Rasulullah S.A.W., apakah dia Hakikat Hidup dan Ruh (What is Life). Pertanyaan yang mereka masih belum ketemu jawapannya. Wahyu kepada Rasulullah S.A.W., Surah Al-Israa: 85,

maksudnya:

 

“Mereka bertanya meminta penjelasan berkenaan ROH. Katakanlah ROH itu ialah urusan

  AMAR RABBI – Urusan Tadbiran Tuhanku, kamu tidak diberi Ilmu kecuali sedikit (apa

  yang kamu ketahui adalah terlalu sedikit).

 

2.5.  Dr. Hahnemann berjaya menjelaskan Proses Jentera Vital Force berfungsi dalam masa sihat

dan sakit beroperasi Dari Dalam Ke Luar, dari Vital Organ ke Luar (Kulit) dari ROH ke Kelenjar setiap Organisma Hidup, melahirkan hormon yang stabil seperti tumbuhnya rambut, bulu roma, kuku, gigi semuanya dari dalam ke luar. Tumbuhnya misai dan janggut dari dalam ke luar. (Rujuk Direction of Cure).

 

2.6.  Proses ini juga dapat dikesan dari Al-Quran Surah Sajjadah, ayat 5, maksudnya:

 

“Allah mentadbirkan AMAR urusan pentadbiranNya, dari atas ke bawah. Dari Langit ke

  Bumi. (dari alam Malaikat ke Alam Bumi, dari Alam Roh kepada Alam Jasad).”

 

3. PENEMUAN LAW OF CURE

 

3.1. “Law of Similimum” adalah asas “Law of Cure, telah dikesan oleh Hahnemann hasil

         pengajaran Hippocrates. Hasil pelaksanaan “Law of Cure” Hahnemann berjaya menyusun

         “Organon of Medicine, Materia Medica Pura dan Chronic Disease”.

 

3.2. Konsep “Law of Similicure” yang ditinggalkan oleh Hippocrates telah dijelaskan definisinya

       oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan Hahnemann pula membuktikan kebenarannya secara

       terperinci.

 

3.3. Hadith Zubab menjelaskan, Bahaya Penyakit yang dibawa Lalat dapat di Antidotekan

       dengan lalat yang sama dengan dibenamkan kedua-dua sayap lalat tersebut kerana satu

       sayap membawa penyakit dan sayap kedua membawa penyembuhan.

 

3.4. Dengan penjelasan Hahnemann ini, Ulama’ Islam mendapat bahan baru untuk menjelaskan

       keraguan yang ditimbulkan oleh Pakar Pendidikan Barat, dari golongan Yahudi yang

       mempertikaikan kesahihan Hadith Zubab. (Hadith Sahih Muttafiq Alaihi).

3.5. Al-Quran, Surah Yusuf, ayat 18, 98 menjelaskan “Sakit” yang menimpa Nabi Yaakub –

       Akibat berita sedih kematian Yusuf dengan bukti “Baju Kamis” anaknya Nabi Yusuf

       dilumurkan dengan “darah palsu” dikatakan darah Yusuf mati dimakan binatang buas. Berita

       sedih di sebalik baju kamis menjadikan Nabi Yaakub berdukacita hingga matanya berselaput

       putih dan hilang penglihatannya. Sakit Nabi Yaakub ini sembuh dengan berita gembira

       setelah mencium bau “baju kamis” Nabi Yusuf yang disampaikan kepadanya. Baju kamis

       menyebabkan SAKIT dan baju kamis menyebabkan SEMBUH dipandang dari sudut

       “SIMILIMUM”. Demikianlah di antara Keunggulan Asas Falsafah dan Pendidikan

       Homeopathy.

 

3.6. Gabungan PPHM dengan PPHBM hari ini harus dijadikan Era penyambung tugas suci,

       mengABADIkan usaha mulia ini dari sudut kolej dan silibus, tenaga pengajar, penyatuan

       kolej ke tahap kolej universiti, pusat rawatan bersepadu dan penubuhan kilang ubat

       Homeopathy. Semoga setiap ahli yang merancang, setiap ahli yang terlibat harus

       memberikan sokongan padu. Setiap pemimpin yang gigih berusaha menjayakannya harus

       diberikan penghargaan yang setimpal. Usaha gabungan ini diharapkan dapat memberikan

       MUTU KHIDMAT yang tinggi potensinya sebagai kumpulan “Ahli Khair” dan insan yang

       sedia bergabung tenaga dalam membuat KEBAJIKAN dan berlandaskan TAQWA.

       Berpandukan ayat 2, Surah Al-Maidah:

 

3.7. Pemimpin gabungan harus meningkatkan MUTU KHIDMAT dan MUTU KEMAHIRAN

       ahli-ahli. Arah hala usaha kita harus mempunyai matlamat yang jelas dengan Formula Jiwa

       yang berpotensi, menjadikan usaha ini mendapat ganjaran SYURGA. Meningkatkan mutu

       ilmu, mutu pelaksanaan khidmat rawatan yang benar-benar berdasarkan MUTU

       “INDIVIDUALISATION” yang terperinci. Berpandukan ayat 2, Surak Al-Mulk, Juzuk 29,

       bermaksud:   

 

       “Allah, Tuhan yang menjadikan MATI (Insan dari Tanah – Bumi, benda mati, kemudian

         dari air mani, dan Kimia Ubat-ubatan dengan seelok-eloknya) dan menjadikan HIDUP

         (ROH – insan hidup sesudah ditiupkan ROH) untuk menguji siapakah di antara kamu yang

         mempunyai kualiti – NILAI MUTU KHIDMAT amal Yang Paling Elok.”

