Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 142

Semboyan penyakit yang tidak dapat dilihat pada kerja ubat kadang-kadang boleh diperhatikan dan dihilangkan dengan ubat bila diberi sebagai penawar. Semboyan ini bolehlah ditambahkan sebagai Pathogenesis kiranya dicatat oleh pemerhati yang berkelayakan. Telah banyak diperkatakan bahawa semboyan itu dimasukkan dalam Materia Medica dengan palsu.

Ayat 144

Materia Medica yang seperti itu hendaklah dalam bahasa tabii yang tulin. Tiap-tiap sangkaan hendaklah dikikis.

Ayat 145

Beberapa ubat hendaklah diprove dan boleh sesuai dijadikan penawar Homeopathic bagi tiap-tiap penyakit yang diidapi oleh manusia. Dengan penawar-penawar ini kesihatan manusia dapat dipulihkan dengan cepat, lemah-lembut, berkekalan selamat dan cepat. Kaedah Allopathic yang membahaya itu bolehlah dielakkan, kerana cara itu mengusutkan penyakit lagi, menjadikan seseorang itu mendapat penyakit chronic. Ini menyukarkan sekali untuk menghilangkan akibat penyakit itu yang dideritai oleh manusia.

Ayat 146

Tugas yang ketiga bagi tabib itu ialah menjadikan pengetahuan ubat-ubat itu bagi menyembuhkan penyakit-penyakit.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012