Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 100

 Mengambil kes lebih banyak berkenaan semboyan daripada menamakan penyakit tanpa terlebih dahulu menyiasat bahawa penyakit itu adalah palsu, dan pura-puranya itu menunjukkan keangkuhannya. Mustahaknya pemeriksaan tiap-tiap pesakit itu sama dikehendaki pada tiap-tiap pesakit yang mengidap wabak, seperti perut memilin (memulas), demam selsema, campak (measles), demam balun (scarlet fever), sakit kerongkong, smallpox, bengok, demam kepialu (typhoid), sejuk, batuk dan lain-lain.

Ayat 101   

 Bagi penyakit wabak, jumlah semboyan tidak ada. Tabib-tabib yang jujur akan bekerjasama mengkaji penyakit wabak, untuk mendapatkan penawarnya yang seraksi dan menghasilkan kebaikan-kebaikan kepada perikemanusiaan dan perubatan.

Ayat 102

 Tabiat bagi penyakit wabak dapat dikenal melalui kumpulan jumlah semboyan penyakit dari beberapa orang pesakit yang berlainan perlembagaan tubuhnya. Dengan kumpulan gambaran penyakit wabak ini akan dapat dipilihkan penawarnya. Penawar itu akan dapat mengatasi wabak, mengurangkan kadar kematian, membasmi bahaya wabak.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012