Sari Organon

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SARI ORGANON

(Dipersembahkan oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

(Tulisan - Prof. Dr. Dali Muin)

 

 

 

 

Ayat 147

Ubat-ubat yang paling sesuai bagi menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu ialah ubat yang mempunyai semboyan yang paling serupa kerja khasiatnya.

Ayat 148

Di sini dijelaskan teori cara penyembuhan dengan penawar dan dos yang diulang dengan betul. Dijelaskan juga bahawa ubat-ubat yang sesuai mendatangkan sakit-sakit buatan yang serupa dengan penyakit hendak diubati itu, dengan tabiat penyembuhannya semula jadi itu berkuasa membebaskan penderitaan manusia. Penyakit-penyakit buatan itu akan habis tempoh dayanya dan anggota tubuh itu sihat seperti sediakala.

Ayat 149

Penyakit-penyakit acute cepat disembuhkan. Penyakit-penyakit yang kusut berkehendakkan masa yang lama. Penyakit chronic dan yang bercampur-aduk semboyannya menghendaki masa yang panjang mengubatinya, ataupun payah disembuhkan. Pesakit-pesakit yang memakan ubat yang bercampur-aduk dengan banyaknya didapati payah menerima apa-apa rawatan yang lain.

Ayat 150

Gangguan yang sedikit memerlukan perubahan makanan dan cara hidup.

 

 

© HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2012