 

3.8. Kita harus membicarakan ‘NILAI, MUTU, KUALITI’. Saya yakin setiap persatuan

       gabungan mempunyai ahli yang ramai. Di antara mereka telah banyak berpengalaman.

       Gabungan ini adalah untuk menggabungkan kualiti tenaga mahir masing-masing selain dari

       kemahiran Perubatan Homeopathy. Tenaga ini digabung dan dimanfaatkan sepenuhnya

       sebagai amalan seiringan menghasilkan usaha kesinambungan untuk dipusakai oleh zuriat

       kita secucuk dengan HADITH Rasulullah S.A.W. bermaksud:

 

       “Kalian akan temui manusia itu seperti logam yang berharga, ada yang bermutu emas, ada

         yang bernilai perak. Mereka yang berpotensi di masa jahiliahnya mereka juga berpotensi di

         dalam Islam manakala mereka faham Islam secara terperinci.”

 

3.9. Daya usaha sejak Homeopathy mula berfungsi, hasil dari rawatan yang berdasarkan

       kemantapan “Individualisation” telah melahirkan jemaah pemimpin dan generasi yang

       kental fizikal dan mantap mentalnya. Mereka yang ditambah dengan penghayatan Aqidah

       yang sahih menjadikan generasi kita MUKMIN yang kuat selaras dengan kehendak hadith.

 

       “Mukmin yang kuat lebih berkebajikan dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah.”

 

3.10. Dengan asas tersebut di atas, Insya Allah kita dapat melahirkan rasa “Kekeluargaan” yang

         mantap dalam meningkatkan mutu kemahiran. Terus bergerak cergas berjihad di bidang

         merawat sakit idapan BERMIASM yang menyeksa manusia. Jihad melepaskan masyarakat

         dari cengkaman kesan sampingan ubat yang bersepadu dengan “drug”. Berusaha memberi

         peluang pilihan rawatan yang lebih baik kepada masyarakat supaya pesakit dapat

         menikmati rawatan ubat yang tidak mempunyai kesan sampingan. Ubat berpotensi yang

         mencergaskan semula Daya Tahan Vital Force, menghayati semua kelenjar dengan

         hormon baru yang seimbang. Menjadikan Individu Insan Kebal dari kencing manis, darah

         tinggi, sakit buah pinggang dan jantung. Selamat dari barah dan AIDS.

 

3.11. Pengamal Perubatan Homeopathy Tulin, berjaya memberi ubat kepada pesakitnya dengan

         ubat yang tidak lagi mempunyai kesan sampingan. Usaha ini tepat sekali dan sesuai dengan

         “Sumpah Setia Hippocrates”. Kita wujudkan usaha sepadu, sama-sama mencurahkan

         korban tenaga, ilmu dan harta agar usaha kita sambung menyambung, sesuai dengan ajaran

         Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

 

         “Apabila mati anak Adam, semua amalnya terputus, kecuali sedekah jariah, ilmu yang

           bermanfaat, anak-anak generasi yang soleh yang mendoakannya.”

 

3.12. Gabungan PPHM dan PPHBM  ini adalah usaha penyambung korban perjuangan perintis

         Homeopathy Malaysia yang telah melalui masa 41 tahun sejak tahun 1952 sehingga 1993.

         Hampir separuh abad berlalu, lebih 100,000 orang pesakit telah menikmati khidmat

         pengamal-pengamal Homeopathy yang ada kaitannya dengan jasa PPHM dan PPHBM ini.

 

3.13. Saudara-saudara adalah manusia pilihan yang diberi oleh Allah kemampuan memikul tugas

         mulia ini. Kini tugas besar ini secara tak disedari telah menjadi Fardhu Ain bagi tuan-tuan

         yang harus tuan-tuan teruskan dengan penuh tanggungjawab. Jasamu tetap dikenang dan

         ganjaran Allah kepada mereka yang beriman, berbakti dengan niat ikhlas tetap terjamin.

 

4.     SEJARAH PENGASAS ILMU PERUBATAN DAN SUMPAH HIPPOCRATES

 

4.1. Siapakah Euscalapeus – yang menjadi guru kepada

 

4.2. Dr. Hahnemann berjaya menghayati “The Law of Cure’ dan “Similia Similibus Curentur”

       dipusakainya dari peninggalan ajaran Hippocrates.

