Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 137

Prover-prover mestilah cerdik, jujur, pengecam, bertimbang rasa dengan tugasnya, merasakan bahawa ia berkhidmat untuk perikemanusiaan. Perhatian hendaklah diambil bahawa dos yang diberi itu mestilah sedikit bagi mengelakkan timbul seraksi yang kuat.

Ayat 138

Tiap-tiap perubahan daripada biasa hendaklah diperhatikan dan dicatat dalam bahasa yang sangat senang. Terutama pada keadaan kebenaran. Kalau ada antara semboyan yang telah dirasa sebelumnya hendaklah dicatatkan kerana semboyan-semboyan tidaklah lahir dengan sendirinya.

Ayat 139

Prover-prover mestilah mencatat apa yang dirasakan dan perasaan-perasaan. Catatan mestilah dibuat dari hari ke hari sepanjang masa proving itu.

Ayat 140

Kalau prover itu tidak mencatatkan, seseorang lain yang pandai mengecam hendaklah mencatat tiap-tiap hari apa yang diterangkan oleh prover itu. Tidak boleh agak-agak, tidak ada perkara ‘kalau-kalau’ atau kenyataan yang dipaksa dimasukkan ke dalam rekod-rekod itu.

Ayat 141

Tabib-tabib yang sihat dan tidak prasangka serta baik penerimaannya adalah prover terbaik sekali. Tiap-tiap tabib Homeopathy hendaklah cergas dalam proving ubat-ubat sebagai persediaan sebahagian dari amalan seninya.

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012