Pada abad mutakhir ini memang
perkembangan perubatan, khususnya amalan perubatan alopati moden amat
laju dan hebat. Ini seiring dengan perkembangan penemuan-penemuan (atau
rekaan) baru, teknologi dan kemajuan komputer serta teknologi maklumat.
Pada 23 hingga 16 Januari 2012, saya sempat melihat dengan lebih rapat
apabila
telah mendapat kesempatan mengikuti rombongan pentadbiran sebuah kolej ke Bahrain atas jemputan sebuah universiti Ireland, iaitu
Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).
Lawatan itu dikatakan berhasil menjalin
hubungan yang lebih akrab di antara kolej berkenaan yang
melaksanakan program International Baccalaureate (IB) dengan RCSI.
Harapan mereka ialah untuk sama-sama mencari persefahaman dalam
penajaan pelajar perubatan secara lebih meluas selain penajaan ke RCSI Dublin, Ireland
Dalam lawatan selama tiga hari itu,
saya dan rombongan berkenaan bukan saja sempat melawat RCSI
Bahrain, malah juga ke hospital-hospital di mana pelajar-pelajar RCSI
Bahrain ditempatkan bagi tujuan housemanship.
Sebuah hospital yang baru bakal
beroperasi ialah King Hamad University Hospital. Hospital berkenaan
dibina berhampiran RCSI Bahrain, iaitu di sebuah pulau buatan yang dikenali
sebagai Muharraq Island.
Sebagaimana dimaklumkan oleh pengurus
hospital tersebut, King Hamad University
Hospital dilengkapi dengan peralatan tercanggih dan termoden
berbanding hospital-hospital lain di kawasan negara-negara Teluk itu.
Justeru ia juga
akan menjadi hospital utama bagi tujuan latihan pelajar tahun 3 ke
atas.
Selain hospital King Hamad University
Hospital yang berdekatan dengan RCSI Bahrain, pelajar-pelajar yang
belajar di sana akan ditempatkan juga di beberapa buah hospital lain
di Bahrain. Ini termasuklah Hospital Tentera yang dikenali sebagai
Bahrain Defence Force
Royal Medical Services.
Hospital Tentera berkenaan juga
dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih. Peralatan yang
pastinya tidak digunakan sangat di klinik atau dalam rawatan homeopati.
(Justeru apakah yang boleh dikedepankan oleh perubatan alternatif
homeopathy?)
Tetapi tentulah jika kita dapat membuat
sedikit kegunaan dalam aplikasi tertentu untuk perubatan homeopati,
itupun sudah memadai. Apa lagi seperti yang kita semua maklum, urusan
surgeri dan diagnosis modern boleh menjadi suatu cabang ilmu yang
berlainan. Dan ianya juga boleh digunakan buat membantu rawatan secara
homeopati.
Kita bukan memberi fokus kepada kuman,
kecanggihan diagnosis, maupun pembedahan. Kita lebih mengutamakan
pesakit (orang yang lebih tahu mengenai penyakit yang dihidapinya),
vital force dan kaedah lain (jika ada) selain pembedahan (melainkan
bila perlu dan tiada pilihan lain).
Kita juga harus lebih mengenali dan
benar-benar mendalami (master) semua penawar-penawar yang
diujibuktikan (proved). Sebagaimana kita perlu tahu penawar mana yang harus
didahulu dan diutamakan, serta di waktu mana wajar dipreskripsikan.
Benar jugalah seperti yang guru dan
mahaguru kita perjuangkan bahawa perubatan kita adalah tabii sifatnya.
Ia selari dengan fitrah dan kejadian manusia. Contohnya kita tidak
akan dengan mudah menrarankan amputasi (potong anggota pesakit) atau memendamkan penyakit. Sebaliknya,
kita berusaha mencari punca dan kaji kemungkinan kesembuhan dan
seterusnya kemembantu vital force (atau memperkuatkannya) untuk mengeluarkan
penyakit dan mengembalikan keseimbangan..
Kendatipun begitu, wajarlah juga kita
berjinak-jinak dengan rekaan baru dan teknologi maklumat yang pastinya
banyak dapat membantu rawatan dan pesakit serta rakan doktor yang
lain. Facebook itu sendiri banyak membantu diskusi antara pengamal
dalam mencapai kata sepakat dalam penyelesaian kes.
Lain daripada itu, umpamanya, mengapa tidak kita wujudkan
pengkalan data (database) pesakit-pesakit yang dirawat. Di mana
pengkalan data itu boleh dicapai juga oleh rakan pengamal lain di
tempat yang jauh.
Mana tahu pesakit kita berada (atau telah
mengembara ke) di tempat lain dan telah berkunjung ke pusat rawatan
homeopati yang lain. Sudah tentu sejarah pesakit dan sejarah rawatan
yang diterima pesakit itu bermakna bagi doktor (atau pengamal)
berkenaan melihat dan memahami kes supaya dengan itu rawatan follow-up boleh dilakukan dengan lebih hati-hati dan berkesan.
Tidak perlulah kita menjadi terlampau
kedekut dalam persoalan seperti ini. Ilmu dan pengalaman berharga itu
wajar dikongsi bersama. Di era IT ini, sifat keterbukaan seperti itu
lebih lagi dialu-alukan.
Apapun, semua pengalaman yang saya lalui
itu amat berguna dan membuka mata kita yang terlalu klasik dan selesa
dengan ilmu sedia ada ataupun dengan teknologi sedia ada.
Mungkin dalam perkara inipun, kita harus
menilai kembali kemampuan kita bersaing supaya kita dapat melakukan
suatu transformasi yang lebih bermakna dalam bidang yang kita cintai
ini, homeopathy di Malaysia.
Dan sebelum saya mengundur diri, ingin
saya maklumkan bahawa di Hospital Tentera di Bahrain itu juga telah
diwujudkan satu bahagian yang disebut Integrated Medicine. Bahagian
itu menyediakan rawatan alternatif atau komplemen bagi pesakit-pesakit
yang memerlukan.
Dengan adanya kedua-dua bentuk rawatan,
mereka menjangka akan dapat memperkayakan perkhidmatan dan dapat
memuaskan hati pelanggan yang memerlukan.
Dalam isu berkaitan saya juga
berkesempatan berkongsi perkembangan baik itu dengan apa yang berlaku
di Malaysia di mana Kementerian Kesihatan juga telahpun berusaha
mengintegrasikan rawatan-rawatan lain di hospital kerajaan di
Malaysia.
Sebagaimana yang kita semua tahu semua
rawatan itu dianggap sebagai komplementari dan dengan cara itu
diharapkan dapat melengkapkan kaedah rawatan yang ada di
hospital-hospital.
Sudah tentu tidak semua penyakit mampu dirawat oleh perubatan moden
(alopati)...
-
Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
|