 

4.3. Di masa akhir hayatnya Hahnemann dapat membetulkan kesilapan rakannya dari jemaah

       Pengamal Perubatan (Medical Practitioner) di zamannya, yang mana beliau merasa berdosa

       kerana memberikan ubat berbentuk drug kepada pesakitnya, dan mengajarkan Ilmu

       Perubatan Ala Drug kepada muridnya sedangkan asas ini bertentangan dengan Sumpah Setia

       Hippocrates waktu konvokasi pengiktirafan sebagai SEORANG PENGAMAL

       PERUBATAN – MEDICAL PRACTITIONER.

4.4. Dr. Hahnemann menjelaskan sebaik saja meninggalkan professionnya sebagai seorang

       Tokoh Farmasi Terunggul dan meninggalkan ketokohan kedoktorannya sebagai Doktor

       Moden Terkemuka di zamannya seperti berikut:

 

       “I have been putting Drugs of which I know less, so I can renounce the practice of medicine

         that I may no longer “incure the risk of doing INJURY”. How does it happen that in the

         thirty five centuries since EUSCULAPIUS live, this so indispenseable art of medicine has

         made so little progress?”

 

4.5. Ilmu perubatan sebelum Hippocrates adalah ILMU EXCLUSIVE hanya dipelajari oleh

       keturunan Aesculapeus sahaja (Rujuk kitab UYUNUL ANBAI, FITABAQATIL

       ATIBBAA’ – Ibnu Usaibiyah, m.s. 60). Hippocrates cucu kepada Aesculapeus, generasi

       yang ke sembilan. Hippocrates mencipta sejarah perubatan memberi peluang kepada insan

       yang mempunyai kecenderungan berbakat seni penyembuhan, dibuka peluang mempelajari

       ILMU PERUBATAN dengan syarat sedia mengangkat “Sumpah Janji Setia – Hippocratic

       Oath”. (Rujuk lampiran – bahasa Arab, bahasa Inggeris dan penyesuaian kita)

 

      Setiap muridnya digabungkan dengan “Janji Setia” memegang AMANAH ILMU perubatan,

      mengaku dan berjanji:

 

a.       setiap pelajar perubatan harus menganggap gurunya sebagai bapa dan anak mereka sebagai saudara kandung, sanggup memandang sama sendiri, sebagai keluarga.

b.      berjanji tidak member ubat mengandungi “Drug” yang membahayakan, membunuh, kepada pesakitnya,

c.       berjanji tidak memberi ubat untuk menggugurkan janin dalam kandungan walaupun diminta.

d.      menjaga kehormatan seni rawatan dengan penghormatan yang tinggi.

e.       Sentiasa sedia memberi khidmat di mana sahaja ia berada. (Rujuk lampiran sumpah setia Hippocrates)       

 

4.6. Eusculapeus juga dikenal sebagai murid pertama Nabi Idris A.S. dalam ilmu perubatan. Nabi

       Idris A.S. mempelajari dari datuknya Nabi Sith A.S. dan Nabi Sith mempelajari dari

       datuknya Nabi Adam A.S. Demikianlah kajian dan pendapat penyusun kitab “Uyunul

       Anbaia” Fi Tabaqatil Atibba’[1] ( wallahua’lam).

 

       Rujuk Al-Quran, Surah Maryam 56 dan 57 yang bermaksud:

 

       “Dan ingatlah di dalam kitab Idris, dia adalah seorang yang Benar dan seorang Nabi. Dan

         Kami mengangkatnya ke tempat yang tertinggi.”

 

4.7. Ulama’ Tafsir rata-rata berpendapat bahawa Nabi Idris A.S. adalah pencipta membuat

       pena, alat-alat penulisan, alat-alat pertukangan pakaian dan semua ilmu berhubung dengan

       kehidupan manusia. Keunggulan khidmat baktinya kepada penghidupan manusia. Nabi Idris

       A.S. diberi anugerah tempat yang tertinggi, dibawa naik ke langit (Rujuk Tafsir A-Baghawi,

       Tafsir Adwa’ul Bayan).

 

4.8. Sambungan ilmu-ilmu kehidupan manusia, sosiologi, ekonomi dan pentadbiran negara,

       peninggalan Nabi Idris ini dipelajari oleh Socrates dan Plato. Ilmu perubatan pula dipelajari

       oleh Euscalapeus hingga kepada Hippocrates. Justeru itu pendapat ini membuktikan semua

       ilmu berpunca dari ajaran wahyu – “Ilmu Naqli” berpunca dari “SUPER SCIENCE” dan

       diselaraskan dengan “ILMU IKTISABI – ACQUIRED KNOWLEDGE”.

 

4.9. Al-Quran menjelaskan sifat buruk perangai pendita Yahudi, meminda dan mengubah ayat-

       ayat Allah. Semua ilmu-ilmu ini juga diselewengkan oleh pendita-pendita Yahudi. Nama

       penciptanya dihapuskan dan menimbulkan nama mereka sebagai pencipta dan sebagai

       penemuan baru. Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 75 yang bermaksud:

 

      “Sesungguhnya sebahagian dari pendita Yahudi mendengar dan mempelajari Kalam Allah

        secara terperinci kemudian mereka meminda menokok tambah ayat-ayat Allah sesudah

        mereka mempelajarinya padahal mereka faham apa yang mereka lakukan.”

