|
Ayat 133
Apabila semboyan-semboyan
itu mula lahir sangatlah elok diperhatikan kesan-kesan daerahnya,
panas, sejuk, angin, rehat, bergerak, berhubung, makan, minum, batuk,
bercakap, bersin, masa melarat atau masa longkah bisa-bisanya,
perasaan atau semboyan-semboyan. Hal-hal ini adalah tabiat pada
ubat-ubat itu.
Ayat 134
Tidak ada seorang prover
pun akan mengalami semua kemungkinan sakit-sakit itu yang lengkap
semasa diuji.
Ayat 135
Prover-prover kedua
jantina hendaklah mengambil bahagian di masa proving. Tiap-tiap bagi
menentukan jumlah semboyan penyakit yang diperolehi pada satu-satu
ujian.
Ayat 136
Ubat-ubat yang telah
diproving akan jadi penawar kepada sakit-sakit yang paling serupa
dengan kerja ubat. Ujudnya semboyan menunjukkan penerima rasa pesakit
kepada ubat yang serupa. Maka ubat itu dinamakan SERAKSI. Rasa melarat
mesti dialami kalau penawar itu diberikan dengan dos yang banyak atau
selalu diulang-ulang. Ini menerangkan dos yang sedikit kepada
doktor-doktor Homeopathy dan kerja-kerja yang cukup bagi membuktikan
keseraksiannya.
|
|