Ayat 103
Gambaran penyakit chronic
miasm, psora, boleh diketahui dari kumpulan gambaran jumlah
semboyan-semboyan yang dari penyakit chronic. Dengan usaha ini sahaja
tabib-tabib itu boleh mendalamkan pengetahuan tentang tabiat-tabiat
chronic miasm, dan mengatasi serta menghapuskannya dari penderitaan
manusia.
Ayat 104
Dengan penjelasan kes-kes
yang diambil seperti di atas adalah menjadi dasar bagi memilihkan
penawar yang sangat seraksi dengan penyakit-penyakit.
Penyakit-penyakit yang dipilih ialah penawar-penawar yang seraksi.
Usaha mencari untuk memilihkan ubat-ubatnya adalah perkara yang
mustahak dalam memilih penawar Homeopathic.
Susunan repertory yang
elok dan Materia Medica yang teratur memudahkan pemilihan ubat dan
persediaan ke arah usaha-usaha termasuklah kemahiran memakaikan
repertory dan menguasainya. Sedapat mungkin, terutama ubat-ubat yang
ganjil dan luar biasa. Kejayaan-kejayaan tersebut bukanlah satu usaha
yang dipandang senang sahaja dengan rasa bahawa memberikan khidmat
kepada orang sakit itu sudah cukup, tetapi hasil kesembuhan yang tidak
sama dengan kaedah memberikan ubat dari dalam. Apabila pesakit-pesakit
itu telah mendapat ubat-ubat yang seraksi dan semua halangan-halangan
yang menghalang dan melambatkan pemulihan telah dihapuskan, usaha yang
paling utama yang akan diusahakan ialah menentukan kesembuhan yang
cepat, lemah-lembut dan berkekalan.
|