 

5.    ILMU PERUBATAN HOMEOPATHY – Meneruskan Pusaka Hippocrates

 

5.1. Sejarah “Law of Cure” atau “The Law of Similicure” telah dikenali oleh Hippocrates.

 

5.2. Hahnemann dengan jelas mengatakan Asas “The Law of Cure” yang ditinggalkan oleh

       Aesculapeus, hingga ke zamannya, sepatutnya telah dimajukan tetapi masih belum dapat

       diperkemaskan cara pelaksanaannya dengan teratur. Hahnemann berkemampuan

       melaksanakan teori “the Law of Similicure” dihayati dengan asas “THE ART OF

       INDIVIDUALISATION”. Kejayaan pelaksanaan “The Law of Similicure” bergantung

       kepada kemampuan menguasai “The Individualisation” sebaik mungkin.

       Mengsimilimumkan antara individu pesakit dengan individu ubat, potensi ubat

       diseimbangkan dengan potensi kelemahan VITAL FORCE individu yang diganggui oleh

       Disease Force – Miasm. disesuaikan pelaksanaan masa sambungan ubat bergantung kepada

       “idiosyncriasy” pesakit atau sekuat mana Miasm Individu menguasainya.

 

5.3. Orang Thai telah mengamalkan teori Similimum memakan ekor ular tedung, digunakan

       untuk memulihkan pesakit yang dipatuk oleh ular yang sama sejak zaman berzaman hingga

       ke hari ini.

 

5.4. Nabi Muhammad S.A.W. telah menjelaskan hadith Zubab, riwayat Bukhari dan Muslim

       membuktikan benar asas “The Law of Similicure”. Hadith Zubab – menyaksikan bahaya

       yang ada pada lalat dapat dimatikan bahayanya dengan sayap lalat yang sama.

 

5.5. Pengamal Homeopathy Mukmin dapat memahami lebih mendalam kefahaman

       “Individualisation” ini dari Hadith Nabi S.A.W. Maksudnya:

       “Orang Mukmin dengan saudara Mukmin yang lain dalam konteks kasih saying, berlemah

         lembut dan saling bantu membantu serupa seperti JASAD INDIVIDU, manakala satu

         bahagian anggota merasa sakit, ia menyeru kepada anggota lain, agar semua anggota turut

         merasakan demamnya dan sama berjaga malam.”

 

6.      SEJARAH PERTUMBUHAN HOMEOPATHY DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

 

6.1. Pertemuan pertama saya dengan Dr. Burhanuddin Al Helmi, 1945 di Melaka (waktu

       Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM di Bukit China, Melaka)

       menimbulkan daya ingin mempelajari sesuatu dari beliau kiranya ada izin Allah.

 

6.2. Saya menyambung pelajaran tinggi ke Raffles School Singapura pada tahun 1951-1953.

       Pertemuan kedua akhir tahun 1952 dengan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi di

       Singapura, menerusi Almarhum Al-Ustaz Abu Zaky Fadhil, Almarhum Ghazali Nordin

       (abang saya) saudara Hj. Salleh Mahmud – Tanjung Keling Singapura. Di masa Dr.

       Burhanuddin di bawah akta tahanan dalam rumah 620-162, Kg. Pachitan, Changi Road,

       Singapura antara jam 6 petang hingga 6 pagi akibat “Penentangan Penyerahan Natrah”

       kepada ayahnya orang Belanda tahun 1951.

 

6.3. Tujuan pertemuan adalah menyambung hasrat terpendam di pertemuan pertama. Meminta

       Pimpinan – Apa yang harus kami usahakan untuk generasi muda andainya negara kita

       mencapai kemerdekaan.

 

6.4. Beliau menjelaskan:

 

       a. Hal POLITIK untuk menuntut kemerdekaan – telah banyak persatuan politik wujud,

           UMNO – KMS – PAS – PKMM – API – AWAS – HISBUL MUSLIMIN. (Parti Rakyat

           Malaya ditubuhkan di Melaka pada 1957 di rumah Almarhum Kiai Hj. Hashim oleh Dr.

           Burhanuddin sebagai pengasasnya – ditugaskan kepada Abd. Karim Bakar dan Jaafar Tan

           melaksanakannya)

 

       b. Urusan SASTERA pula telah diwujudkan. Sasterawan Angkatan 51 di Singapura (A.

           Samad Ismail, Keris Mas, Mas, Tongkat Waran, dll) kebetulan kami telah menerbitkan

           majalah NIRMALA 3 bulan sekali di Singapura. Majalah termasyhur masa itu ialah

           QALAM (akibat rusuhan tragedi NATRAH – Mansur Adabi – suratkhabar MELAYU

           RAYA lidah rasmi PKMM diharamkan. Dr. Burhanuddin ditahan di Pulau Sekijang, Ogos

           1951-Sept. 1952.

 

6.5. Beliau mencadangkan supaya Ilmu Perubatan Homeopathy ini dipelajari dan

       Diperkembangkan hingga menjadi Perubatan Nasional bagi negara Malaysia merdeka.

       Dengan syarat ditubuhkan suatu kumpulan pemuda sebagai perintis. Kelayakan yang

       diperlukan ialah:

 

       6.5.1. Lulusan Senior Cambridge atau setaraf dengannya, boleh berbahasa Arab dan lulus

                 Thanawi dengan kepujian dalam Aqidah, Tafsir Al-Quran dan Hadith dengan tujuan

                 CAHAYA WAHYU dapat mengABADIkan pengajaran bernilai ini dengan semangat

                  JIHAD. (rujuk Sejarah Perkembangan Homeopathy Malaysia – Dr. Mohd. Nor

                  Noordin)

 

       6.5.2. Kiranya kami sanggup menerima syarat tersebut, beliau sedia menyebarkan ilmu ini

                 hingga mantap dan berkelulusan diterima setaraf dengan Pengamal Homeopathy

                 Antarabangsa.

 

      6.5.3. Untuk meyakinkan kepada Calon Pengasas saya dibekalkan dengan:

                a) The Organon of Medicine, Hahnemann

                b) Materia Medica – Nash, Kent, Chauldry

                c) Philosophy – Kent

                d) Chronic Disease – Hahnemann

                e) Muqaddimah Ibnu Khaldun

                f) Hadith Arbain (Hadis 40 dalam bahasa Arab)

 

     6.5.4. Selepas enam bulan, bilangan 12 orang tersebut berjaya diperolehi, dengan bantuan

               didikasi Dr. Dali (Almarhum), Dr. Hj. Rahmat Hj. Madum untuk mengadakan kulliah.

               Beliau terus menulis secara berasingan kepada Kementerian Kesihatan dan

               Kementerian Pelajaran Singapura pada Dis, 1953.

 

    6.5.5. Akhir Disember 1953 menerima jawapan dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian

              Kesihatan Singapura, membenarkan Kulliah Rasmi Perubatan Homeopathy dimulakan.

              (Rujuk lampiran)

 

    6.5.6. Kulliah secara intensif bermula akhir 1953 hingga 1957. Berterusan, teori dan praktik.

 

7.    SEJARAH PENUBUHAN PPHM

 

7.1. Kuliah pertama bergerak cergas berpusat di 107, Jalan Sultan, Singapura atas nama MHC –

       Malaysia Health Centre sebagai amalan praktikal (merupakan mini hospital dan Malaya

       Homeopathic College sebagai Pusat Pengajian)

 

7.2. Kuliah setiap hari 5 ptg, 10 malam di 107, Jalan Sultan. Praktikal juga bergilir waktu 9 pagi

       hingga 10 malam.

 

7.3. Hasil usaha golongan perintis mengatasi SEKATAN UNDANG-UNDANG, berjalan secara

       aktif dan kolektif, sebagai saudara kandung, Asas Sumpah Hippocrates dijadikan asas “Janji

       Setia”. Daya usaha Dr. Burhanuddin, 12 orang yang dipilih telah berjaya dan diketengahkan

       sebagai ahli penuh HPA – London, di antaranya saya sendiri 1958, Dr. Dali 1958, Dr.

       Mohamad Hj. Yaacob 1959 dan Dr. Abd. Rahman Hj. Hashim 1960.

 

7.4. Berdasarkan pelajar-pelajar HMC Singapura telah diakui oleh Health Practitioner

       Association London (HPA), mesyuarat agung penubuhan PPHM diadakan di Kuala Lumpur

       pada Ogos, 1960. Ahli jawatankuasa yang dipilih terdiri dari mereka yang telah diterima

       secara rasmi oleh HPA. Berdasarkan keanggotaan HPA, pihak Kementerian Kesihatan tidak

       membantah penubuhan ini dan Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia meluluskan

       pendaftaran pada tahun 1962. Presiden Pengasas Persatuan Homeopathy Malaysia (PHM)

       Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah Ahli Parlimen tahun 1959-1964.

 

7.5. Dr. Burhanuddin telah menyuarakan isu Homeopathy beberapa kali dalam Parlimen, di masa

       beliau menjadi MP 1959-1964. Suara yang lantang membolehkan aktiviti mengembangkan

       Ilmu Perubatan Homeopathy bergerak seluruh negara. Justeru itu kedudukan Homeopathy

       telah bertunjang di Parlimen sejak ia ditubuhkan. Penghormatan Member Parlimen merestui

       kelancaran aktivitinya.

 

7.6. Tujuan utama penubuhan Persatuan Perubatan Homeopathy ialah penghayatan pengisian

       kuliah harus disalurkan melalui persatuan. Persatuan menjadi payung dan jentera yang sah

       sebagai tenaga penggerak menabur bibit-bibit benih Falsafah Homeopathy seluruh negara

       menghayati asas “Individualisation” dalam semua sudut. Kegiatan dipusatkan mengikut Zon,

       di Singapura, Melaka, Kuala Lumpur dan Gunung Senggul, Perak.

 

7.7. Kuliah dihayati dengan memahami:

 

       a. VITAL FORCE. Penghayatan Semula Daya Tahan Vital Force dari gangguan salah jaga

           kesihatan, mutu dan kuantiti makanan, minuman, tidur, rehat, riadah. Imbangan mental,

           fizikal, emosi dan pengaruh alam, cuaca dan musim.

 

       b. Memahami Miasm sebagai punca segala penyakit yang diwarisi dari keturunan. Miasm

           adalah Daya Utama mengubah Fungsi Vital Force di semua lapisan. Noktah pertama

           menimbulkan “Changes” dan “Disorder” perjalanan Jentera Hidup.

 

       c. Memahami proses penekanan miasm kepada vital force menimbulkan Air Bisa Ibu Benih

           Penyakit yang sulit dirawat selalunya menimbulkan manifestasi Sindrom Penyakit Akiut

           di satu-satu Sistem Organisma; gastrik, migrain, resdung, lelah, kencing karang, kencing

           darah, buah pinggang dan darah tinggi.

 

       d. Memahami Penekanan Manifestasi Miasm dengan ubat berbentuk drug menjadikan kesan

           sampingan drug tersebut menambahkan berat tekanan kepada Vital Force dan

           MELEMAHKANNYA hingga melahirkan sakit jantung, barah, paralais, kanser dan

           AIDS.   

 

       e. Memahami manifestasi miasm dan manifestasi kesan penyembuhan ubat, menghayati

           Vital Force menolak keluar penyakit mengikut Hukum Proses Hidup dari dalam ke luar,

           dari atas ke bawah (Direction of Cure). Harus faham perbezaan antara MANIFESTASI

           dengan INFEKSI.

 

       f. Memahami kekusutan “IDOSYNCRYASY” yang wujud pada INDIVIDU, berbeza antara

             satu dengan yang lain.

 

       g. Harus berkemampuan menyelaraskan semua perkara di atas dengan pembelajaran Single

           Remedy, terutama dalam mengadap sakit kronik dan waktu menggunakan ubat konstitusi

           dan menggunakan potensi 200 ke atas. “Direction of Cure” berfungsi jangan disuppress.

       h. Penghayatan ini diselaraskan dengan “the Art of Healing”. Siswa dilatih hingga mampu

           mengenal lapisan semboyan Total Individu dan lapisan-lapisan tersebut.

 

       i. Ilmu seiringan harus diperkaya untuk mengenal hubungkait pesakit dengan alam sekeliling

            dan latar belakang hidupnya.

7.8. Asas tersebut dijadikan asas penentuan mengenalpasti lulusan yang diiktiraf sebagai

       Homeopathic Practitioner (Pengamal Perubatan Homeopathy) dapat dikesan dari buku rekod

       pesakit mereka.

 

7.9. Sebab utama kejayaan rawatan Ahli Pengasas Persatuan Homeopathy Malaysia adalah

       bergantung kepada ‘Kemahiran Individualisation’ dari mula mempelajarinya hingga ke akhir

       rekod pesakitnya. “Homeopathy from the beginning to the end – is the art of

       individualisation”

 

7.10. Kemampuan Kemahiran Individualisation mampu ‘Menghayati Semula Daya Vital Force

         Pesakit’. Vital Force cergas semula, ia berfungsi menghayati semula semua kelenjar

         dengan mengeluarkan HORMON BARU. Sakit buah pinggang, kencing manis, darah

         tinggi, jantung akan berubah menjadi normal sediakala. Insya Allah, kiranya ini dipastikan,

         pesakit akan SEMBUH ABADI SEDIAKALA.

 

8.   USAHA PPHM SEJAK IA DITUBUHKAN

 

8.1. Terus menerus meneroka dan menghayati “the Law of Similicure” di peringkat pengasas

        begitu sulit. Sambutan masyarakat begitu terhad. Pengorbanan masa dan tenaga, kewangan

        dan kesulitan kenderaan adalah beban utama. Pendapatan pengasas adalah terhad dan habis

        dikorbankan untuk apa sahaja cara yang dapat menghayati usaha ini. Usaha ini bertambah

        rumit ketika Dr. Dali b. Muin ditahan di bawah ISA, akibat rusuhan Maulud Nabi di

        Singapura pada 1963. Ibupejabat MHC di Singapura digeledah. Fail dan buku-buku habis

        dibawa ke balai CID. Dr. Burhanuddin yang datang melawat MHC di Singapura beberapa

        bulan kemudian juga turut ditahan. Kebetulan di masa yang sama berlaku konfrontasi

        Politik Penubuhan Malaysia yang mulanya menubuhkan MAPHILINDO – 13 Ogos 1963,

        Pengisytiharan bersama Sukarno, Makapogal dan Tengku Abd. Rahman. Sebulan kemudian                                       

        Pengisytiharan Penubuhan Malaysia, 16 Sept, 1963, Indonesia melancarkan konfrontasi

        dengan Malaysia dan berkompromi semula tahun 1965.

 

       Dr. Rahmat bertugas di Parlimen sebagai Ketua Jemaah Sekretariat Parlimen. Kami

       berjauhan, Dr. Abd. Rahman di Alor Star. Almarhum Dr. Burhanuddin sakit berterusan

       akibat tahanan dan dirawat di luar negara atas biayaan kerajaan dan meniggal dunia pada

       tahun 1969. Dikebumikan di Perkuburan Islam Taiping, Perak sebagai ‘Negarawan Ulung’

       Pengasas Kemerdekaan dan Pengasas Perubatan Homeopathy Negara.

 

8.2. Mesyuarat Agung PPHM 1969, selepas meninggalnya Almarhum Dr. Burhanuddin, saya

       telah dilantik sebagai Presiden, Dr. Dali sebagai Naib Presiden dan Dr. Ghani Sualiman 

       telah dilantik sebagai Setiausaha Agung.

 

 

8.3. Gabungan tenaga ini mengorak langkah baru lebih agresif dan dapat dapat mengadakan

       ceramah dan seminar Homeopathy di UTM, UM – 1970, Alor Star – 1972 dan di Kota

       Bharu – 1980 dan 1982. Majlis Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh bekas Menteri Besar

       Selangor YAB. Mohamad Rafii, YAB. Dato’ Hj. Mohamad b. Yaacob, MB Kelantan dan

       YB. Tengku Ahmad Rithaudin Menteri Pertahanan Malaysia. Kebetulan tahun 1974-1978,

       saya dilantik sebagai ADUN dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji

       (LUTH) di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

 

8.4. PPHM terhutang budi kepada jasa Almarhum Dr. Dali dan Dr. Abd. Ghani, Dr. Nik Omar,

       Dr. Teo, Dr. Gulan Rasool dan AJK PPHM 1970-1984 yang telah turut sama

       mengembangkan Homeopathy di universiti-universiti negara ini terutama di UTM. Dr. Hj.

       Abd. Rahman Hj. Hashim adalah tokoh yang tak kenal penat berterusan dengan PPHM

       hingga hari ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan memberkati mereka yang telah berjasa

       kepada kita semua.

 

8.5. Dr. Mohamad Hj. Yaakob adalah Tokoh Utama menghayati pertumbuhan dan

       perkembangan Homeopathy negara sejak tahun 1955 dan beliau bertugas di Singapura awal

       tahun 1961 kemudian terus menubuhkan PPHM beribu pejabat di Johor Bahru.

 

8.6. Prof. Dr. Zainal Aripin, Prof. Hj. Ahmad Khan, mengambil alih memimpin PPHM selepas

       meninggalnya Dr. Dali dan Dr. Abd. Ghani dan berjaya mengadakan Gabungan PPHM

       dengan PPHBM hari ini.

 

9.    KEJAYAAN RAWATAN HOMEOPATHY DAN PERKEMBANGAN SEIRINGANNYA

 

9.1. Kejayaan pengamal perubatan Homeopathy di Malaysia bermula di Singapura tahun 1953

       bertempat di No. 107, Jalan Sultan, Singapura atas nama Malaysia Health Centre dan dalam

       bahasa Melayu dikenal dengan Dewan Kesihatan Melayu. Banyak kejayaan telah diterokai

       terutama sakit-sakit kronik, darah tinggi, batu karang, lelah (asthma), bisa tulang reumatik,

       kekuatan fizikal sukan dan olahraga, kekuatan mental mencapai tahap prestasi kelulusan

       Penilaian Darjah 5, SRP, SPM dan STPM dan juga lulusan peringkat diploma dan ijazah

       menjadikan rawatan Homeopathy begitu popular.

 

9.2. Kes ibu mengandung mudah bersalin kemantapan janin di dalam kandungan dan

       kemandulan yang telah disahkan oleh pakar bahawa pesakit berkenaan tidak akan boleh

       mengandung lagi (rujuk lampiran).

 

9.3. Kes barah buah dada, barah rahim, beguk. Begitu ramai sekali pesakit yang telah dapat

       dirawat dan disembuhkan tanpa bedah, tanpa ujian makmal di klinik-klinik Homeopathy

       yang telah berkembang ke seluruh negara (rujuk lampiran).

 

9.4. Kejayaan tersebut bukan bergantung kepada nama penyakit yang dapat disembuhkan dengan

       satu-satu ubat tertentu tetapi kejayaannya adalah bergantung kepada kemahiran pengamal

       Homeopathy yang telah terlatih dengan seni rawatan “the Art of Healing” yang cermat

       menerusi “the Art of Individualisation” dengan memberikan ubat-ubat yang similimum

       dibantu dengan ubat-ubat Anti Miasm serta penghayatan similimum memilihkan ubat dan

       similimum pada memilihkan potensinya dengan mengikut tempoh masa penyembuhan setiap

       ubat berkenaan. Tidak menggunakan ubat Poly-Pharmacy dan cara ‘CACA MARBA’,

       hanya menggunakan ‘HUKUM SINGLE REMEDY’.

 

9.5. Dengan kemahiran, kepastian similimum tersebut di atas menerusi “the art of

       individualisation” menjadikan kuasa hayat (vital force) pesakit berfungsi dan aktif semula

       menghayati semua kelenjar yang telah hampir separuh mati berfungsi semula, mengeluarkan

       hormon baru mengimbangi semula mutu darah, saraf dan sistem yang berkenaan, menolak

       keluar air racun bisa penyakit yang tersembunyi di sebalik penyakit tersebut di atas

       membolehkan mereka menemui kesembuhan yang kekal tanpa pembedahan. Kelenjar

       pankreas aktif semula mengeluarkan hormon insulin asli mengimbangi gula dalam darah dan

       kencing. Kelenjar gonad aktif semula memulihkan saraf yang telah membatu dalam rahim

       atau membatu dalam buah dada dan hormon baru mengembalikan keharmonian hidup.

       Pesakit menemui hidup baru dan sihat seperti sediakala.

 

9.6. Kejayaan pengamal Homeopathy yang dilahirkan sejak 1954 dengan kejayaan rawatan

       Homeopathy telah berjaya bergabung kemampuan “individualisation”, begitu menarik

       perhatian masyarakat. Kejayaan bergantung kepada faktor berikut:

 

       9.6.1. Konsep Ubat Homeopathy.

                 Ubat tanpa kesan sampingan sebab Farmakologi Homeopathy mampu membuang

                 habis habisan kesan sampingan setiap ubat yang dalam kategori tumbuhan, binatang

                 mahupun dari drug.

 

       9.6.2. Kerjaya Farmakologi Homeopathy ini mampu menjadikan ubat-ubat tersebut

                 mempunyai kuasa penyembuhan yang berdinamik. Potensi dinamiknya dapat

                 mengimbangi kelemahan potensi dinamik individu pesakit.

 

       9.6.3. Pengamal Perubatan Homeopathy (Homeopathic Practitioner) dapat mengenalpasti

                 potensi Vital Force individu, menerusi “Semboyan Total Pesakit” dari sudut

                 “Kelemahan Penjagaan Kesihatan”, gangguan mental dan emosi yang berlarutan.

                 Gangguan tekanan hidup, perjawatan, pengaruh alam semasa, gangguan bencana

                 alam. Gangguan Miasm keturunan atau gangguan manifestasi kesan sampingan ubat

                 drug atau suntikan imunisasi.

 

       9.6.4. Kejayaan mengenalpasti semua sudut tersebut, potensi kategori ubat yang berdaya

                 penyembuhan yang similimum, telah memberi nafas baru pesakit yang telah

                 dikategorikan dalam jenis sindrom penyakit maut yang menimbulkan kegerunan dan

                 kebimbangan di jiwa masyarakat.

 

       9.6.5. Kejayaan dan kesembuhan sakit kencing manis bukan berdasarkan nama sakit yang

                 disembuhkan dengan nama ubat tertentu. Kesembuhan berlaku ialah kerana Daya

                 Tahan Vital Force individu aktif semula, menghayati semula semua kelenjar dalam

                 sistem organisma, termasuk pankreas, buah pinggang, hati, spleen, berfungsi semula,

                 melahirkan semua jenis hormon baru yang mampu mengimbangi kadar air dengan

                 darah, dan mengimbangi seluruh jentera sistem organisma hidup menjadi HARMONI

                 dan kembali berada di atas landasan SIHAT – landasan asal FITRAH insan itu

                 dijadikan. Surah Ar Rum ayat 30 yang bermaksud:

 

                 “Fitrah Allah di atas Fitrah yang sama insan dijadikan”

 

                  “Setiap anak dilahirkan suci – Fitrah, kecuali ayah ibunya yang mencorakkannya

                    menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

                    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

        9.6.6. Di atas kejayaan ini, peniaga-peniaga yang rakus nafsunya menggunakan nama baik

                  kejayaan Homeopathy, menggunakan sijil penyertaan seminar PPHM, menonjolkan

                  “glukos dan placebo – sugar or milk” yang tidak tentu kandungannya dijual di

                  pasaran terbuka, di pasar malam, di gerai-gerai Expo Universiti seperti ubat Exemo,

                  ubat sakit itu dan ini dengan melantik agen penjualan di seluruh negara. Masyarakat

                  menganggap usaha ini adalah aktiviti Persatuan Perubatan Homeopathy?

 

       9.6.7. Perkembangan ini harus diawas dan diberikan perhatian berat oleh gabungan PPHM

                 dan PPHBM ini supaya masyarakat benar-benar dapat menikmati keunggulan rawatan

                 Homeopathy Tulin. Liputan iklan di majalah Suara Rasmi Persatuan Gabungan juga

                 harus dikawal rapi.                            

 


 

[1] Uyunul Anbaia’ fi Tabaqatil Attibbai – Punca Utama Ilmu Perubatan dan Sejarah Pengamal-pengamal Perubatan    Sejak Nabi Adam A.S. hingga zaman kebangkitan Islam, Hijrah 650 

  

   

Presented by (upload 16th Sept 2012):  Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Mohd Nor, Noordin (Prof. Dr.). 1993. Sejarah dan Falsafah  Ilmu Perubatan dan Peranan Perubatan Homoeopathy. Kertas kerja - sempena Gabungan PPHM & PHBM: 11 April.

Virtual copyright © Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2012